In the Name of  Allah Pictures, Images and Photos

Thursday, April 30, 2009

Usrah di Cafe..


Bismillahirrahmanirrahim..



Syukur alhamdulillah..pagi ini ana masih dikejutkan oleh malaikat untuk bangun bersolat subuh, walaupun malam tadi jam 3.30pagi baru pulang ke bilik..

Kira-kira jam 4.30pagi baru dapat melelapkan mata..amat sekejap. Setelah berapa lama sudah tidak bertemu dengan sahabiah-sahabiah seperjuangan, terasa hati begitu rindu yang amat sangat..

Malam itu mungkin sudah percaturan ALLAH..menghadiri meeting Persatuan Siswazah Sabah (cawangan Labuan)..mula meeting jam 8.30 malam..namun ana terlewat sedikit..

Setelah tamat perbincangan mengenai Qiamullail bulanan yang akan dijalankan pada pertengahan bulan ini, ana tidak memutuskan untuk terus pulang ke bilik..

Sudah kelaziman dengan aktiviti-aktiviti dakwah, namun disebabkan peperiksaan akhir semester, semua tergendala seketika..

Selesai 3 paper..sedikit kelegaan dirasai. next paper pada 4hb & 5hb..

Sedikit kelapangan masa diperuntukkan untuk berusrah dengan sahabiah di cafe..Terasa hati masih terikat rupanya..alhamdulillah,syukur pada-NYA.

Bukan dijangka pun untuk duduk lama di cafe pada malam tadi..ana,Maziah,Shila,Zu..mula membuka cerita..tiada apa2 cerita yang difokuskan..apa yang terlintas di kepala, dikeluarkan sebagai perkongsian bersama..mula dari seorang, disambung pula oleh seorang yang lain..

Di samping melihat pelbagai ragam student yang bersilih ganti datang ke cafe, membuatkan hati terus menilai dan mentafsir..Mungkin jika ana tidak menjejakkan kaki ke Labuan ni, ana dapat rasakan diri ana bukan seperti yang sekarang.

'Zaman jahiliyyah' dulu benar2 menyedarkan ana tentang hikmah kehidupan ini..Syukur...syukur..syukur..sebab ALLAH campakkan ana di sini..terasa nikmat kasih sayang-MU yang terlalu tinggi.

Rata-rata perbualan adalah berkisarkan kepada kehidupan seorang muslimat..perjuangan..isteri..kerjaya..

Dulu mungkin merasakan perkara ini tidak perlu difikirkan, namun sudah tidak lama lagi kami mahu menghabiskan pengajian, ia amat perlu difikirkan bersama. Alhamdulillah, pemikiran yang matang dan luahan idea yang cukup bernas dari sahabiah-sahabiah memberikan kekuatan dan menambahkan lagi pengetahuan ana..syukran jazilan semua.

Muslimat banyak tanggungjawabnya..banyak pula cabarannya. 'Di sebalik kekuatan seorang lelaki itulah akan ada di sebaliknya wanita yang menjadi penguat lelaki itu..'

Justeru itu, sama-samalah kita berfikir dan menyediakan secukupnya lmu untuk menjadi seorang muslimat yang jika diletakkan di mana-mana pun, ia akan terus bergerak..insyaALLAH.

2 comments:

NurSyahadah said...

salam alaik...

Bestnye usrah.. Rindu pula.
Angah, da sedia ke jd wife..?
pn sama2 kita topup pe2 yg patut.
terutamanya "JAKR"

Nk tau apa kepanjangan setiap JAKR, sms zai k..
huhu
bersama mencari redha Allah

Normaziah Khori said...

kenangan yg kembali subur diingatan tatkala membaca catatan nukilan indah ini..rindunya saat tu. x sedar hampir 5 jam dok di cafe! syukur punya sahabiah yg mantap cam akak2 semua.lontaran idea yg bnk menyediakn diri ini utk mjadi isteri seorang pejuang dan ummi mujahid mujahidah.insyaAllah.. Akan datang kita bincang topik lain plak ye :)

welcome