In the Name of  Allah Pictures, Images and Photos

Sunday, March 29, 2009

Berdua akhirnya..

Jemputan dari Ustazah Nordianah Alwi (JAWI) untuk menghadiri majlis persandingannya telah diterima hampir 2 minggu yang lalu.. Tidak dijangka untuk menghadirinya kerana masing2 sibuk dengan tugasan masing. Namun, percaturan ALLAH siapa yang tahu. Alhamdulillah..berkat keizinan-NYA, dapat kami pergi ke majlisnya pada malam bertarikh 27/3/2009..kami tiba sekitar jam 9. Persandingan yang dibuat di SK.Pekan, bersebelahan dengan masjid besar an-Nur, di tengah2 bandar Labuan.
Setibanya ana dan sahabiah di sana, majlis sudah pun merangkak ke penghujungnya..hadirin yang datang sudah mulai surut.. Terpandang wajah Ustazah bersama pasangannya..
Senyum ceria..barangkali gembira sudah ada orang yang menjaganya..mungkin jua berat memikirkan amanah yang bakal dipikul apabila bergelar isteri..
Sedang ana dan sahabiah yang hadir asyik menikmati makanan, kami dihiburkan dengan dendangan nasyid..rata2 lagu yang didengari adalah berkaitan dengan alam perkahwinan..membawa diri untuk mentafsir bait2 lagu yang didendangkan.
Masa begitu pantas..ana dan sahabiah tidak mengambil masa yang lama untuk berada di majlis itu memandangkan kami semua adalah kaum hawa yang datang menaiki bas.. Jadi, kami bersalaman dengan Ustazah untuk mengundur diri. Sambil bersalaman, sempat lagi Ustazah menyindir.."cepat2lah habiskan zaman bujang korang.." Tersentak ana ketika itu..senyum seketika..terdengar juga ketawa dari sahabiah lain yang mendengar.
Dalam hati..bukan mudah untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri.."dulu senang2 boleh keluar bila ada jemputan, sekarang tak lagi.." Itulah juga kata2 Ustazah bila menyedari statusnya sekarang bukan lagi seorang bujang..

Saturday, March 28, 2009

Al-Insan

Alhamdulillah..segala puji hanya bagi ALLAH tuhan sekalian alam...

26/3/09....
Bertempat di konvension hall Ujana Kewangan,Labuan..
Ana berpeluang menghadiri satu majlis agama..Forum Perdana Hal Ehwal Islam..Walaupun sahabiah yang datang dari UMSKAL hanya 10 orang, namun ia cukup untuk memberikan kesedaran kepada kami untuk benar2 menghayati forum yang diadakan pada malam itu..

Rupanya, forum perdana itu akan disiarkan secara rakaman di TV1..tajuk yang dibawakan pada malam itu adalah 'al-Insan'.. ia mengisahkan berkenaan dengan anak2 khususnya di peringkat persekolahan. Ahli panel yang dijemput adalah Ustazah Nordianah Alwi (JAWI), DR. Sidik Baba ( Pensyarah UIAM) dan seorang Ustaz bergelar mantan dari MAIWP..ana tak berapa ingt nama.

Dalam forum tersebut, input utama yang ditegaskan oleh ketiga2 ahli panel ialah
1) Mu'alim- 'Alim
- Contoh mu'allim yang patut kita jadikan ialah Nabi Muhammad S.A.W.
2) Mu'addib- Adab
- Contoh mu'addib perlu ada dalam keluarga itu sendiri.
3) Mursyid- Contoh, sumber rujukan
-Contoh mursyid adalah membawa jalan ke syurga.

Dalam forum itu juga disebutkan bahawa Kementerian Pelajaran haruslah membuat pelan induk, memartabatkan profesion guru, memperelok budi dengan baik, dan pendidikan yang diberikan tidak boleh dihentikan setakat persekolahan sahaja. Ia hendaklah diberikan sejak dari buaian hinggalah ke liang lahad. Kualiti aqliah, ketulusan, ketelusan, dan amal adalah antara faktor terpenting untuk menghasilkan anak2 yang berilmu pengetahuan tinggi.
Selain itu, anak2 juga adalah sebagai 'modal insan'..tetapi modal insan yang bagaimana harus dilahirkan? Ia bukanlah sekadar pandai dalam ilmu akademik...matematik..sains..bahasa Inggeris, namun lebih jauh daripada itu. Anak2 harus menjadi modal insan yang tinggi pengetahuan agamanya agar apa yang dipelajari dalam bidang akademik boleh dipraktikkan dalam bidang agama.

Ustazah Nordianah menegaskan bahawa terdapat 3 sumber kekuatan dalam diri yang menjadi daya saring untuk menjadi insan yang cemerlang.
1) Solat; Jangan tinggalkan solat dengan sengaja.
2) Bacaan al-Quran; Sebagai ingatan pada Pencipta.
3) Zikir & Fikir; Untuk berfikir mengenai kejadian ALLAH.

DR. Sidik Baba pula mengingatkan bahawa terdapat 3 faktor untuk membina disiplin hati;
1) Afala ya'kilun - Akal.
2) Afala yatafakkarun - Berfikir.
3) Afala tadabbaru - Mengkaji alam.


Kesimpulan daripada forum perdana malam itu adalah, untuk melahirkan insam kamil adalah dengan mewujudkan sifat ihsan dalam diri iaitu apabila melakukan sesuatu perkara dengan merasakan ALLAH itu sentiasa melihat apa yang kita lakukan..

Terisi jiwa pabila mendengar ceramah2 agama seperti ini.. Syukur alhamdulillah..ALLAH masih jaga hati ini untuk cenderung mendengar pengisian rohani. Moga2 ia dinilai sebagai amalan yang diredhai,insyaALLAH...

Friday, March 20, 2009

Kesakitan itu....

Seawal jam 10 pagi, ana bergegas menunggu bas untuk melawat seorang sahabiah junior yang telah mengalami kemalangan jalan raya pada 18/3 yang lalu.. Pada mulanya, ana pergi bersama dua orang lagi sahabiah, namun pada saat2 akhir, seorang sahabiah ana memberitahu tidak jadi pergi bersama kami.. "Salam,nti.. ana pegi hospital jaga sahabiah sebelah petang..coz petang ni tiada orang jaga dia..nti pegi dengan izah ye.." Itulah sms yang sahabat ana kirimkan tatkala ana menunggunya untuk pergi melawat bersama..
Sejak semalam lagi, junior ana mengharapkan agar ana dapat bergilir menjaga sahabat itu..tetapi, di atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan, ana terpaksa menolak untuk menjaganya..memang terasa sedih pabila tidak dapat menunaikan impian orang.. Perjalanan ana bertemankan hanya seorang sahabiah.. Pada masa yang sama, dia juga ingin ke bandar membeli sedikit keperluan harian. Sedang asyik membeli, ana menerima sms dari ukhti syu..lagi tawaran untuk menjaga sahabiah.. Namun, ALLAH masih belum memberi peluang menjaganya kerana ana ada kuliah pula..Selesai membeli barang, ana terus menunggu bas pula untuk ke hospital. Setibanya di hospital, jam di tangan menunjukkan 12.15 tgh hari.. Terpandang satu papan tanda tertera waktu untuk para pelawat melawat..Hmmmm..waktu lawatan belum bermula rupanya.. Perancangan ALLAH begitu baik. Patutlah naluri hati ana tidak ingin terus ke hospital sebaliknya ke bandar dahulu.. Setelah hampir menunggu beberapa minit, kami telah dibenarkan masuk oleh pengawal yang menjaga di pintu masuk kawasan wad itu..
Entah mengapa...langkah demi langkah yang ana atur..begitu lemah sekali..Sesekali, terpandang katil2 yang mengisi pesakit2 di wad tersebut. Jarang sekali ana memasuki hospital.. Keadaan para pesakit yang berbagai ragam..berbagai reaksi..menimbulkan sebak di hati ana..Mereka diuji dengan cara begitu..Sayang sekali ALLAH dengan mereka2 itu..Dalam firmannya juga menyebut, "Tidak akan diuji hamba2NYA di luar batas kemampuannya.."(al-Baqarah:286).
Kebetulan, rakan satu kos sahabiah tersebut juga ingin melawat..mencari wad walhal tidak tahu.."WAD BUNGA MELUR"..Alhamdulillah..jumpa. Tiba di katil sahabiah yang di cari..sayu hati melihatnya..jantung terasa seakan berhenti..Hari ahad yang lalu, baru sahaja ana mengenalinya dengan lebih rapat..peramah rupanya. Namun, bila melihat keadaannya yang hanya berbaring di atas katil itu, hati ana cepat benar terasa sebak..ditahan sahaja air mata ini daripada mengalir..bahkan, bila sesekali memandangnya, cepat2 ana alihkan pandangan ke arah lain..tidak sanggup merasa kesakitan yang dialaminya.. Terasa benar diri ana yang jika berada di situasi sedemikian.hanya ALLAH yang Maha Mengetahui..
Agak lama juga ana berada di situ..mendengar harapannya dari semua sahabiah yang datang melawat..agar mendoakan dirinya cepat sembuh. Sekali lagi hati ini sebak..tidak dapat menahan..dialihkan lagi pandangan ke arah lain..
Menyedari seorang sahabiah yang datang melawat tiada, segera sms dikirimkan.. Ohh...waktu zohor sudah menjengah..lantas, ana melangkah kaki keluar dari wad tersebut untuk menunaikan solat..
Sekitar jam 1.30 tgh hari, ana meminta izin daripada sahabiah yang ada di situ untuk pulang ke kampus kerana ada kuliah jam 2 ptg.. Sempat membuat pandangan terakhir pada sahabiah yang terlantar..Dalam hati, memohon munajat agar sahabiah tersebut segera sembuh dari kesakitan yang dialami..
PERINGATAN juga buat diri!!
Kita ini hanya hambaNYA..HANYA HAMBANYA.. Bila2 masa ALLAH akan tarikh nikmat yang kita ada waktu ini..ALLAH beri kesakitan pada orang lain bukan sekadar ujian namun, untuk kita yang masih sihat ini berfikir dan menyedari akan apa yang telah ALLAH turunkan pada hamba2NYA..

Thursday, March 19, 2009

Jumaat: Penghulu segala hari.

Imam Al-Ghazzali berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud "sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat.Pada hari itu dijadikan Adam a.s. dan pada hari Jumaatlah terjadinya kiamat."
"Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan semulia-mulia hari di sisi Allah."
Imam Al-Ghazzali menambah bahawa Kaab Al-Ahbar (seorang tabien dan ulama yahudi yang memeluk Agama Islam pd zaman Saiyidina Abu Bakar) berkata burung-burung dan haiwan apabila bertemu satu sama lain pada hari Jumaat mengucapkan "Selamat, selamat hari yang baik".Imam Al-Ghazzali juga berkata malam Jumaat mempunyai banyak kelebihan dan disunnahkan pd mereka yg mempunyai isteri bersatu pd malam itu.

Doa Antara Dua Khutbah
Kebanyakan ulama berpendapat waktunya adalah antara dua khutbah, iaitu pd saat imam sedang duduk setelah khutbah pertama sebelum beliau bangun utuk khutbah kedua. Saat inilah saat yang paling dimustajabkan doa.

Sedekah Pada Hari Jumaat
Bersedekah membawa pahala yang besar. Ia menjauhkan bala, menjauhkan penyakit dan mendekatkan diri kepada Allah. Apalagi jika dilakukan pada hari Jumaat.

Mati Pada Malam Jumaat
Hadis nabi "Tidak seorang muslim yg mati pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali diselamatkan Allah daripada fitnah kubur".

Kelebihan Menunaikan Sembahyang Jumaat
Nabi bersabda
1) "Barangsiapa yg dapat menunaikan sembahyang Jumaat maka baginya disisi Allah pahala seratus orang yg mati syahid.
2)Dan barangsiapa meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak 3 kali tanpa darurat, maka Allah akan mengecap hatinya".

Ibadah pada hari Jumaat.
1)Pejalan ke masjid - adalah sunnah mengambil jln yg jauh tetapi apabila pulang sunnah ambil jln yang dekat - Imam Al-Ghazzali.
2)Sabda nabi "Banyakkanlah berselawat ke atasku pd hari Jumaat kerana sesungguhnya ia adalah hari saksi (hari Jumaat) disaksikan oleh para malaikat.
2)Mandi dan Pakaian
Sunnah pada hari Jumaat memakai pakaian yang bersih, baru dan berwarna putih.Memotong Kuku. Ibn Masud berkata "Mereka yg memotong kuku pd hari Jumaat, Allah akan sembuhkan dia dari segala penyakit dan berikannya keselamatan."

Ilmu Faraidh..

Hari Selasa yang lalu, ana sempat menghadiri satu seminar berkaitan ilmu faraidh yang dianjurkan oleh seorang yang memang pakar dalam bidang ilmu faraidh.. Masa 4pm-6pm begitu singkat sekali kerana ia sebenarnya memerlukan penjelasan yang benar2 panjang.. Namun, ia cukup sekadar ilmu pengetahuan kepada mahasiswa yang hadir.. Mungkin rata2 mahasiswa mengambil remeh perkara ini sehingga pensyarah terpaksa melabelkan setiap pelajar 'wajib' menghadiri seminar tersebut..
Pandangan ana sendiri, ilmu faraidh ini sangat2 berguna untuk semua terutama kepada umat Islam.. Faraidh akan terjadi apabila seseorang telah meninggal dunia dengan meninggalkan hartanya sebagai wasiat. Jika seseorang itu belum meninggal dunia, istilah 'faraidh' secara automatiknya tidak akan terjadi..


Adakah antum antunna mempunyai ahli keluarga yang sudah pun meninggal dunia? Adakah antum tahu bagaimanakah pembahagian harta si mati kepada ahli keluarganya? Mungkin ada antara kita akan menjawab, "pembahagian dibuat sama rata saling meredhai satu sama lain." Adakah itu sudah memadai? Bagaimana pula dengan pembahagian yang telah disyariatkan oleh Allah SWT seperti mana mafhum firmannya, " Bagi lelaki ada hak bahagian dari harta peninggalan ibu bapa dan kerabatnya dan bagi perempuan juga ada hak bahagian (pula) dari harta peninggalan ibu bapa dan kerabatnya, baik sedikit atau banyak menurut bahagian yang telah ditetapkan." (An-Nisa' :7)

Memang benar, pada pandangan masyarakat kita masih lagi belum terbuka tentang pembahagian harta secara Islam. Bukan salah mereka sebenarnya tetapi salah mereka yang mempelarinya dan tidak menyebarkan kepada masyarakat. Masyarakat masih lagi tidak didedahkan bagaimana Allah SWT telah memudahkan urusan mereka dalam pembahagian harta pusaka. Sebagai hamba, kita tidak mampu untuk membahagikan hak-hak warisan kepada ahli waris dengan seadilnya. Ini disebabkan keterbatasan kita untuk mengetahui rahsia sebanyak manakah keperluan masing-masing

Maka yang lebih berhak menentukan bahagian masing-masing sesuai dengan keperluan mereka ialah Yang Menciptakan kita iaitu Allah SWT, Tuhan Yang Maha Mengetahui,. Contohnya bagi anak lelaki dan perempuan seperti mana yang telah disyariatkan masing-masing mendapat harta pusaka daripada ibu atau bapa dengan dinisbahkan lelaki mendapat 2 bahagian dan perempuan mendapat satu bahagian sahaja. Kenapa begitu? Itu rahsia hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui. Adapun hikmahnya banyak sekali, antaranya lelaki apabila mahu bernikah memerlukan wang sebagai mahar dan tidak dapat tidak hartanya akan berkurang. Namun sebaliknya bagi wanita, harta mereka akan bertambah apabila bernikah kerana mereka akan menerima mahar. Begitulah juga hak-hak waris yang lain, semuanya telah ditetapkan mengikut kedudukan masing-masing.

Memang tidak dinafikan tidak ramai dikalangan kita yang mahir di dalam ilmu ini. Banyak faktor yang menyebabkan kurangnya mereka yang pandai dalam imu mawarith. Antaranya kurangnya minat untuk mempelajarinya. Hal ini mungkin disebabkan ilmu ini menggabungkan antara ilmu fiqh dan ilmu hisab. Ya benar kita masih lagi lemah dalam matematik. Walaupun kita pernah mempelajarinya sejak dibangku sekolah lagi, namun sudah lama tidak mengamalkannya kecuali dalam bab jual beli kita menjadi lupa. Inilah salah satu punca kurangnya minat untuk mempelajari ilmu ini.

Benarlah kata Rasulullah SAW yang mafhumnya

" Pelajarilah ilmu faraidh serta ajarkanlah, sesungguhnya ia adalah setengah dari ilmu dan ia akan dilupakan dan sesungguhnya ia adalah yang pertama kali yang akan dicabutkan dari umatku."

Bukan setakat itu sahaja, malah para orientalis juga mengakui ilmu ini walaupun mereka ini musuh yang ingin memusnahkan Islam. Sebagai contoh, seorang orientalis yang bernama Rumsey menyatakan," Pembahagian harta pusaka dalam Islam tidak syak lagi merupakan sistem perundangan harta yang paling baik dan canggih yang pernah diketahui oleh dunia bertamadun." Sementara itu, seorang lagi orientalis, Professor N. J. Coulson yang pernah mengajar di School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London menyatakan, ”Undang-undang pembahagian harta pusaka dalam Islam merupakan suatu pencapaian teknikal yang mantap dan sayugianyalah ilmuan Islam berasa bangga dalam ketepatan matematik dalam menentukan hak mana-mana waris, dalam keadaan apa sekalipun, boleh ditentukan.”

Tibalah masanya kita sebagai penuntut ilmu Allah SWT serta bakal menjadi para pendakwah kepada masyarakat menganjakkan paradigma dengan mempelajari ilmu ini dan menguasainya sebagaimana disarankan oleh Rasulullah SAW supaya kita dapat memelihara ilmu ini daripada kepupusan seperti mana ditakuti oleh Nabi Muhammad SAW

"….sesungguhnya aku sangat resah dan takut jika nantinya ada 2 orang bertikai tentang hal bahagian waris dan permasalahan lainnya akan tetapi mereka tidak mendapatkan orang yang meleraikan dan menyelesaikan masalah mereka."

Apa yang menarik berkenaan ilmu ini daripada ilmu feqh yang lain sehinggakan ilmuan bukan Islam tertarik dengannya ialah ia menggabungkan 2 bahagian ilmu iaitu ilmu feqh dan ilmu matenatik (dalam tajuk pecahan). Seseorang itu tidak akan dapat menyelesaikan sesuatu kes pembahagian harta pusaka sekiranya dia hanya mahir dalam salah satu bahagian ilmu sahaja. Tidak dapat tidak kedua-dua bahagian ilmu ini perlu dikuasai dengan baik untuk mahir dalam ilmu faraidh.

Ilmu feqh dalam ilmu faraidh ialah ilmu yang datangnya daripada Al-Quran , As Sunnah dan Ijma' para sahabat. Contoh daripada Al-Quran iaitu di dalam surah An Nisa' ayat 11 dan 12. Manakala dalam hadith Rasulullah pula contohnya ialah sabda baginda SAW,

" Berikanlah bahagian warisan yang telah ditentukan itu kepada pemiliknya. Adapun bakinya maka bagi pewaris lelaki yang paling dekat nasabnya."

Berkenaan ijma' para sahabat pula bagi beberapa masalah yang tidak dinyatakan di dalam Al-Quran dan As Sunnah seperti masalah gharrawiyatain iaitu ahli waris hanya tinggal bapa, ibu dan salah satu suami isteri. Di dalam feqh faraidh juga menerangkan takrif faraidh, rukun-rukunnya, syarat-syaratnya, bahagian-bahagian untuk setiap ahli waris yang berhak mendapat warisan, mereka yang terhalang daripada mendapat warisan dan sebagainya. Manakala ilmu matematik dipraktikkan ketika terhimpunnya ahli-ahli yang berhak terima harta pusaka..

Justeru itu, bagi sesiapa yang menyedari akan hal ini terjadi kepada ahli keluarga, segeralah menguruskannya kerana ia menjadi tanggungjawab semua untuk menyelesaikannya..


Wednesday, March 11, 2009

Dan Mereka pun Menangis.....




Al-Qur'an merupakan kalamullah yang diturunkan oleh Rabb semesta alam sebagai mukjizat bagi Rasulullah SAW. Isinya merupakan ubat penawar bagi jiwa yang berada dalam kehampaan dan kegersangan.
Dalam period waktu yang relatif singkat, Al-Qur'an telah mampu mengubah kehidupan orang arab Jahiliyyah kepada cahaya hidayah yang terang benderang dan menjadikannya kaum yang terhormat dan disegani.
Kandungan Al-Qur'an kemudian mampu menggerakkan generasi sesudahnya sehingga keimanan mereka kukuh dan Islam pun tersebar ke seantero jazirah Arab bahkan mampu menembus kekaisaran Romawi Timur (Bizantium) dan Andalusia. Allah berfirman dalam Al-Qur'an memang terdapat sebab menuju kemuliaan,"Sesungguhnya telah Kami turunkan kepadamu sebuah kitab yang di dalamnya terdapat sebab-sebab kemuliaan bagimu. Maka apakah kamu tiada memahaminya?" (Qs. Al-Anbiyaa' : 10).Namun kini empat belas abad telah berlalu, Al-Qur'an telah banyak ditinggalkan, hanya menjadi hiasan dinding dan almari serta sekadar dibaca tanpa diresapi maknanya dengan mentadabburinya. Allah SWT kemudian memberikan peringatan dalam firman-Nya,"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al-Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik." (Qs. Al-Hadiid: 16).Ayat ini bOLEH menjadi bahan kesedaran bagi kita yang kini lalai dan sebagai upaya memperbaiki kondisi hati yang belum juga tunduk ketika seruan Allah berkumandang. Mungkin hati kita memang telah menjadi sedemikian keras.
PANGKAL KEBAIKAN HATI
Untuk melunakkan dan melembutkan hati, Allah memerintahkan untuk mentadabburi dan berupaya memahami kandungan Al-Quran dengan sungguh-sungguh dan melarang untuk berpaling darinya, "Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al-Qur'an ataukah hati mereka terkunci?" (QS Muhammad: 24).
Allah SWT juga menjelaskan bahawa tujuan diturunkannya Al-Qur'an adalah sebagai saranan untuk tadabbur dan tadzakkur,"Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai pikiran." (Shaad: 29)Dalam Madarij As-Salikin Ibnu Qoyyim Al-Jauziyah menjelaskan bahawa hal yang paling bermanfaat bagi seorang hamba dalam kehidupan dunia dan akhiratnya (untuk lebih mendekatkannya dengan keselamatan) adalah dengan ber-tadabbur pada Al-Qur'an, renungan yang berlanjutan, dan konsentrasi akan makna ayat-ayatnya.
Menurut beliau sikap ini mampu membuat seorang hamba mengetahui berbagai kebaikan dan kejahatan serta aspek-aspeknya, uslup untuk menempuh jalan kebaikan dan kejahatan tersebut, tujuan-tujuannya, buah hasilnya, dan nasib para pelakunya.
Sementara dalam bukunya yang lain, Miftah Dar As-Sa'adah beliau mengatakan bahwa bertadabbur akan melahirkan cinta, rindu, rasa takut, rasa harap, inabah, tawakal, redha, sikap penyerahan, syukur, sabar, dan berbagai kondisi psikologis lain yang menghidupkan dan menyempurnakan hati. Tadabbur juga dapat menjauhkan berbagai sifat dan perbuatan tercela yang menggerogoti hati.Membaca satu ayat dengan tafakkur dan tafahhum (kritis dan bersungguh-sungguh untuk mencari pemahaman makna Al-Qur'an), lebih baik daripada sekadar membaca satu kali khatam tanpa tadabbur dan tafahhum. Hal itu lebih bermanfaat bagi hati dan lebih efektif dalam menumbuhkan iman dan kenikmatan membaca Al-Qur'an.
Jadi, membaca Al-Qur'an dengan tafakkur adalah pangkal kebaikan hati.
KEUTAMAAN MENANGIS
Allah SWT memuji makhluk-Nya yang paling mulia di dalam firman-Nya,"Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis." (QS Maryam: 58)
Ibnu Sa'di berkata berkenaan dengan ayat di atas, "Firman Allah subhanahu wa ta'ala, 'Maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis, maksudnya adalah mereka khudhu' dan khusyu' dengan ayat-ayat tersebut, kerana menggoreskan iman, cinta dan takut di hati mereka, sehingga membuat mereka menangis, berserah diri dan sujud kepada Tuhan mereka.
Allah SWT juga berfirman mengenai para ahli kitab yang shalih,"Sesungguhnya orang-orang yang diberi pengetahuan sebelumnya apabila Al-Qur'an dibacakan kepada mereka, mereka menyungkur atas muka mereka sambil bersujud, dan mereka berkata, 'Maha Suci Tuhan kami, sesungguhnya janji Tuhan kami pasti dipenuhi.' Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyu'." (QS al Israa': 107 – 109)Menangis, menurut Al-Ghazali, disunahkan saat membaca Al-Qur'an. Cara untuk memaksakan tangisan adalah membayangkan hal-hal yang dapat menyebabkan kita menangis, yaitu dengan merenungi ancaman dan janji yang ada di dalam Al-Qur'an, kemudian merenungi kealpaan sikap kita terhadap berbagai perintah dan larangan Allah SWT.Rasa sedih dan tangis hanya menghampiri hati seseorang yang bersih. Hilangnya kesedihan dan tangisan hendaknya membuat kita bersedih (dan menangis), kerana hal tersebut merupakan tanda musibah terbesar yang telah menimpanya.
BELAJAR DARI GENERASI AWAL
Dalam sejarah kehidupan generasi awal Islam, banyak kita temui kisah-kisah tentang kelembutan hati dimana mereka sering menangis ketika membaca dan mendengarkan Al-Qur'an. Hati mereka begitu mudah tersentuh kerana keimanan yang telah begitu kuat mengakar di dalam dada. Berikut ini beberapa kisah tentang keadaan-keadaan itu:

1. ABU BAKAR ASH-SHIDIQ R.A.
Imam Bukhari meriwayatkan dalam shahihnya bahawa ketika sakit, Rasulullah SAW semakin keras, beliau ditanya tentang solat. Lalu beliau menjawab, "Suruhlah Abu Bakar mengimami orang-orang.".Aisyah berkata, "Sesungguhnya Abu Bakar adalah orang yang sangat lembut. Bila dia membaca Al-Qur'an maka dia tidak kuasa menahan tangis." Lalu Nabi SAW berkata, "Suruhlah dia mengimami shalat."
Lalu Aisyah mengulangi perkataannya. Nabi SAW pun berkata, "Suruh dia mengimami shalat. Sesungguhnya kalian (seperti) pengikut Yusuf."

2. UMAR BIN KHATTAB R.A.
Abdullah bin Syidad berkata, "Aku mendengar tangisan sedu sedan Umar saat aku di barisan belakang., yaitu ketika dia membaca, 'Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku'." (HR Bukhari)Diriwayatkan dari Ubaid bin Umair, ia berkata, "Umar mengimami kami shalat Subuh, lalu dia membaca surat Yusuf pada rakaat pertama. Ketika sampai pada ayat, 'Dan kedua matanya menjadi putih karena kesedihan dan dia adalah seorang yang menahan amarahnya (terhadap anak-anaknya)' (QS Yusuf: 84)
Beliau menangis hingga berhenti lalu ruku'

3. ABDURRAHMAN BIN AUF R.A.
Diriwayatkan dari Sa'ad bin Ibrahim, dia berkata, "Abdurrahman bin Auf diberi makan malam saat dia berpuasa. Lalu dia membaca firman Allah subhanahu wa ta'ala,"Karena sesungguhnya pada sisi Kami ada belenggu-belenggu yang berat dan neraka yang bernyala-nyala, dan makanan yang menyumbat di kerongkongan dan azab yang pedih.' (QS Al-Muzammil: 12-13)
Setelah itu dia terus-menerus menangis hingga makan malamnya dibereskan, sedangkan (siang harinya) dia benar-benar puasa.

4. AISYAH R.A.
Diriwayatkan dari Qasim (Saudara Aisyah), ia berkata, "Apabila aku pergi pada pagi hari maka aku selalu memulai keberangkatanku dari rumah Aisyah untuk mengucapkan salam kepadanya. Pada suatu hari aku pergi dan ternyata dia sedang berdiri sambil membaca tasbih dan ayat, 'Maka Allah memberikan kurnia kepada kami dan memelihara kami dari azab neraka.' (Qs. Ath-Thuur: 27)
Dia berdoa, menangis, dan mengulang-ulang ayat tersebut. Lalu aku berdiri hingga aku jenuh berdiri. Lalu aku pergi ke pasar untuk mencari kesilapanku. Ketika aku kembali, ternyata Aisyah R.A. masih berdiri seperti semula sambil melakukan solat dan menangis.
5. ABU HURAIRAH R.A.
Diriwayatkan dari Sulaiman bin Muslim bin Jammaz, "Aku mendengar Abu Ja'far berkata kepada kami tentang bacaan Abu Hurairah R.A. pada ayat,"Apabila matahari digulung." (Qs At-Takwiir:1)
Beliau sangat tersayat hatinya ketika mendengar ayat tersebut, hingga terkadang menangis dengan ratapan.

6. ABDULLAH BIN RAWAHAH R.A.
Diriwayatkan dari Qais bin Abu Hazim, ia berkata, "Abdullah bin Rawahah menangis, lalu isterinya ikut menangis. Lalu dia bertanya kepada istrinya, 'Apa yang membuatmu menangis?' Isterinya menjawab, 'Aku melihatmu menangis maka aku pun ikut menangis.' Dia kemudian berkata, 'Aku teringat dengan ayat ini,"Dan tidak ada seorang pun daripadamu, melainkan mendatangi neraka itu." (Qs Maryam: 71).
Aku tahu bahwa aku pasti akan memasuki neraka, tetapi aku tidak tahu apakah aku akan selamat dari neraka.

7. ABDULLAH BIN UMAR R.A.
Diriwayatkan dari Qasim bin Abu Bazzah, ia berkata, "Aku diberitahu oleh orang yang mendengar Ibnu Umar R.A. membaca ayat,'Kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang curang, (yaitu) orang-orang yang apabila menerima takaran dari orang lain mereka minta dipenuhi, dan apabila mereka menakar atau menimbang untuk orang lain, mereka mengurangi. Tidakkah orang-orang itu yakin bahawa sesungguhnya mereka akan dibangkitkan, pada suatu hari yang besar, (yaitu) hari (ketika) manusia berdiri menghadap Tuhan semesta alam?' (Qs. Al Muthaffifiin: 1-6)
Ibnu Umar lalu menangis hingga tersungkur, dan setelah itu ia enggan untuk membaca ayat tersebut.

8. IBNU ABBAS R.A.
Diriwayatkan dari Abdullah bin Abi Mulaikah, dia berkata, "Aku menemani Ibnu Abbas radhiallahu anhu dari Mekah ke Madinah. Jika singgah di suatu tempat maka dia selalu bangun pada separuh malam." Lalu Ayyub bertanya kepadanya, "Bagaimana bacaannya?" Abdullah menjawab,"Dia membaca,'Dan datanglah sakaratul maut dengan sebenar-benarnya. Itulah yang kamu selalu lari daripadanya.' (Qs. Qaaf: 19)Dia membacanya dengan tartil dan sering menangis terisak-isak.

9. UMAR BIN ABDUL AZIZ
Diriwayatkan dari Ibnu Abi Dzaib, ia berkata, "Aku diberitahu oleh seseorang yang sempat menyaksikan Umar bin Abdul Aziz sebagai gubernur Madinah, bahwa seorang laki-laki membacakan ayat ini kepadanya, 'Dan apabila mereka dilemparkan ke tempat yang sempit di neraka itu dengan dibelenggu, mereka disana mengharapkan kebinasaan. (Qs. Al-Furqaan: 13)
Lalu Umar bin Abdul Aziz menangis hingga tidak dapat mengendalikan tangisnya dan isakannya pun menjadi keras. Lalu dia berdiri dari tempat duduknya dan masuk ke rumah.

10. HASAN AL-BASHRI
Diriwayatkan dari Salam bin Abu Muthi', ia berkata, "Hasan diberi segelas air untuk berbuka puasa. Ketika dia mendekatkan air itu ke mulutnya, dia menangis dan berkata, 'Aku ingat harapan besar dari para penghuni neraka dan ucapan mereka, "Limpahkanlah kepada kami sedikit air atau makanan yang telah direzekikan Allah kepadamu.' Aku pun teringat jawabannya kepada mereka,'Sesungguhnya Allah telah mengharamkan keduanya itu atas orang-orang kafir." (QS Al-A'raaf: 50)

11. ABU HANIFAH
Muhammad bin sama'ah meriwayatkan dari Muhammad bin Hasan, dari Qasim bin Ma'an, bahwa Abu Hanifah bangun malam sambil mengulang-ulang firman Allah subhanahu wa ta'ala,"Sebenarnya hari Kiamat itulah hari yang dijanjikan kepada mereka dan kiamat itu lebih dahsyat dan lebih pahit." (Qs. Al-Qomar: 46).
Dia menangis dan tadharru' (merendahkan diri) hingga Subuh.Demikianlah kisah pribadi-pribadi itu, yang mencerminkan kondisi jiwa mereka yang takut akan kebesaran Allah SWT, kisah yang merupakan cerminan dari kejujuran hati yang dipenuhi cahaya keimanan. Semoga kita bisa menjadikannya sebagai teladan.

Tuesday, March 10, 2009

Ku Pilih Jalan-MU..

Telah kupilih jalanMu
Jalan yang mendekatkan aku padaMu
Jalan orang-orang yang beriman dan beramal soleh
Dan aku yakin sebenar-benarnya
Cintaku padaMu takkan pernah dikecewakan
Namun Tuhan,
Ampuni aku,
Fitrah hati ini terlalu berat untuk kubuang
Terlalu pahit untuk ditelan
Tapi terus-terusan aku gagahkan
Demi menggapai cintaMu Yang Esa
Bantulah aku Tuhan
Jika rinduku ini imaginasi syaitan
Dan kuminta ia dilenyapkan
Andai kasihku berlandaskan nafsu
Kumohon matikanlah rasa cinta yang belum tentu jadi milikku
Tolonglah aku Tuhan
Untuk mengisi bejana cintaku untukMu
Agar aku takkan pernah dahagakan
Cinta dari insan yang tak halal bagiku
Teguhkan kasihku untukMu
Agar aku tak kecundang dijajah cinta yang dusta
Yang menjadi hijab di antara kita
Tetapkan langkahku di jalan ini
Gagahkan aku Tuhan
Untuk menenggelamkan kapal cinta manusia
Walau ia se'gah' bahtera 'Titanic'
Tetapku pinta ia karam
Jika belayar ia di lautan dosa
Dan ku mohon Tuhan
Damaikanlah ombak di hati
Walaupun ribut datang mengundang
Kasihku diikat di dasar Rabbi
Kerana ianya lumrah ujian..
Dan akan kuterus tekadkan janji
Kerana telah kupilih jalanMu.

Khas buat penggemar 'belacan'

Post ini ana siarkan kerana 2 3 hari yg lalu, seorang junior ana menyatakan keenakannya makan tengahari bersama sambal belacan.. Justeru itu, ana menyatakan hasrat kepadanya akan mengeluarkan fakta2 mengenai 'belacan' ini untuk pengetahuan dan memikirkan apakah antum antunna semua tergolong dalan penggemar belacan..
Sama2 kita kaji tentang makanan kegemaran masyarakat Melayu ini....
Belacan merupakan sejenis bahan masakan yang diperbuat daripada udang kara yang dimampatkan dan tahan lama. Ia mempunyai bau yang kuat tetapi sedap dan berkhasiat dimakan. Terdapat sesetengah orang yang gemar membakarnya sedikit sebelum digunakan kerana ini membangkitkan baunya. Maupun begitu, sekiranya dibakar, belacan mengeluarkan bau yang sungguh kuat. Malah penjajah Inggeris pernah menggelarnya sebagai bau daging anjing panggang.
Belacan juga merupakan salah satu bahan bagi menghasilkan
sambal belacan, iaitu cili dan belacan yang ditumbuk lumat dengan menggunakan lesung tangan.
Diambil daripada "
http://ms.wikipedia.org/wiki/Belacan"
Sambal belacan merupakan satu hidangan sampingan yang biasanya dimakan bersama ikan ataupun ulam. Sambal belacan pada amnya merupakan lada/cili yang ditumbuk bersama belacan, garam dan sedikit gula.
Sambal belacan juga boleh dicampurkan dengan tempoyak bagi menyedapkannya. Bagi mereka yang meminati sambal belacan pedas, cili padi atau juga dikenali sebagai cili api, akan digunakan bagi menggantikan lada besar.

Kisah Para Anbia'.. Episod 1: Nabi Adam A.S.

Setelah Allah s.w.t.menciptakan bumi dengan gunung-gunungnya, laut-lautannya dan tumbuh-tumbuhannya, menciptakan langit dengan mataharinya, bulan dan bintang-bintangnya yang bergemerlapan menciptakan malaikat-malaikatnya ialah sejenis makhluk halus yang diciptakan untuk beribadah menjadi perantara antara Zat Yang Maha Kuasa dengan hamba-hamba terutama para rasul dan nabinya maka tibalah kehendak Allah s.w.t. untuk menciptakan sejenis makhluk lain yang akan menghuni dan mengisi bumi memeliharanya menikmati tumbuh-tumbuhannya,mengelola kekayaan yang terpendam di dalamnya dan berkembang biak turun-temurun waris-mewarisi sepanjang masa yang telah ditakdirkan baginya.
Kekhuatiran Para Malaikat.
Para
malaikat ketika diberitahukan oleh Allah s.w.t. akan kehendak-Nya menciptakan makhluk lain itu,mereka khuatir kalau-kalau kehendak Allah menciptakan makhluk yang lain itu, disebabkan kecuaian atau kelalaian mereka dalam ibadah dan menjalankan tugas atau karena pelanggaran yang mereka lakukan tanpa disadari. Berkata mereka kepada Allah s.w.t.:"Wahai Tuhan kami! Buat apa Tuhan menciptakan makhluk lain selain kami, padahal kami selalu bertasbih, bertahmid, melakukan ibadah dan mengagungkan nama-Mu tanpa henti-hentinya, sedang makhluk yang Tuhan akan ciptakan dan turunkan ke bumi itu, nescaya akan bertengkar satu dengan lain, akan saling bunuh-membunuh berebutan menguasai kekayaan alam yang terlihat diatasnya dan terpendam di dalamnya, sehingga akan terjadilah kerusakan dan kehancuran di atas bumi yang Tuhan ciptakan itu."
Allah berfirman, menghilangkan kekhuatiran para malaikat itu:"Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui dan Aku sendirilah yang mengetahui hikmat penguasaan Bani Adam atas bumi-Ku.Bila Aku telah menciptakannya dan meniupkan roh kepada nya,bersujudlah kamu di hadapan makhluk baru itu sebagai penghormatan dan bukan sebagai sujud ibadah, karena Allah s.w.t. melarang hamba-Nya beribadah kepada sesama makhluk-Nya."Kemudian diciptakanlah Adam oleh Allah s.w.t.dari segumpal tanah liat, kering dan lumpur hitam yang berbentuk.Setelah disempurnakan bentuknya ditiupkanlah roh ciptaan Tuhan ke dalamnya dan berdirilah ia tegak menjadi manusia yang sempurna
Iblis Membangkang.
Iblis
membangkang dan enggan mematuhi perintah Allah seperti para malaikat yang lain, yang segera bersujud di hadapan Adam sebagai penghormatan bagi makhluk Allah yang akan diberi amanat menguasai bumi dengan segala apa yang hidup dan tumbuh di atasnya serta yang terpendam di dalamnya. Iblis merasa dirinya lebih mulia,l ebih utama dan lebih agung dari Adam, karena ia diciptakan dari unsur api, sedang Adam dari tanah dan lumpur.Kebanggaannya dengan asal usulnya menjadikan ia sombong dan merasa rendah untuk bersujud menghormati Adam seperti para malaikat yang lain, walaupun diperintah oleh Allah.
Tuhan bertanya kepada Iblis:"Apakah yang mencegahmu sujud menghormati sesuatu yang telah Aku ciptakan dengan tangan-Ku?"Iblis menjawab:"Aku adalah lebih mulia dan lebih unggul dari dia.Engkau ciptakan aku dari api dan menciptakannya dari lumpur."Karena kesombongan, kecongkakan dan pembangkangannya melakukan sujud yang diperintahkan, maka Allah menghukum Iblis dengan mengusir dari syurga dan mengeluarkannya dari barisan malaikat dengan disertai kutukan dan laknat yang akan melekat pada dirinya hingga hari kiamat.Di samping itu ia dinyatakan sebagai penghuni neraka.
Iblis dengan sombongnya menerima dengan baik hukuman Tuhan itu dan ia hanya mohon agar kepadanya diberi kesempatan untuk hidup kekal hingga hari kebangkitan kembali di hari kiamat. Allah meluluskan permohonannya dan ditangguhkanlah ia sampai hari kebangkitan,tidak berterima kasih dan bersyukur atas pemberian jaminan itu, bahkan sebaliknya ia mengancam akan menyesatkan Adam, sebagai sebab terusirnya dia dari syurga dan dikeluarkannya dari barisan malaikat, dan akan mendatangi anak-anak keturunannya dari segala sudut untuk memujuk mereka meninggalkan jalan yang lurus dan bersamanya menempuh jalan yang sesat, mengajak mereka melakukan maksiat dan hal-hal yang terlarang,menggoda mereka supaya melalaikan perintah-perintah agama dan mempengaruhi mereka agar tidak bersyukur dan beramal soleh.
Kemudian Allah berfirman kepada Iblis yang terkutuk itu:"Pergilah engkau bersama pengikut-pengikutmu yang semuanya akan menjadi isi neraka Jahanam dan bahan bakar neraka. Engkau tidak akan berdaya menyesatkan hamba-hamba-Ku yang telah beriman kepada Ku dengan sepenuh hatinya dan memiliki aqidah yang mantap yang tidak akan tergoyah oleh rayuanmu walaupun engkau menggunakan segala kepandaianmu menghasut dan memfitnah."
Pengetahuan Adam Tentang Nama-Nama Benda.
Allah
hendak menghilangkan anggapan rendah para malaikat terhadap Adam dan menyakinkan mereka akan kebenaran hikmat-Nya menunjuk Adam sebagai penguasa bumi, maka diajarkanlah kepada Adam nama-nama benda yang berada di alam semesta, kemudian diperagakanlah benda-benda itu di depan para malaikat seraya:"Cubalah sebutkan bagi-Ku nama benda-benda itu, jika kamu benar merasa lebih mengetahui dan lebih mengerti dari Adam."Para malaikat tidak berdaya memenuhi tentangan Allah untuk menyebut nama-nama benda yang berada di depan mereka.Mereka mengakui ketidak-sanggupan mereka dengan berkata:"Maha Agung Engkau! Sesungguhnya kami tidak memiliki pengetahuan tentang sesuatu kecuali apa yang Tuhan ajakan kepada kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana."
Adam lalu diperintahkan oleh Allah untuk memberitahukan nama-nama itu kepada para malaikat dan setelah diberitahukan oleh Adam, berfirmanlah Allah kepada mereka:"Bukankah Aku telah katakan padamu bahawa Aku mengetahui rahsia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan."
Adam Menghuni Syurga.
Adam
diberi tempat oleh Allah di syurga dan baginya diciptakanlah Hawa untuk mendampinginya dan menjadi teman hidupnya, menghilangkan rasa kesepiannya dan melengkapi keperluan fitrahnya untuk mengembangkan keturunan. Menurut cerita para ulamat Hawa diciptakan oleh Allah dari salah satu tulang rusuk Adam yang disebelah kiri diwaktu ia masih tidur sehingga ketika ia terjaga, ia melihat Hawa sudah berada di sampingnya. ia ditanya oleh malaikat:"Wahai Adam! Apa dan siapakah makhluk yang berada di sampingmu itu?"
Berkatalah Adam:"Seorang perempuan."Sesuai dengan fitrah yang telah diilhamkan oleh Allah kepadanya."Siapa namanya?"tanya malaikat lagi."Hawa",jawab Adam."Untuk apa Tuhan menciptakan makhluk ini?",tanya malaikat lagi.Adam menjawab:"Untuk mendampingiku,memberi kebahagian bagiku dan mengisi keperluan hidupku sesuai dengan kehendak Allah."
Allah berpesan kepada Adam:"Tinggallah engkau bersama isterimu di syurga,rasakanlah kenikmatan yang berlimpah-limpah didalamnya, rasailah dan makanlah buah-buahan yang lazat yang terdapat di dalamnya sepuas hatimu dan sekehendak nasfumu.Kamu tidak akan mengalami atau merasa lapar,dahaga ataupun letih selama kamu berada di dalamnya.Akan tetapi Aku ingatkan janganlah makan buah dari pohon ini yang akan menyebabkan kamu celaka dan termasuk orang-orang yang zalim.Ketahuilah bahawa Iblis itu adalah musuhmu dan musuh isterimu, ia akan berusaha membujuk kamu dan menyeret kamu keluar dari syurga sehingga hilanglah kebahagiaan yang kamu sedang nikmat ini."
Iblis Mulai Beraksi.
Sesuai dengan ancaman yang diucapkan ketika diusir oleh Allah dari Syurga akibat bangkangannya dan terdorong pula oleh rasa iri hati dan dengki terhadap Adam yang menjadi sebab sampai ia terkutuk dan terlaknat selama-lamanya tersingkir dari singgahsana kebesarannya. Iblis mulai menunjukkan rancangan penyesatannya kepada Adam dan Hawa yang sedang hidup berdua di syurga yang tenteram, damai dan bahagia.Ia menyatakan kepada mereka bahawa ia adalah kawan mereka dan ingin memberi nasihat dan petunjuk untuk kebaikan dan mengekalkan kebahagiaan mereka.Segala cara dan kata-kata halus digunakan oleh Iblis untuk mendapatkan kepercayaan Adam dan Hawa bahawa ia betul-betul jujur dalam nasihat dan petunjuknya kepada mereka.Ia membisikan kepada mereka bahwa.larangan Tuhan kepada mereka memakan buah-buah yang ditunjuk itu adalah karena dengan memakan buah itu mereka akan menjelma menjadi malaikat dan akan hidup kekal.Diulang-ulangilah pujukannya dengan menunjukkan akan harumnya bau pohon yang dilarang indah bentuk buahnya dan lazat rasanya.Sehingga pada akhirnya termakanlah pujukan yang halus itu oleh Adam dan Hawa dan dilanggarlah larangan Tuhan.
Allah mencela perbuatan mereka itu dan berfirman yang bermaksud: "Tidakkah Aku mencegah kamu mendekati pohon itu dan memakan dari buahnya dan tidakkah Aku telah ingatkan kamu bahawa syaitan itu adalah musuhmu yang nyata."Adam dan Hawa mendengar firman Allah itu sedarlah ia bahawa mereka telah terlanggar perintah Allah dan bahawa mereka telah melakukan suatu kesalahan dan dosa besar.Seraya menyesal berkatalah mereka:"Wahai Tuhan kami! Kami telah menganiaya diri kami sendiri dan telah melanggar perintah-Mu karena terkena pujukan Iblis. Ampunilah dosa kami karena nescaya kami akan tergolong orang-orang yang rugi bila Engkau tidak mengampuni dan mengasihi kami."
Adam dan Hawa Diturunkan Ke Bumi.
Allah
telah menerima taubat Adam dan Hawa serta mengampuni perbuatan pelanggaran yang mereka telah lakukan hal mana telah melegakan dada mereka dan menghilangkan rasa sedih akibat kelalaian peringatan Tuhan tentang Iblis sehingga terjerumus menjadi mangsa pujukan dan rayuannya yang manis namun berancun itu.Adam dan Hawa merasa tenteram kembali setelah menerima pengampunan Allah dan selanjutnya akan menjaga jangan sampai tertipu lagi oleh Iblis dan akan berusaha agar pelanggaran yang telah dilakukan dan menimbulkan murka dan teguran Tuhan itu menjadi pengajaran bagi mereka berdua untuk lebih berhati-hati menghadapi tipu daya dan pujukan Iblis yang terlaknat itu. Harapan untuk tinggal terus di syurga telah pudar karena perbuatan pelanggaran perintah Allah, hidup kembali dalam hati dan fikiran Adam dan Hawa yang merasa kenikmatan dan kebahagiaan hidup mereka di syurga tidak akan terganggu oleh sesuatu dan bahawa redha Allah serta rahmatnya akan tetap melimpah di atas mereka untuk selama-lamanya. Akan tetapi Allah telah menentukan dalam takdir-Nya apa yang tidak terlintas dalam hati dan tidak terfikirkan oleh mereka. Allah s.w.t.yang telah menentukan dalam takdir-nya bahawa bumi yang penuh dengan kekayaan untuk dikelolanya, akan dikuasai kepada manusia keturunan Adam memerintahkan Adam dan Hawa turun ke bumi sebagai benih pertama dari hamba-hambanya yang bernama manusia itu. Berfirmanlah Allah kepada mereka: "Turunlah kamu ke bumi sebagian daripada kamu menjadi musuh bagi sebagian yang lain kamu dapat tinggal tetap dan hidup disana sampai waktu yang telah ditentukan."
Turunlah Adam dan Hawa ke bumi menghadapi cara hidup baru yang jauh berlainan dengan hidup di syurga yang pernah dialami dan yang tidak akan berulang kembali. Mereka harus menempuh hidup di dunia yang fana ini dengan suka dan dukanya dan akan menurunkan umat manusia yang beraneka ragam sifat dan tabiatnya berbeda-beda warna kulit dan kecerdasan otaknya.Umat manusia yang akan berkelompok-kelompok menjadi suku-suku dan bangsa-bangsa di mana yang satu menjadi musuh yang lain saling bunuh-membunuh aniaya-menganianya dan tindas-menindas sehingga dari waktu ke waktu Allah mengutus nabi-nabi-Nya dan rasul-rasul-Nya memimpin hamba-hamba-Nya ke jalan yang lurus penuh damai kasih sayang di antara sesama manusia jalan yang menuju kepada redha-Nya dan kebahagiaan manusia di dunia dan akhirat.
Kisah Adam dalam Al-Quran.
Al-Quran menceritakan kisah Adam dalam beberapa surah di antaranya surah Al-Baqarah ayat 30 sehingga ayat 38 dan surah Al-A'raaf ayat 11 sehingga 25
Pengajaran Yang Terdapat Dari Kisah Adam.
Bahawasanya
hikmah yang terkandung dalam perintah-perintah dan larangan-larangan Allah dan dalam apa yang diciptakannya kadangkala tidak atau belum dapat dicapai oleh otak manusia bahkan oleh makhluk-Nya yang terdekat sebagaimana telah dialami oleh para malaikat tatkala diberitahu bahawa Allah akan menciptakan manusia - keturunan Adam untuk menjadi khalifah-Nya di bumi sehingga mereka seakan-akan berkeberatan dan bertanya-tanya mengapa dan untuk apa Allah menciptakan jenis makhluk lain daripada mereka yang sudah patuh rajin beribadat, bertasbih, bertahmid dan mengagungkan nama-Nya.
Bahawasanya manusia walaupun ia telah dikurniakan kecergasan berfikir dan kekuatan fizikal dan mental ia tetap mempunyai beberapa kelemahan pada dirinya seperti sifat lalai, lupa dan khilaf.Hal mana telah terjadi pada diri Nabi Adam yang walaupun ia telah menjadi manusia yang sempurna dan dikurniakan kedudukan yang istimewa di syurga ia tetap tidak terhindar dari sifat-sifat manusia yang lemah itu.Ia telah lupa dan melalaikan peringatan Allah kepadanya tentang pohon terlarang dan tentang Iblis yang menjadi musuhnya dan musuh seluruh keturunannya, sehingga terperangkap ke dalam tipu daya dan terjadilah pelanggaran pertama yang dilakukan oleh manusia terhadap larangan Allah.

Bahawasanya seseorang yang telah terlanjur melakukan maksiat dan berbuat dosa tidaklah ia sepatutnya berputus asa dari rahmat dan ampunan Tuhan asalkan ia sedar akan kesalahannya dan bertaubat tidak akan melakukannya kembali.Rahmat allah dan maghfirah-Nya dapat mencakup segala dosa yang diperbuat oleh hamba-Nya kecuali syirik bagaimana pun besar dosa itu asalkan diikuti dengan kesedaran bertaubat dan pengakuan kesalahan.Sifat sombong dan congkak selalu membawa akibat kerugian dan kebinasaan.Lihatlah Iblis yang turun dari singgahsananya dilucutkan kedudukannya sebagai seorang malaikat dan diusir oleh Allah dari syurga dengan disertai kutukan dan laknat yang akan melekat kepada dirinya hingga hari Kiamat karena kesombongannya dan kebanggaaannya dengan asal-usulnya sehingga ia menganggap dan memandang rendah kepada Nabi Adam dan menolak untuk sujud menghormatinya walaupun diperintahkan oleh Allah s.w.t.

Friday, March 6, 2009

Akrabnya ukhwah keluarga..

IN THE NAME OF ALLAH..
Alhamdulillah..segala puji selayaknya hanya bagi ALLAH sekelian alam yang menciptakan bumi ini..
Bersyukur yang tidak terhingga kerana pada saat ini ALLAH masih memberi ana peluang untuk bernafas menyedut udara segar nikmat pemberian-NYA.
Hari jumaat yang mulia ini..hari penghulu segala hari.. Ana mengambil peluang untuk menghubungi umi ana seawal jam 6.40 pagi. Bukan apa..secara tidak langsung untuk mendengar suara manja adik bongsu ana di kala awal pagi begini..kerana jam 7 pagi sudah pun bergerak menuju ke sekolah walaupun hanya beberapa minit perjalanan ke sekolah..begitulah adik bongsu ana, rutin hariannya tetap mengutamakan apa jua yang dilakukannya mesti di awal waktu..walhal umurnya baru mencecah 10 tahun..berbeza sekali sikapnya dengan adik beradik ana yang lain.
"Assalamualaikum umi..dah bangun? Adik dah bangun? Along nak cakap dengan dia.." Persoalan pertama yang ana ajukan ketika umi menjawab panggilan.. "Adik dalam bilik air,tengah mandi..kejap lagi umi telefon semula.."
Selang beberapa minit, panggilan dari umi ku terima..senyum sendirian ana kala itu.. "Hello, assalamualaikum,dik..dah mandi? Dah pakai baju? Dah sikat rambut? "
Banyak sekali soalan yang ana ajukan sehingga ana rasakan seperti seorang inspektor polis menyiasat pesalah.. Semua soalan yang ana ajukan dijawabnya dengan nada yang gembira..
Namun, itulah ukhwah yang boleh ana gambarkan betapa akrabnya ana dengan adik bongsu ana..kerinduan yang teramat sangat..sehingga terlupa umi yang patut didahului berbanding adik2 ana sendiri.. Agak lama juga ana berbual dengan adik bongsu ana pagi ini..pertanyaan demi pertanyaan ana ajukan..rutin soalan yang kerap ana ajukan adalah berkaitan dengan hal pelajarannya..kerana ana rasakan tanggungjawab ana sebagai anak sulong adalah selepas ibu bapa..jika bukan ana siapa lagi..
Pesanan terakhir sebelum ana mengakhiri perbualan.."Dik, belajar rajin2 ye.." Dibalasnya dengan sepatah kata sahaja "ok.." sudah cukup memberi makna yang mendalam..
Perbualan itu disambung oleh abah ana..yang memang menjadi rutin pabila call umi, umi orang terakhir yang akan mengakhiri perbualan..Terasa mendapat semangat baru bila mendengar pesanan abah yang tidak jemu dan tidak putus2 mengingatkan ana supaya belajar rajin2..
Bila berbual dengan umi, terasa amat dekat dan rapat sekali..segala masalah dan luahan dikongsi bersama..termasuk hal peribadi. Tempoh kurang 3 bulan untuk ana pulang ke kampung merasakan suatu tempoh yang terlalu lama bagi ana..perkongsian singkat berkenaan perancangan belajar ana, ana kongsikan pada umi..
"Along konvo bila? " Tanya umi ringkas.. "InsyaALLAH, bulan 9 @ 10 tahun depan,umi..sebab along sambung lagi 1 semester lepas habis praktikal nanti.." Ana menyambung..umi dengan abah mesti datang tau masa along konvo nanti..kalau salah seorang takde, along taknak konvo.."
Begitulah 'gurauan ugutan' yang ana luahkan pada umi tatkala ana menyatakan hasrat tertinggi ana pada mereka pada masa konvokesyen ana nanti..
Sejak sekolah lagi, apa2 jemputan pasti kedua orang tua ana akan datang..sehingga ana rasa begitu manja dan tidak boleh salah seorang tiada pada hari bersejarah ana nanti..
Di akhir perbualan, umi mengingatkan lagi agar belajar bersungguh2..Pesan umi dan abah akan sentiasa terpahat di hati..
"SIAPALAH KITA DI DUNIA INI JIKA TIADA IBU DAN AYAH.."

Tuesday, March 3, 2009

'KECINTAANKU PADA-MU..'

~Ketenangan Hati~

IN THE NAME OF ALLAH....
  • Solat adalah wasilah yang terbesar dalam mengusahakan tazkiyatun-nafs.


  • Solat apabila ditunaikan dengan baik, sempurna dan tertib dapat mengusir sifat takabur, melenyapkan sifat ujub dan menghilangkan rasa ghurur atau terpedaya dengan perasaan hati sendiri.


  • Solat yang ditunaikan dengan tertib dan sempurna juga dapat menghapuskan kemahuan dan keinginan untuk melakukan semua kemungkaran dan segala kekejian dan kejahatan.


  • Solat yang sempurna dapat menimbulkan edaran (spiral growth) yang terbesar untuk menyucikan jiwa serta menumbuhkan akhlak yang luhur.


  • Kekhusyukan itu adalah tanda orang-orang yang berbahagia. Hilangnya kekhusyukan bererti rosak dan hancurnya kesucian hati dan runtuhnya kemuliaan yang terdapat pada diri. Hilangnya kekhusyukan itu adalah alamat lenyapnya kehidupan dalam kalbu. Apabila kamu telah meraih ilmu kekhusyukan maka jangan sekali ditinggalkan.
    “Solat itu hanyalah yang ada padanya ketenangan hati dan kerendahan diri” – Hadis


  • Maksud yang terpenting dalam solat ialah munajat kepada Allah atau bercakap-cakap secara langsung berhadapan dengan-Nya.


  • Kesempurnaan batin dalam menunaikan solat: ~Hadir hati, memahami makna, mengagungkan, segan sebab takut, mengharap dan ada perasaan malu.


  • Hadir hati ialah mengosongkan hati dari segala sesuatu yang bukan sepatutnya atau berangan-angan yang tidak perlu. Hadir hati bermaksud jangan membiarkan fikiran berputar ke sana ke mari kecuali ke HadiratNya sahaja. Bawalah fikiran kepada apa yang dijunjung tinggi tanpa terlupa dan dilalaikan oleh hal-hal yang lain. Sifat hati, ia akan mengikut himmah/cita-cita yang tinggi. Kehadiran hati akan muncul dengan sendiri bila anda memiliki himmah yang keras. Cara untuk menghadirkan hati ialah dengan menolak gangguan-gangguan sebelum ianya datang dan memutuskan sebab-sebab timbulnya godaan. Cara mendapatkan tafahum ialah dengan cara menerima semua pemikiran yang mengarah ke arah pemahaman tersebut.


  • Raja’ ialah mengharapkan keredhaan-Nya serta pahala yang akan diperolehi di akhirat nanti. Seorang hamba akan mengharap dan memakrifati kehalusan kehendak Allah serta kemuliaan-Nya dan mengingati bahawa Allah Maha Benar dalam segala janjinya.


  • Haya’ ialah adanya perasaan kurang berhati-hati atau kurang perhatian dalam sesuatu perkara kemudian mempunyai sangkaan kuat bahawa ia berdosa kerana melakukannya. Seorang hamba itu perlu malu kerana adanya perasaan kurang berhati-hati dalam masalah ibadat. Ia dapat diperkuatkan dengan bermakrifat mengenai cela dan aibnya diri sendiri, kurang keikhlasan serta batin dirasakan amat kotor dan hatinya lebih condong untuk mendapatkan bahagian yang kosong yakni memperoleh harta dunia sebanyak-banyaknya dengan cara mencari yang tidak dibenarkan dan diredai oleh Allah.


  • Ta’zim mengetahui dengan penuh keyakinan bahawa Allah itu Maha Agung dan mengingat bahawa diri sendiri amat hina dan rendah darjatnya.


  • Haibah yang disertai dengan takut timbul dari kemakrifatan mengenai qudrat dan kekuasaan Allah yang dapat memerintahkan apa sahaja yang dikehendaki olehNya.


  • Setiap orang yang mengaku mukmin hendaklah mengagungkan Allah, takut kepada-Nya, mengharap pahala besar daripada-Nya, merasa malu sebab kurang hati-hati dalam melaksanakan perintah dan menjauhi larangan-Nya.






~~~~Menekuni pergerakan solat dari awal sehingga akhirnya~~~~






  1. Pejamkan matamu dari segala macam hal yang berkeliaran di sekeliling atau solat di tempat yang gelap atau dekat dengan dinding, tempat yang sempit di rumah.


  2. Apabila mendengar azan hadirkanlah hatimu dan bayangkanlah bagaimana dahsyat dan sengsaranya seluruh umat manusia termasuk kamu di dalamnya pada hari Kiamat kemudian bergegas-gegas mendatangi tempat solat.


  3. Adab batiniah dalam menutup aurat ialah memerintahkan jiwamu menutupi noda dan aib yang memalukan sejak di dunia sampai ke akhirat. Penawar untuk mengubati aib dan noda yang memalukan itu ialah dengan rasa menyesali diri sendiri, merasa malu dan takut. Hendaklah merasakan dirimu sangat hina dan rendah, sedang hatimu berdiam dengan tenang di bawah naungan sikap yang memalukan tadi.


  4. Bayangkanmu ibarat seorang hamba yang sedang bersalah serta mengakui kesalahannya akhirnya sedar dan kembali ke tempat tuannya sambil menundukkan kepala sebab malu dan ketakutan pada hukuman yang bakal diterima.


  5. Adab batiniah dalam menghadap kiblat ialah dengan menghadap hati kepada Allah dengan meninggalkan penglihatan kepada hal-hal selain-Nya. Ini dapat terlaksana apabila hati sudah dikosongkan dari segala macam pemikiran dan angan-angan yang tidak ada sangkut-paut dengan apa yang dilakukannya.


  6. Kosongkan hati sanubarimu sebelum bertakbir.


  7. Semasa i’tidal hendaklah kepala yang paling tinggi kedudukannya dari anggota badan yang lain itu direndahkan, kelihatan tunduk sebagai hamba merendahkan diri. Peringatkan hatimu supaya terus menerus merendah dan merasa hina.


  8. Apa yang perlu diingat pada masa itu ialah betapa besarnya penderitaan yang akan dihadapi semasa berhadapan dengan Allah nanti di hari akhirat.
welcome