In the Name of  Allah Pictures, Images and Photos

Thursday, December 18, 2008

Pengalaman Silam Mengajar Erti Hidup..

  1. Sepanjang perjalanan mengharungi jelajah qurban, ana dikenderai sebuah van yang diketuai oleh 'pilot' kami iaitu Ustaz Akhwan..manakala co-pilot dipegang oleh Ustaz Azmi. Selama 10 hari jelajah kami, ana begitu gembira dengan setiap detik dipenuhi dengan pengalaman baru dan berharga. 'Pilot' kami,Ustaz Akhwan sangat memahami para pelancongnya..(kami la tu).. Jika ada antara kami yg ingin singgah atau berhenti di mana2 destinasi, pasti sahaja Ustaz Akhwan akan memberhentikan van. Lain pula dengan co-pilot kami..Ustaz Azmi. Baru sahaja kami bercakap2,terus dipintas perbualan kami..; 'tak payah singgah la, jauh lagi perjalanan kita nie..nanti lambat pulak sampai..' Berderai gelak ketawa kami mendengarnya..dengan mimik muka yg serious,kata2 Ustaz Azmi seakan2 seperti seorang guru disiplin di sekolah..
  2. Walaupun perkenalan baru sahaja terjalin, namun ukhwah antara kami terlalu kukuh.. Kami sudah seperti satu keluarga..Ustaz Ishak sebagai Pak Sheikh, Puan Siti Hajar sebagai Umi, Ustaz Akhwan dan Ustaz Azmi sebagai abang2 kami, Kak Fiza sebagai kakak, dan ana,shila dan nadia sebagai adik beradik yang sangat rapat.. Tika abang2 kami mengusik kami, terus saja kami mengadu pada umi..terasa benar seperti berada di samping umi ana sendiri. Terubat sedikit rindu pada umi di kampung..
  3. Melapah daging lembu qurban..pengalaman pertama dan akan terpahat di kotak memori.. Tak pernah2 ana alami keadaan seperti itu..melapah daging lembu dengan kudrat seorang wanita..sahabat2 bayangkanlah..Tapi, jangan disangka tangan yang menghayun buaian mampu juga menggoncang dunia..tengok,betapa besar kuasa wanita.
  4. Kalau di Semenanjung, bilik air boleh dikatakan seperti kamar tidur..cantik..boleh muat 5 @ 6 orang dalam satu2 masa.. Tapi di sepanjang program keluarga angkat yang ana sertai, tiada istilah bilik air bagi mereka..cukup lah sekadar beralas beberapa keping papan, dan sebuah tong besar tadahan air hujan..itu sudah cukup sebagai tempat mandi yang selesa bagi mereka.
  5. Akhir sekali, isu terpilih ini ana letak di akhirnya kerana ana sendiri tidak pernah langsung membuka isu ini apatah lagi membahaskannya..'poligami'..Bekerjasama dengan insan2 yang rata2 sudah mendirikan rumah tangga benar2 mematangkan ana..sesekali terdengar gambaran hidup mereka yang sudah berkeluarga, menyedarkan ana bahawa ana juga akan melalui keadaan itu.. Antara bait2 kata Ustaz Akhwan yang menjadi ingatan ana adalah, 'antara pengorbanan terbesar seorang muslimah ialah berpoligami.. ' Wanita mana yang sanggup berkongsi kasih dengan wanita lain melainkan mereka yang benar2 sanggup dan rela.. Sebelum berpisah, Ustaz sempat juga berpesan bahawa 'jadilah seorang muslimah yang sanggup berkongsi perjuangan..'

Isu Terpilih Sepanjang Program..


  • Sepanjang perjalanan jelajah qurban, ana dikenderai oleh sebuah van. 'Pilot' diketuai oleh Ustaz Akhwan manakala co-pilot adalah Ustaz Azmi. Ustaz Akhwan seorang 'pemandu pelancong' yang sangat ramah dengan para pelancongnya (ana dan sahabat2 la).. Bila antara kami terpandang gerai @ apa sahaja di tepi jalan yg memerlukan knderaan berhenti, pasti Ustaz Akhwan akan memenuhi.. Lain pula bila co-pilot mengambil alih tugas pilot..baru sahaja kami bercakap2 tentang sesuatu, pantas sahaja Ustaz Azmi memintas kata2 kami;'jauh lagi perjalanan kita ni, tak payah singgah la..' sekaligus hilai tawa kedengaran dalam van tersebut..tidak kering gusi kami dengan gelagat 'co-pilot' kami tu..

  • Walaupun kami baru sahaja mengenali, namun hubungan kami tidak ubah seperit satu keluarga..Ustaz Ishak sbg Pak sheikh, Puan Siti Hajar sbg Umi,Ustaz Azmi dan Ustaz Akhwan sbg abang2 kami, dan Kak Fiza sbg kakak kami..manakala ana,shila dan nadia sebagai adik beradik yg terlalu rapat..bila antara kami diusik @ dikenakan oleh ustaz2 tersebut, terus sahaja kami mengadu pada Umi..sikap Umi yg sangat prihatin dan penyayang tidak ubah seperti umi ana sendiri..Kepakarannya dalam bidang masakan telah menyedarkan kami bahawa seorang wanita haruslah mempunyai asas dalam masakan utk menambat hati keluarga..

  • "Melapah daging lembu"-adalah satu pengalaman baru dan tersangat berharga bagi ana dan sahabat2..bermula dari melihat lembu diqurban,setelah itu bawa pulang ke rumah utk dilapah..huh..rase macam terror sangat waktu ni..ape tidaknya, hanya ana,shila,nadia,umi,kak Fiza dan kak ana yg 'mengerjakan' daging lembu tersebut..Barulah ana tahu betapa susahnya melapah lembu..kalau setakat guna pisau, tak berpisah la daging tu dari tulangnya..guna parang besar,tajam..

  • Pengalaman bersama keluarga angkat benar2 menyedarkan ana..jikalau di semenanjung, bilik air seperti bilik tidur..(boleh masuk 5 @ 6 orang sekaligus), tapi di sini tidak. Ada juga rumah yg tiada istilah 'bilik air'..maksud ana,keluar dari dapur rumah,tersusun beberapa papan,sebuah tong air tadahan air hujan..cukup digunakan utk mandi.. Bersyukurlah kita yg mempunyai rumah dan segala kelengkapan yg sempurna..

  • Isu ini ana letak di akhir sekali kerana ana sendiri xpernah buka cerita atau bercerita dgn sape2..isu 'poligami'..bekerjasama dengan orang yg sudah berumah tangga begitu mematangkan ana.. Dalam perjuangan,pengorbanan adalah satu perkara besar..tidak ada istilah senang jika tiada pengorbanan dalam meniti ranjau perjuangan. Ana seringkali diingatkan oleh Ustaz Akhwan bahawa, salah satu pengorbanan seorang wanita

Isu Terpilih Sepanjang Program

Sesingkat waktu, segunung pengalaman berharga..

15/12/08 - 17/12/08
Bismillahirrahmanirrohim..
Petang itu, ana terima mesej dari seorang ukhti.. 'Petang ni adik2 dijemput utk jadi fasi di Kolej Matrikulasi Labuan(KML)..packing pakaian utk tidur di sana sehingga rabu petang ..' Itulah ayat penting yg boleh ana simpulkan dari mesej panjang yg dihantarnya.. Dalam hati..'alamak,macam mana ni,baju tak basuh lagi..semalam baru je pulang dari jelajah qurban di Sabah..' Terus ana luahkan pada dua orang sahabat ana yg juga menerima mesej yg sama. Hmmm..lepas asar pulak tu..sempat ke kering kalau nak basuh baju ni..Send mesej pada ukhti tersebut utk memohon simpati agar bertolak ke KML lewat sedikit.. Alhamdulillah, simpati kami diterima.. Selepas azan maghrib, ana pun bertolak ke KML.. Sempat solat maghrib dan isya' berjemaah di sana. Setelah selesai solat, ana dan sahabat2 diiringi oleh akhi Johan untuk ke Dewan Kuliah 2. Jauh terasa segan sekali kerana ana bukanlah alumni KML..tapi bersyukur kerana diberi peluang untuk menjadi fasi adik2 KML.


Malam pertama itu modul tentang 'bagaimana saya gagal' dan 'peluang di sebalik kegagalan'. Ana bukanlah seorang yang cemerlang tapi alhamdulillah, Allah sentiasa beri peluang dan ruang pada ana untuk berkongsi pengalaman diri ana kepada orang lain.. Malam kedua forum berkenaan 'realiti kehidupan di kampus IPT'.. Ahli panel terdiri daripada pelajar cemerlang matrikulasi peringkat kebangsaan iaitu Hasmadi Hasbi, Pengerusi Alumni KML Johan Muhammad dan Mantan MPP UMSKAL Shahirla Azmin Malik. Forum dipengerusikan oleh Fanshuri iaitu alumni KML. Forum tersebut diakhiri dengan sesi soal jawab oleh adik2 KML yg rata2 bertanyakan tentang pengalaman ahli panel.


Pagi rabu itu, ana dan sahabat2 mengambil keputusan untuk pulang ke kampus dengan menaiki bas sahaja.. Ana beritahu ukhti tersebut supaya tak perlu menjemput kami.. Namun, bila ana beritahu salah seorang felo di situ untuk pulangkan kunci, kami menerima pelawaannya utk bertandang sebentar ke rumahnya.. Niat hati ingin sekadar melawat tetapi kami 'ditahan' oleh isterinya agar makan tengahari di rumahnya dulu..tak sampai hati menolak, kami pun tangguhkan niat utk pulang..Ana pun menghantar mesej memberitahu ukhti yg menghantar kami supaya menjemput kami semula pada petang itu.. Mesti pening ukhti tu dengan gelagat kami..Lawak pun ada.. Apepun,kami selamat sampai di kampus sekitar jam 9.30 malam..

Sunday, December 14, 2008


KG.SYAHBANDAR,TUARAN




KG.LOBOU,INANAM


KG.TAMPIOS,RANAU




KG.TAMPIOS,RANAU








KG.LOBOU, INANAM




Seribu satu pengalaman..
Lebih kurang jam 8 malam, ana telah selamat sampai di Kg. Lobou,Inanam..kampung pertama yang menjadi sasaran program jelajah qurban kali ini. Ana dan sahabat yang lain telah berkumpul di surau kg tersebut sekaligus bertemu dengan penduduk kg yang mereka sememangnya telah mengetahui akan kehadiran kami ke kg mereka. Program ini telah diketuai oleh Delegasi Yayasan Amal Malaysia iaitu Ustaz Akhwan Afandi B. Zulkifli,merangkap pengurus syarikat motivasi ADNIN di Pahang. Acara bermula dengan sesi ta'aruf dan seterusnya pembahagian keluarga angkat. Ana bersama dengan 2 orang lagi sahabat mendapat keluarga angkat yang rumahnya agak jauh dgn Kg.Lobou. Namun,ia tidak mematahkan semangat kami untuk tinggal bersama dengannya. Ana meminta bantuan Ustaz Saifudin, pensyarah di Politeknik KK untuk menghantar kami pulang kerana beliau juga melalui jalan yg sama untuk pulang ke Poli. Dlm perjalanan , kami sempat bersembang dengan ibu angkat kami..dari cerita yg disampaikannya, dia adalah seorang muallaf yg telah memeluk agama Islam sejak di sek rendah lagi. Setibanya di rumah,ana dapati rumahnya hanya rumah papan..berhampiran dgn sungai. Mlm itu,ana tidak terus tidur..ana mengambil kesempatan utk mengenalinya dgn lebih dekat lg. Apa yg ana sedih dari kisah hidupnya ialah dia semakin jauh dari ALLAH setelah berumah tangga..suami yg diharapkan dapat membimbingnya didapati adalah yg sebaliknya diterima..Jauh di sudut hati ana, hanya kasihan yg dapat diluahkan. Keesokan paginya, ana dijemput sekali lagi oleh Ustaz Saifudin utk datang kembali ke surau bagi menyertai aktiviti yg akan dilaksanakan pd siang hari.
Sehari sebelum ke Kg.Tempios, kami diuji dengan 'kehilangan' lembu yg akan menjadi qurban..bukan kerana lari atau hilang, tetapi kerana tuan pemilik lembu telah menjualkannya kepada org lain yg telah menawarkan harga yg lebih tinggi dari kami.. Oleh kerana itu, kami telah berusaha masuk keluar ceruk kg utk mendapatkan lembu qurban..namun,nasib tidak menyebelahi kami..lembu yg dicari tidak diperolehi.
Pada sebelah petang, kami mengikut pemilik lembu ke Kota Belud utk mendapatkan 2 ekor lembu qurban..huh..perjalan yg memakan masa hmpir 1 jam lebih berbaloi apabila lembu yg diinginkan diperoleh..lembu pertama senang sekali ditarik naik ke atas lori, ttpi lembu kedua seakan2 tahu akan menjadi mangsa qurban..apabila ingin ditarik naik ke atas lori, ia duduk selamba di tanah..dengan kekuatan tenaga seramai 6 org, akhirnya lembu tersebut terpaksa ditarik utk dinaikkan ke atas lori..
Hari Raya Qurban pd tahun ini ana berkesempatan beraya bersama2 penduduk Kg.Tampios. Perjalanan menuju pedalaman kg tersebut mengambil masa kira2 1 jam..namun, keramahan penduduknya membuatkan hati ana terusik, kerana walau dalam serba kekurangan dari segi harta benda namun mereka tidak lokek dengan senyuman. Pada malam itu, ana tidur di rumah keluarga angkat bersama 3 org lagi muslimat. Keluarga angkat ana kali ini juga adalah muallaf yg sudah lama memeluk Islam kira2 tahun 1990 an..Anak sulongnya telah bersekolah agama di Sabah..ana tak berapa ingat nama sekolah tersebut..namun, ana rasa terkesan kerana walaupun muallaf, pegangan agama mereka lebih kuat berbanding umat Islam yg semula jadi Islam.. Kisah yg paling ana tak boleh lupa..suasana yg tidak pernah alami sebelum ini dan juga salah satu kenangan ialah banyaknya anjing yg berkeliaran..seolah2 spti binatang peliharaan. Walaupun ketakutan menyelubungi, namun dikuatkan hati kerana hanya ALLAH yg patut ditakuti.. Pd siang hari itu juga, ana sempat mengunjungi kg berdekatan utk proses pengagihan daging qurban kpd msyrkt Muslim.
Perjalanan kami seterusnya menuju ke Kg.Syahbandar,Tuaran. Kami tiba kira2 jam 11 malam lebih dan menginap di rumah seorang sahabat iaitu kak Rohana, kelahiran Sabah ttpi menuntut ilmu hampir 10 thun di semenanjung.. Kami disambut baik oleh ahli keluarganya.. Keesokan harinya, ana telah berpeluang kali kedua melihat sendiri bagaimana penyembelihan lembu dilakukan. Hati terasa sebak..haiwan yg dijaga dgn rapi..akhirnya telah menjadi salah seekor dari ribuan lembu yg memasuki golongan mendapat pahala atas pengorbanan menjadi binatang qurban.. Setelah lembu tersebut disembelih, ia dibawa pulang utk dilapah.. Sekali lagi pengalaman berharga dalam diari hidup ana..pertama kali memotong daging lembu yg dikorban..selama ini hanya melihat yg sudah sedia utk dimasak..Tidak spt di kg ana, ana dan beberapa org muslimat shj yg bertungkus lumus memotong daging lembu tersubut..pengalaman sungguh.. Setelah hmpir beberapa jam, barulah kaum muslimin tiba dan menyudahkan kerja2 melapah lembu..
Setelah selesai tugas2 di Kg,Syahbandar, delegasi kami bertolak menuju ke kg terakhir jelajah qurban kami iaitu di Pitas,satu daerah yg terletak di utara negeri Sabah..nun jauh di hujung negeri. Perjalanan kami memakan masa 4 jam utk sampai ke kg tersebut. Alhamdulillah,sekitar jam 2 petang kami selamat tiba ke detinasi. Kami disambut mesra oleh penduduk kg.. Selama 3 hari kami akan berada di Pitas.. Petang itu seekor lagi lembu telah diqurbankan utk para penduduk di situ. Pada sebelah malam, pengagihan keluarga angkat dilakukan. Ana dan 2 org lagi sahabat mendapat keluarga angkat di mana anak sulongnya seorang ustaz..salah seorang ustaz yg bertanggungjawab di kg tersebut. Keesokan harinya, aktiviti perkongsian ilmu masakan dilakukan..2 jenis makanan terpilih dibuat iaitu roti canai dan karipap sardin. Ibarat kata Ustaz Akhwan, "Dakwah ni xsemestinya disampaikan melalui ceramah ttpi juga boleh melalui masakan." Ya,memg betul..apabila kita mengajar penduduk kg cara2 membuat makanan tersebut,secara tidak langsung dakwah yg ingin disampaikan akan terkesan oleh mereka.. Ana tak lepaskan peluang utk belajar cara2 membuat roti canai dan karipap sardin tersebut..selama ni tau makan jak..cara buat ndak tau..lepas ni,sesiapa yg ingin belajar masakan tersebut bolehlah menghubungi ana..Malamnya pula, penduduk kg dihiburlan dgn gelagat Ustaz Akhwan..Kepetahannya berbicara mencuit hati setiap penduduk kg termasuk lah delegasi kami sendiri.. Sedar tak sedar, sudah di penghujung jelajah qurban kami..terasa sayu dan sebak tatkala ingin meninggalkan bumi Sabah yg terlalu banyak meninggalkan memori indah dalam hidup masing2..
"PENGALAMAN TIDAK BOLEH DICARI..IA PERLU DILALUI..IA ADALAH NIKMAT ALLAH YG PERLU DIHARGAI."

Program Jelajah Qurban bersama Yayasan Amal Malaysia


Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah..segala pujian hanya bagi ALLAH yg selayaknya untuk dipuji. Bersyukur kepadaNYA kerana Program Jelajah Qurban sekitar Sabah telah berakhir dengan jayanya. Program yang bermula pada 5/12/08 dan berakhir pada 12/12/08 ini telah menambah lagi koleksi pengalaman ana dan kenangan yang tersangat berharga yang tidak mungkin dapat ana lupakan..

Sunday, November 30, 2008

Punca-punca yang menyebabkan rabun silau:-

1. Astigmatisme - ini yang selalu disebutkan sebagai rabun silau. Rabun silau selalunya akan menyebabkan rasa silau. Bagi mereka yang mempunyai astigmatisme yang tinggi, maka akan lebih silaulah lagi rasanya. Mereka yang mempunyai astigmatisme boleh dibetulkan dengan memakai kaca mata dengan preskripsi yang betul.

2. Selaput mata/katarak - Katarak adalah kekaburan dalam kanta kristalin (kanta yang terdapat di dalam mata). Jika ini terjadi, cahaya yang akan memasuki mata akan berpecah-pecah dan menyebabkan rasa silau. Mereka yang mempunyai katarak sebaiknya mendapatkan nasihat doktor supaya dapat membuang katarak.

3. Keletihan mata - Akibat dari rasa letih yang keterlaluan, anak mata yang biasanya mengawal jumlah cahaya yang masuk ke dalam mata tidak dapat berfungsi dengan baik lagi. Oleh sebab itu, apabila cahaya yang berlebihan masuk, anak mata tidak mengecil sebagaimana biasa dan menyebabkan cahaya yang banyak masuk ke dalam mata.


Untuk mengatasi masalah ini, anda hendaklah mengamalkan gaya hidup sihat dari segi penglihatan. Apabila melakukan kerja dekat, anda hendaklah sekali sekala memandang jauh (lebih dari 6m). Jika ruang pejabat anda sempit, eloknya diletakkan cermin besar untuk menambahkan jarak penglihatan. Mata kita hanya akan berehat jika kita memandang jauh.

Jantung: Nadi Kehidupan


Pengenalan
Jantung merupakan organ yang istimewa. Jantung sangat penting untuk kehidupan, jantung berfungsi untuk mengepam darah yang mengandungi oksigen dan nutrien ke seluruh tubuh badan. Jantung yang sihat membolehkan kita hidup bergembira, aktif dan ceria. Jika kita memiliki jantung yang tidak sihat maka kesemua nikmat kehidupan ini akan hilang serta merta. Oleh itu janganlah mengambil mudah tentang jantung kita.



Simptom

Penyakit jantung iskemia (Ischaemic Heart Disease) juga dikenali sebagai penyakit jantung koronari. Penyakit ini adalah disebabkan oleh kekurangan bekalan darah kepada otot jantung. Kekurangan darah yang berterusan kepada jantung akan menyebabkan kematian otot-otot jantung dan jika keadaan bertambah teruk boleh menyebabkan kegagalan jantung untuk berfungsi dan seterusnya kematian mengejut. Antara sindrom penyakit jantung iskemia adalah angina pektoris dan infarksi miokardia.



Kesan
Angina pektoris merupakan tanda awal seseorang itu mendapat penyakit jantung iskemia. Tanda-tanda awal angina pektoris adalah rasa sakit di dada sebelah kiri yang disebabkan oleh kekurangan bekalan oksigen. Kadangkala pesakit mengadu sakit di bahagian perut (epigastrik). Serangan angina pektoris boleh berlaku semula apabila pesakit melakukan aktiviti berat atau ketika pesakit mengalami tekanan (stres) kerana pada keadaan tersebut jantung memerlukan oksigen yang tinggi. Bagaimanapun, kesakitan ini akan hilang di dalam masa kurang dari setengah jam apabila pesakit memberhentikan aktiviti berat dan berehat. Infarksi miokardia adalah suatu keadaan di mana sebahagian otot jantung menjadi rosak dan mati akibat dari kekurangan bekalan darah yang teruk ke bahagian tersebut. Tanda-tanda infarksi miokardia adalah :
• Sakit dada biasanya berlaku di sebelah kiri dada dan akan merebak ke bahagian lengan, leher dan bahu kiri. Pesakit biasanya merasa tidak selesa di dada atau merasa seakan-akan sesuatu benda yang berat sedang menimpa dan menekan ke dada dan kadangkala seolah dada berasa ketat.
• Sukar bernafas
• Pening kepala
• Muntah.



Pencegahan

Senaman merupakan cara paling mudah untuk kita memiliki jantung yang sihat. Dengan hanya berjalan selama 30 minit sehari kita boleh memiliki jantung yang sihat. Aktiviti-aktiviti lain yang boleh juga di amalkan ialah berjoging, berenang, berbasikal dan bersukan. Berkebun dan melakukan kerja-kerja rumah juga boleh menyihatkan jantung anda. Senaman boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung :
• Ia memperkuat dan meningkatkan keupayaan otot-otot jantung serta mengurangkan bebanan pada jantung anda
• Ia menambah penerokaan pembuluh-pembuluh darah dan seterusnya meningkatkan kemasukan oksigen ke dalam otot-otot jantung
• Ia meningkatkan paras kolesterol pelindung penyakit jantung yang dikenali sebagai ‘kolesterol berketumpatan tinggi’ (HDL)
• Ia membantu mengawal berat badan dengan membakar kalori yang berlebihan
• Ia mengurangkan tekanan darah bagi mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi
• Ia mengurangkan ketegangan yang disebabkan oleh tekanan perasaan
• Ia membantu anda tidur dengan nyenyak.


10 petua bagi memiliki jantung yang sihat :
1. Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 30 minit setiap kali
2. Makan secara teratur dan seimbang
3. Kekalkan berat badan unggul
4. Tidak merokok
5. Menangani tekanan perasaan
6. Mengawal tekanan darah
7. Mengawal paras gula (glukosa) dalam darah
8. Mengawasi paras kolesterol
9. Melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala
10. Mengutamakan kesihatan jantung anda pada setiap masa.


Insaflah sebelum terlambat..

Semua makhluk di dunia ini akan mati..tidak kiralah sama ada yang beriman..yang kufur..yang fasiq..atau yang munafiq.. Kerana kita semua berada di dunia ini hanyalah sekadar persinggahan. Persinggahan yang menuntut kita semua mencari keredhaan-NYA.. Mardhatillah..mencari redha ALLAH.. Kehidupan kita ini diuji dengan pelbagai cabaran dan dugaan..siapa yang kuatdan tabah menghadapinya,maka ganjaran yang diterima setimpal dengan amalnya. Namun, bagi mereka yang mudah putus asa dengan ujian-NYA, ALLAH tidak memandangnya. Dunia ini semakin meniti usia senja..seharusnya kita sedar di mana tahap keimanan kita. Masih ada peluang untuk bertaubat..tidak perlu menunggu 'seru'..baru nak bertaubat.

Friday, November 28, 2008

Istilah-istilah Tasauf
1. Nafsu Lawwamah ialah nafsu yang mengkritik diri sendiri apabila berlaku sesuatu kejahatan dosa ke atas dirinya. Nafsu ini lebih tinggi sedikit dari nafsu Ammarah. Contohnya jika tertinggal solat umpamanya timbullah rasa kecut hati kerana menyesal di atas perbuatan itu lantas segera mengqada'kannya kembali tanpa bertangguh lagi di samping memohon keampunan kepada Allah di atas kesilapan itu.
2. Nafsu Mutmainnah ialah nafsu yang sudahpun terkikis darinya sifat-sifat tercela. Di antara sifat orang yang mempunyai nafsu jenis ini ialah bermurah hati, tawakkal kepada Allah, bijaksana, kuat ibadat, syukur, reda, taqwa dan lain-lain.
3. Kasyaf bermaksud Allah SWT menyingkap hijab dari mata hati seseorang sehingga ia dapat melihat sesuatu itu dalam bentuknya yang sebenar dan dapat juga melihat perkara-perkara yang tidak dapat dilihat oleh orang lain. Kasyaf ini terikat dengan sejauh mana ia tidak bertentangan dengan isi ajaran Al-Quran dan juga Al-Hadith. Jika bertentangan dengan kedua sumber ini hendaklah ditolak kerana ia bukannya ilham yang datang dari Allah sebaliknya datang dari syaitan.
4. Ilham Ladunni atau Ilmu Ladunni lebih tepatnya ialah ilham yang dianugerahkan oleh Allah SWt kepada seseorang hambanya yang bertaqwa tanpa melalaui proses pembelajaran biasa. Ia dianugerahkan semata-mata hasil daripada pengabdian diri kepada Allah, ikutan terhadap sunnah Rasulullah SAW, beramal dengan ikhlas dan berusaha bersungguh-sungguh menimba ilmu dari ajarann Rasulullah SAW. Ilham ini juga terikat dengan sejauh mana ianya tidak bercanggah dengan isi kandungan Al-Quran dan juga hadis sebagaimana juga kasyaf.
5. Muhaqqiqin bermaksud orang yang dapat menilai dan menganalisa sesuatu dengan tepat. apabila disandarkan kepada ulamak, maka ia membawa maksud ulamak yang dapat menilai dan menganalisa sesuatu hadis itu dengan tepat sama ada ianya benar ataupun tidak.
6. Siddiqin bermaksud orang-orang yang sangat benar merangkumi benar dengan Allah, benar dengan rasul, benar dengan diri sendiri dan juga benar dalam pergaulan dengan masyarakat. Istilah-istilah ini biasanya digunakan oleh para ulamak Islam dalam penulisan mereka.

Thursday, November 27, 2008

Tautan Hati...



"Alhamdulillah..akhirnya,dapat juga ana miliki novel yg sekian lama ana cari.."
Itulah kepuasan yg dapat ana gambarkan apabila telah memiliki sendiri novel 'tautan hati' yg sememangnya telah lama ana idamkan. Suatu ketika dulu,sedang asyik ana membaca majalah 'Wanita',tiba2 terpandang satu iklan tentang sebuah novel..
Orang selalu berkata..'don't judge book by the cover'..but, first impression when i looked that's book, my heart judged that the novel is very interesting..i don't know why..
Sejak hari itu, ana telah survey semua kedai buku di Labuan untuk mencari novel tersebut..semua kedai ana jelajah..tapi, hampa. Novel tersebut belum sampai edarannya di Labuan..
Namun, cuti semester 2nd year yg lalu, ana pulang ke kg dan xputus asa untuk mencari novel tersebut.. Hmm..ana diselubungi kekecewaan untuk kali yg kedua kerana novel tersebut juga belum sampai di tempat ana..
Bila ana pulang semula ke kampus, tiba2 ana teringat seorang sahabat yg masih belum pulang.. Ana menghantar sms kepadanya untuk mohon pertolongan mencari novel tersebut..mana lah tahu ada. "Salam,nana..boleh tolong carikan siti novel 'tautan hati' x?".. Kebetulan,hari itu sahabat ana tu keluar bandar.. Cari punya cari,alhamdullah,jumpa..untuk mendapatkan kepastian,dia pernah melihat cover page novel tersebut dalam laptop ana..Dan,pastilah novel yg dia jumpa tu sama dengan novel yg ana cari..
Sampai saja di kampus,dia terus ke bilik ana menghantar novel tersebut..alangkah gembiranya hati ana kerana impian untuk memiliki sendiri novel tersebut telah menjadi kenyataan. Setakat ni, dah dua kali ana 'khatam'..jalan ceritanya memang xjemu..
Ia bukan seperti novel2 cinta yg lain..kesimpulan yg dapat ana buat hasil pembacaan buku tersebut ialah perjuangan seorang dai'e bukanlah melalui satu jalan yg lurus..mengkehendaki mad'u terpaut hati dengan dakwah yg dibawa adalah satu proses tarbiyah yg sangat menguji sejauh mana keihklasan dan keimanan seorang hamba terhadap al-Khaliq..
Mengapakah buah pinggang (ginjal) sangat penting ?

Buah pinggang atau Ginjal ialah sepasang organ berbentuk kacang yang menjalankan fungsi pengekalan hayat yang penting. Fungsi-fungsi ginjal ialah :

  • Membuang bahan kumoh seperti urea dan toxin dari badan.
  • Membuang cecair yang berlebihan dari badan.
  • Mengawal tekanan darah.
  • Mengawal asid dalam darah.
  • Mengawal mineral di dalam darah.
  • Menghasilkan hormon untuk pembentukan sel darah merah (erythropoietin) dan active vitamin D, untuk mengekalkan tulang yang sihat dan kuat.

Bagaimana saya mengetahui saya mengidap penyakit ginjal?
Kerosakan ginjal berlaku secara senyap tanpa apa-apa tanda dan gejala sehingga ke peringkat yang teruk. Anda dinasihatkan supaya menjalani pemeriksaan kesihatan sekiranya anda tergulung dalam kumpulan berisiko tinggi.
Anda merasa syak mengidap kegagalan ginjal bila mempunyai tanda-tanda berikut:

  • Sentiasa dalam keadaan lemah dan keletihan (disebabkan kekurangan sel darah merah)
  • Rasa mual, muntah dan hilang selera makan
  • Gatal seluruh badan
  • Sakit tulang
  • Bengkak pergelangan kaki dan sesak nafas
  • Pucat
  • Kencing yang berbuih
  • Darah keluar bersama air kencing
  • Jangkitan salur kencing berulang-ulang
  • Pengeluaran kencing berkurangan
  • Kerap kencing terutama sebelah malam
  • Mengalami hypertensi pada usia muda

Siapakah yang berisiko tinggi mendapat penyakit ginjal? Apakah faktor-faktor risiko?

  • Jika anda mempunyai tekanan darah tinggi
  • Jika anda pengidap kencing manis yang tidak terkawal
  • Jika kencing anda mengandungi darah dan protien
  • Jika anda mempunyai satu sahaja ginjal yang berfungsi
    Jika anda pengidap penyakit sistem keimunan seperti - Systemic Lupus Erythromytosis (SLE)
  • Jika anda mempunyai sejarah kerap mengambil ubat penahan sakit atau herba
    Sejarah penyakit ginjal didalam keluarga
  • Jika anda pengidap sakit jantung

Sakit itu sebagai kafarah dosa..

Mungkin ramai yg tertanya2 kenapa ana buat post baru tentang OAB(Overactive Bladder)@ Pundi Kencing Terlalu Aktif..Bukannya ana ni amik kos perubatan pun..Sebenarnya ana search internet malam tadi tentang kenapa seseorang tu kerap buang air.. Ni terjadi pada diri ana sendiri..penat juga asyik dok p toilet je..xsampai 5minit dah nak ulang p toilet lagi..sakit pinggang..xtahan dok lama2..xtau la kenapa 2 3 hari ni keadaan ni berlaku pada ana. Lepas buat reseach tentang apa yg ana alami tu, barulah ana tau apa sebabnya.. Takut juga kalau2 simptom2 yang ana alami ni akan effect pada diri ana..nauzubillah.. sebab ana dah pernah jumpa doktor satu masa dulu dan ana disahkan mengalami kencing kotor ... Bacalah info yg mungkin sedikit sebanyak dapat tambah pengetahuan sahabat2 semua tentang gejala OAB tu.. Inilah salah satu antara sebab kenapa ana wujudkan blog ni supaya apa yang ana dapat,ana boleh kongsi dengan sahabat2 yang lain. Nasihat ana, kalau ada yang berkaitan dengan simptom2 tersebut, segeralah pergi berjumpa doktor kerana kita bukan 'doktor'..kita xtau apa penyakit yang ada dalam badan kita..Dan doakan ana dalam keadaan sihat dan bebas dari penyakit..Wallahu'alam.
OAB(Overactive Bladder)@ Pundi Kencing Terlalu Aktif

Pundi kencing mempunyai dua fungsi iaitu mengumpul dan membuang air kencing.Air kencing (bahan kumuhan) dari buah pinggang akan terkumpul di dalam pundi kencing.Dinding pundi kencing akan diregangkan dengan perlahan-lahan bagi membolehkannya menampung sejumlah antara satu hingga dua liter cecair setiap hari. Kebanyakan orang akan ke tandas apabila pundi kencing diisikan dengan kira-kira 250 mililiter air kencing (separuh penuh).Ini bermakna seseorang itu akan membuang air kecil tidak lebih lapan kali setiap hari walaupun setiap individu mempunyai kekerapan ke tandas yang berbeza.Otot pundi kencing akan mengecut dan air kencing dikosongkan melalui pembukaan salur uretra.

Mekanisme otot sfinkter uretra yang normal memastikan air kencing tidak bocor walaupun ketika ketawa, batuk, bersin, melompat atau berlari.Masalah Pundi kencing Terlalu Aktif atau Overactive Bladder (OAB) merupakan antara kumpulan Gejala Salur Bawah Sistem Perkumuhan (LUTS) yang kadangkala tidak dianggap sebagai suatu masalah kesihatan tetapi diterima pula sebagai sesuatu yang normal di kalangan warga tua.Profesor Dr. Sender Herschorn, Pengerusi Bahagian Urologi Universiti Toronto, Kanada menjelaskan, OAB adalah keadaan di mana pesakit mendapat perasaan yang kuat dan mendadak untuk membuang air kecil sehingga kadangkala gagal mengawal diri."Selain itu, pesakit OAB juga lebih kerap ke tandas (lebih lapan kali dalam 24 jam) dan juga sering bangun malam kerana terpaksa membuang air kecil (nokturia)."

Namun, masalah ini juga mungkin berkaitan dengan masalah lain seperti jangkitan kuman, obesiti, kemurungan, diabetes, asma atau darah tinggi," katanya.Beliau mendakwa kira-kira 60 peratus golongan dewasa mengalami nokturia tetapi dianggap normal jika ianya berlaku sekali sekala dan tidak lebih sekali dalam satu malam.OAB merupakan masalah melibatkan takungan air kencing di dalam pundi kencing serta keinginan yang teramat kuat untuk membuang air kecil. Ini juga menjadi asas utama untuk mengsyaki pesakit menghidap penyakit berkenaan.Selain itu, nokturia, kekerapan membuang air dan kegagalan menahan air kencing sehingga terkeluar turut menjadi faktor sokongan untuk diagnosis OAB.Menurut Dr. Herschorn,

Kajian Penilaian Pundi Kencing Terlalu Aktif Kebangsaan (NOBLE) Amerika Syarikat mendapati OAB mempengaruhi 16.6 peratus penduduk negara berkenaan dan bilangan kes meningkat mengikut usia pesakit."Satu lagi kajian yang dikenali sebagai EPIC di Kanada, Jerman, Itali, Sweden dan United Kingdom mendapati 11.8 peratus daripada 19,165 peserta tinjauan menghidap OAB."Kedua-dua kumpulan lelaki dan wanita melaporkan gejala OAB mengganggu kehidupan seharian mereka dan memberi kesan kepada kualiti hidup," ujarnya.Kata beliau, selain NOBLE dan EPIC, terdapat juga beberapa kajian di rantau Asia yang merekodkan 12.2 peratus penduduk Korea dengan OAB, 12.4 peratus di Jepun sementara negara-negara lain di rantau ini dianggarkan mempunyai antara 12 hingga 13 peratus penduduk dengan OAB.

Diagnosis dan rawatan bagi pesakit yang berkemungkinan menghidap OAB, doktor akan mengambil sejarah tabiat membuang air kecil terlebih dahulu.Selain itu, ujian fizikal terhadap pundi kencing dan bahagian abdomen dilakukan untuk melihat jika terdapat penyakit lain yang menjadi punca masalah berkenaan.Ujian fizikal dapat menunjukkan jika terdapat prolaps (kejatuhan) organ tertentu, masalah prostat atau masalah otot pelvic floor.Pesakit juga akan diberikan borang soal selidik, menjalani analisis air kencing dan beberapa ujian lain untuk diagnosis dan rawatan lanjut.Borang soal selidik berkenaan memerlukan pesakit merekodkan jenis dan jumlah pengambilan cecair serta kekerapan membuang air kecil dalam tempoh tiga hari. Ini dapat mengasingkan kes yang berpunca daripada pengambilan minuman berkafein (teh, kopi) dan alkohol yang menggalakkan pesakit membuang air kecil (diuretik).Dr. Herschorn menyatakan diagnosis memerlukan pengasingan punca-punca lain yang boleh membawa kepada OAB sebelum pesakit disahkan menghidap penyakit berkenaan, sama ada OAB sahaja atau OAB dengan masalah sampingan.

"Gejala berkaitan dengan OAB adalah kompleks terutamanya jika ia melibatkan masalah kesihatan lain."Golongan lelaki mungkin menghadapi penyakit ini akibat daripada masalah prostat sementara wanita akibat masalah otot pelvic floor," jelasnya.Kata beliau, pesakit yang mengadu terlalu kerap kencing (siang atau malam) pula mungkin hanya perlu mengubah cara hidup seperti jenis minuman, masa (seperti minum minuman berkafein sebelum tidur) dan jumlah pengambilan cecair harian dari minuman dan makanan.Dr. Herschorn menegaskan pesakit yang menghidap OAB tidak perlu menyembunyikan diri dan mengelakkan daripada menghadapi masalah berkenaan."Tidak perlu malu untuk memaklumkan atau membincangkan masalah ini bersama ahli keluarga dan doktor anda."Selain lampin dewasa, terdapat juga ubat dan senaman tertentu (menguatkan otot-otot lemah) yang dapat mengurangkan masalah yang timbul dengan gejala penyakit ini," katanya.

Beliau menjelaskan, pengambilan ubat bersama perubahan cara hidup didapati amat berkesan dalam meningkat kualiti hidup pesakit OAB.Tambahnya, senaman dan ubat mungkin tidak dapat menyembuhkan sepenuhnya penyakit berkenaan tetapi sekurang-kurangnya dapat mengurangkan masalah gejala OAB yang mengganggu kehidupan seharian.Antara pilihan rawatan untuk OAB adalah terapi tingkah laku, ubat, terapi gabungan, terapi invasif minimum dan pembedahan.Terapi tingkah laku melibatkan perubahan pada cara hidup seperti latihan menahan pundi kencing (tahan kencing) dan terapi otot pelvic floor (PFMT).Terapi tingkah laku yang digabungkan dengan pengambilan ubat dilihat lebih berkesan daripada penggunaan salah satu terapi sahaja.Dr. Herschorn menjelaskan perasaan kuat dan mendadak untuk membuang air kecil berlaku apabila berlakunya kekejangan otot pundi kencing."Ubat-ubat yang digunakan berfungsi menghalang isyarat dari otak ke pundi kencing dan menghentikan kekejangan tersebut seterusnya membolehkan pundi kencing menakung lebih banyak air kencing."Ubat tidak akan menghilangkan sepenuhnya gejala OAB tetapi dapat membantu mengurangkan kesannya dan mengawal masalah ini ketika meneruskan aktiviti harian," ujarnya.

Pengambilan ubat tertentu mungkin juga membawa kesan sampingan kepada pesakit di samping kemungkinan interaksi antara ubat OAB dengan ubat untuk penyakit lain.Pesakit perlu mengambil ubat mengikut arahan doktor dan bertanyakan mengenai interaksi antara ubat yang diambil. Sedar dan bertindakBagi mereka yang menunjukkan gejala OAB, perlu disedari terdapat rawatan tertentu untuk masalah ini.Segera berbincang dengan doktor. Anda tidak perlu hidup dengannya dan ia bukan hanya dihidapi golongan warga tua.Buat masa ini, 64 peratus daripada mereka yang menunjukkan gejala OAB tidak menerima sebarang rawatan di atas sebab-sebab tertentu.Kebanyakan pesakit OAB dengan masalah kesihatan lain pula enggan untuk ‘menambah’ lagi pil untuk masalah-masalah kesihatan mereka.Perasaan kuat dan mendadak untuk membuang air kecil bukan sesuatu yang normal. Buangkan rasa malu untuk mendapatkan rawatan segera dan meningkatkan semula kualiti hidup anda.Perhatikan gejala-gejala berikut dan jika anda mengalaminya, dapatkan nasihat pakar perubatan:* ke tandas dengan kerap (lebih lapan kali dalam 24 jam)* kerap merasai keinginan yang kuat dan secara tiba-tiba untuk membuang air kecil* kebocoran air kencing (tidak tahan, hilang kawalan)* kebocoran air kencing ketika ketawa, batuk, bersin, melompat atau berlari* Kerap bangun malam untuk membuang air kecil (nokturia).Elakkan juga minuman berkafein, terutamanya hampir dengan waktu tidur bagi mengurangkan kekerapan membuang air kecil.Air kosong atau jus buah sesuai dijadikan ganti untuk diminum pada bila-bila masa.Bagi warga emas, jangan sekat keperluan cecair harian badan anda.Usia lanjut bermakna badan memerlukan sejumlah cecair yang cukup untuk fungsi organ-organ badan di samping mengelakkan sembelit teruk. Jika anda mahu mengurangkan pengambilan minuman, tetapkan berhenti minum sekitar pukul enam petang atau beberapa jam sebelum tidur.

Antara jenis ubat yang digunakan untuk OAB adalah:* Oxybutynin; Ubat yang paling lama digunakan untuk rawatan penyakit ini, diambil tiga kali setiap hari. Boleh memberi kesan kepada bahagian badan lain, menyebabkan mulut kering. Pesakit dengan glaukoma penglihatan sempit tidak boleh menggunakan ubat ini kerana mempunyai kesan kepada mata. Banyak kesan sampingan, 90 peratus pesakit berhenti mengambil ubat ini selepas satu tahun.

Wednesday, November 26, 2008

HUKUM MENGUMPULKAN DUA WAKTU SEMBAHYANG..

Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja mengabungkan waktu sembahyang zuhur dengan asar (sembahyang di akhir waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya). Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan tersebut.
Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda, "Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail".
Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas, "Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya".
Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar".(Riwayat Al-Hakim.

SEKSA NERAKA BUKAN KEPALANG

Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di dunia dan di alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan. Tiga jenis seksa di dalam kubur ialah:-

1) Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga berselisih tulang-tulang dada;
2) Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan membakar tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti; dan
3) Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul Aqra" dan ular itu berkata, "Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia-siakan sembahyang Subuh." Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat.


CUAI SOLAT LIMA WAKTU.

Di dalam neraka Jahanam terdapat wadi (lembah) yang didalamnya adalah ular-ular bersaiz sebesar tengkuk unta dan panjangnya sebulan perjalanan. Kerjanya tiada lain selain mengigit orang-orang yang tidak menunaikan sembahyang semasa hidup mereka. Bisa ular itu pula menggelegak di dalam badan mereka selama 70 tahun sehingga luruh seluruh daging badan mereka. Kemudian tubuh mereka kembali pulih lalu digigit lagi dan begitulah seterusnya.

Renungilah, betapa seksaan yang disediakan itu bukan kepalang sakit, pedih dan derita yang tiada hujungnya. Untuk mereka yang mahu mengambil iktibar daripadanya, ia sudah cukup menggerunkan dan sudah tentu kita manusia yang kerdil ini tidak mampu menghadapinya. Untuk itu sepatutnya ia akan menyedarkan kita daripada terus alpa dengan dosa-dosa. Dosa itu bermakna kemurkaan Allah dan murka Allah balasannya adalah seksa di neraka kelak.

Selagi hayat masih dibadan, sebelum tiba masanya kita dijemput Allah, perbanyakkanlah taubat untuk dosa-dosa yang kita lakukan dan memperbanyakkan amal ibadah sebanyak-banyaknya dan banyak mengingati Allah. Semoga mati kita di dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT, dan diampunkan dosa kita. Jangan berputus asa dengan rahmat Allah SWT. Walau sebanyak mana dosa yang kita lakukan, kalau bertaubat dengan bersungguh-sungguh, insyaallah akan diampunkan Allah, kerana Allah itu Maha Pengampun. Namun kalau dosa itu ada kaitan dengan manusia seperti menganiaya seseorang, mengumpat, menceroboh harta dan sebagainya, perlu meminta maaf daripada orang berkenaan di samping memohon keampunan Allah SWT.

Mudah-mudahan demi untuk menghindarkan diri dari seksa Allah itu akan mendorong kita bersungguh-sungguh menbuat kebaikan dan menjauhi kemungkaran, malah berusaha mencegahnya.
24 PERKARA JANGAN DILAKUKAN

Sesungguhnya di dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yg. menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yg. mendatangkan keburukan kepada kita. Di bawah ini terdapat 24 perkara - perkara yg. jangan dilakukan yg. seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri. :
1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH s. w. t.
2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
3. Jangan makan dan minum dalam bekas yg. pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.
4. Jangan biarkan pinggan magkuk yg. telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)
6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yg. dimakan adalah dari muntah syaitan.
7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan.
8. Jangan pakai kasut atau selipar yg. berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9. Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak silaturrahim..
14. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s. w. t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
16. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.
17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org kepada kita.
18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg. teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s. w. t.
19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
20. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
21. Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makan jin.
22. Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam ketika masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
23. Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s. w. t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.
24. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s. w. t itu lebih mengetahui..

10 Laluan Yang Bakal Dilalui Oleh Manusia Dari Dunia Sampai Akhirat
Bagaimana memudahkannya?
LALUAN MENUJU KE KUBUR
a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
b. Hindarkan perasaan irihati (benci)
c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia
d. Sucikan kadha' hajat dgn istibra (berdehem selepas buang air kecil!)
LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL
a. Bersihkan diri dengan bertaubat
b. Gembirakan hati orang Mu'min
c. Bayar semula kadha' (solat & puasa) yang tertinggal
d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala
LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR
a. Mengucap dua kalimah syahadat
b. Suka memberi sedekah
c. Berkata benar
d. Bersihkan dan perbaiki hati
LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN
a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat
b. Sucikan perkataan dan pakaian
c. Bersyukur dengan yang sedikit
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH
LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
a. Jauhkan perkataan yang sia-sia
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH
d. Banyakkan sedekah dan khairat
LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAKIM
a. Kasihilah aulia ALLAH Ta'ala
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa
c. Berpegang teguh dengan hukum syara'
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk
LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
a. Banyakkan membaca al-Quran
b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
c. Tinggalkan perkara yang maksiat
d. Jauhkan segala yang haram
LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA
a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
b. Kasihi orang yang soleh
c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH
LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
a. Kasihilah Nabi ALLAH
b. Kasihilah Rasulluah
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH
d. Banyakkan selawat Nabi S. a. w.
LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH
a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH
b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH
c. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH
d. Bencikan segala yang diharamkan-Nya

Sunday, November 23, 2008

Thank you ALLAH...


Semalam merupakan hari terakhir ana bersama sahabat2 kerana masing2 akan pulang ke kg.. Dijemput untuk menghadiri jamuan makan2 di rumah family angkat seorang sahabat,hati terasa gembira kerana ada juga peluang untuk berasa ada family walau detik masa terlalu singkat.. Hampir setengah hari ana bersama sahabat2 di sana..benar2 terasa berada di kg halaman sendiri.. Maziah..terima kasih sebab bawa ana ke sana.. Hmm..hati kecil terasa alangkah bahagianya andai dapat beraya dalam keadaan begini..bersama2 sahabat di sisi..
Sahabat..ana terlalu bersyukur dikurniakan sahabat2 yang terlalu memahami dan menyayangi diri ini.. Thank you ALLAH kerana menyusun perhubungan ana bersama2 sahabat dalam keadaan yang sangat berharga..

Friday, November 21, 2008

Sunyinya tanpa teman di sisi..



Final exam baru sahaja melabuhkan tirainya.. Cuti semester 1 telah membuka lembaran akhir kalendar 2008.. Di kala inilah semua mahasiswa UMSKAL pulang bercuti bertemu keluarga masing2 yang barangkali telah hampir setengah tahun tidak bertemu.

Namun,ana tidak mengambil peluang itu untuk pulang ke kampung halaman walaupun banyak program yang ana dengar bakal dilaksanakan di Perak.. Tambahan pula, baru sebulan yang lalu ana pulang beraya.

Seperti tahun lepas juga, ana tidak pulang tetapi mengambil peluang bercuti di rumah ibu saudara di Kota Kinabalu.. Terasa sayu di hati namun, adat merantau..jauh dari keluarga sudah sebati dalam jiwa ana lantaran hampar 3 tahun berada di negeri orang. Mungkin cuti semester kali ini akan berbeza dengan yang lalu memandangkan ibu saudara ana tiada di sini kerana pulang ke Johor.. Di saat ini ana mengambil peluang untuk menyertai pelbagai program yang dianjurkan di samping ingin menguruskan hal berkaitan praktikal.

Jauh di sudut hati, diri terasa sunyi tanpa teman2 yang sentiasa berada di sisi..masing2 pulang menemui keluarga.. Sayu melihat rakan2 kolej pulang..ana mengambil keputusan untuk tidak menghantar sahabat ana ke airport kerana yakin hati akan terasa pilu.. Namun,ana bukan sengaja..tidur yang terlalu lewat kerana menghadiri usrah wida' pada malam tadi juga menghalang ana untuk berbuat demikian.

Apa pun, doa ana sentiasa bersama kalian..semoga selamat sampai dan selamat bertemu kembali pada semester baru yang akan datang..

Slot tasmik bahagian solat..

Menguji adik2 dalam bahagian solat benar2 menyedarkan ana tentang pentingnya ilmu agama.. Alhamdulillah..adik2 di bawah bimbingan ana masing2 dapat melepasi ujian ini. Syukur ke hadrat Ilahi kerana ana diberi peluang oleh ALLAH untuk menimba pengalaman menjadi fasi yang ana sendiri tidak pernah lalui..
Semoga nadwah ini memberi impak yang positif kepada adik2 dalam melayari kehidupan yang akan datang..

Duta Cilik Pewaris Ummah.

Adik2 yang terpilih di bawah bimbingan ana..

Nadwah Kepimpinan.

Ni masa ana dengan sahabat2 jadi fasi utk program Nadwah kepimpinan Islam sek men dan Khemah ibadah sek ren yang diadakan di Pusat Ko-Kurikulum Kg. Ganggarak,W.P.Labuan..3 hari program membuatkan banyak pengalaman yg ana dengan sahabat perolehi.. Sebagai masiswa Islam memang menuntut ana dan sahabiah mengajar adik2 mempelajari ilmu agama.. Ana ditaklifkan untuk menjadi fasi sek rendah..bahagian fardhu 'ain. Jauh di sudut hati terasa gementar lantaran memikirkan ilmu yang terlalu cetek..tambahan pula hanya mendapat pendidikan agama di sek rendah. Namun, atas dasar tunjuk ajar dan panduan, ana menyampaikan skadar apa yang ana tahu.. Mudah-mudahan apa yang ana dah sahabiah telah berikan kepada aadik2 akan dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian..
welcome