In the Name of  Allah Pictures, Images and Photos

Thursday, April 30, 2009

Usrah di Cafe..


Bismillahirrahmanirrahim..



Syukur alhamdulillah..pagi ini ana masih dikejutkan oleh malaikat untuk bangun bersolat subuh, walaupun malam tadi jam 3.30pagi baru pulang ke bilik..

Kira-kira jam 4.30pagi baru dapat melelapkan mata..amat sekejap. Setelah berapa lama sudah tidak bertemu dengan sahabiah-sahabiah seperjuangan, terasa hati begitu rindu yang amat sangat..

Malam itu mungkin sudah percaturan ALLAH..menghadiri meeting Persatuan Siswazah Sabah (cawangan Labuan)..mula meeting jam 8.30 malam..namun ana terlewat sedikit..

Setelah tamat perbincangan mengenai Qiamullail bulanan yang akan dijalankan pada pertengahan bulan ini, ana tidak memutuskan untuk terus pulang ke bilik..

Sudah kelaziman dengan aktiviti-aktiviti dakwah, namun disebabkan peperiksaan akhir semester, semua tergendala seketika..

Selesai 3 paper..sedikit kelegaan dirasai. next paper pada 4hb & 5hb..

Sedikit kelapangan masa diperuntukkan untuk berusrah dengan sahabiah di cafe..Terasa hati masih terikat rupanya..alhamdulillah,syukur pada-NYA.

Bukan dijangka pun untuk duduk lama di cafe pada malam tadi..ana,Maziah,Shila,Zu..mula membuka cerita..tiada apa2 cerita yang difokuskan..apa yang terlintas di kepala, dikeluarkan sebagai perkongsian bersama..mula dari seorang, disambung pula oleh seorang yang lain..

Di samping melihat pelbagai ragam student yang bersilih ganti datang ke cafe, membuatkan hati terus menilai dan mentafsir..Mungkin jika ana tidak menjejakkan kaki ke Labuan ni, ana dapat rasakan diri ana bukan seperti yang sekarang.

'Zaman jahiliyyah' dulu benar2 menyedarkan ana tentang hikmah kehidupan ini..Syukur...syukur..syukur..sebab ALLAH campakkan ana di sini..terasa nikmat kasih sayang-MU yang terlalu tinggi.

Rata-rata perbualan adalah berkisarkan kepada kehidupan seorang muslimat..perjuangan..isteri..kerjaya..

Dulu mungkin merasakan perkara ini tidak perlu difikirkan, namun sudah tidak lama lagi kami mahu menghabiskan pengajian, ia amat perlu difikirkan bersama. Alhamdulillah, pemikiran yang matang dan luahan idea yang cukup bernas dari sahabiah-sahabiah memberikan kekuatan dan menambahkan lagi pengetahuan ana..syukran jazilan semua.

Muslimat banyak tanggungjawabnya..banyak pula cabarannya. 'Di sebalik kekuatan seorang lelaki itulah akan ada di sebaliknya wanita yang menjadi penguat lelaki itu..'

Justeru itu, sama-samalah kita berfikir dan menyediakan secukupnya lmu untuk menjadi seorang muslimat yang jika diletakkan di mana-mana pun, ia akan terus bergerak..insyaALLAH.

PERINGATAN BESAR buat kaum Hawa!

Dipetik dari Kitab Muhimmah karangan Sheikh Abdullah bin Abdul Rahim Fathoni 1384 Hijrah. Diceritakan oleh Sayyidina Ali RA.;
Adalah pada suatu hari masuk aku ke dalam rumah Nabi SAW. dan ada sertaku isteriku, Siti Fatimah RA. Maka tatkala aku dekat dengan pintu, maka sabda Nabi SAW.
"Siapa yang dipintu itu?"
Maka sahut Siti Fatimah;
"Kami dengan suami kami, Ali. Hamba datang untuk menghadap engkau ya Rasulullah".
Maka tatkala Rasulullah membuka pintu bagi kami, tiba-tiba kami dapati akan Nabi hal keadaannya menangis akan sebagai tangis yang sangat. Maka kataku(Sayyidina Ali RA.) baginya; "Penebusmu [adalah] aku, engkaulah bapaku dan ibuku Ya, Rasulullah. apakah yang menyebabkan engkau menangis?"
Maka sabda Rasulullah SAW.;
"Bahawa sesungguhnya telah aku lihat pada malam mikraj, beberapa perempuan daripada umatku di dalam siksa yang amat sangat. Maka sangatlah salah pekerjaan mereka itu., kerana itulah yang menyebakan aku menangis kerana keadaan mereka yang tersangat siksa".
Berkata Sayyidina Ali RA.;
"Ya, Rasulullah, bagaimanakah engkau lihat akan keadaan mereka itu?"
Maka sabda Rasulullah SAW.;
"Telah aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya;
dan Aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya;
dan Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung dengan dua kakinya pada hal terikat lagi terlipat dan telah mengeluarkan segala malaikat yang menyiksa itu dengan dua tangannya daripada pihak belakang lalu dilumurkan minyak tanah pada badannya dan dituangkan air panas ke dalam lehernya; dan
Aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya. (Ada pun buah zaqqum itu adalah buah kayu di dalam neraka yang amat pahit dan apabila memakan mereka itu akannya, nescaya menggelegak (mendidih) segala isi perut mereka itu, dan otak dan gusi mereka itu dan keluar lidah apinya daripada mulut mereka itu) dan
Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung pada hal memakan ia akan daging dirinya manakala api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya; dan
Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan ia(ular dan kala) akan dagingnya dan meminum ia(perempuan) akan darahnya; dan
Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli dan kelu. Di dalam kerongkongnya api neraka pada hal keluar otak daripada kepalanya dan lagi mengalir ke dalam hidungnya dan segala badannya itu amat busuk lagi berputar-putar(menggelupur) seperti terkena penyakit yang besar; dan Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya dipotong segala daging badannya daripada hadapan hingga ke belakang daripada segala anggota dengan gunting api neraka; dan Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya hitam segala mukanya dan dua susunya dan api memakan isi perutnya; dan lagi Aku lihat seorang perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai dan di atasnua itu beribu-ribu warna daripada azab; dan
Aku lihat pula seorang perempuan atas rupa anjing dan api neraka itu masuk daripada bawah duburnya dan keluar daripada ia{api} daripada mulutnya dan segala malaikat itu memukul mereka itu akan kepalanya dan badannya dengan pemukul api neraka.
Kata Sayyidina Ali RA;Maka berdirilah Siti Fatimah RA. kepada Nabi SAW. lalu berkata;
"Hai kekasihku dan cahaya mataku, khabarkan olehmu apa dosa-dosa mereka itu hingga jatuh atas sekelian mereka itu dengan berbagai-baga siksaan itu?"
Maka sabda Nabi SAW.;
1. Ada pun perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya; maka bahawa sesungguhnya ia tiada mahu menutup rambutnya daripada lelaki yang haram memandang dia,
2. Dan adapun perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; maka bahawa sesungguhnya ia menyakiti akan suaminya.
3. Dan adapun seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya; maka sesungguhnya ia memberikan air susu suaminya [kepada bayi yang lain] dengan tiada izin suaminya.
4. Dan adapun perempuan yang yang tergantung dengan dua kakinya di dalam kerongkongan api nereka itu; maka bahawa sesungguhnya ia keluar rumah dengan tiada izin daripada suaminya.
5. Dan adapun perempuan yang tergantung dan memakan ia akan tubuhnya dan api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya; maka bahawa sesungguhnya ia memperhiasi tubuhnya kerana orang lain dan tiada memperhiasi bagi suaminya.
6. Dan adapun perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan ia(ular dan kala) akan dagingnya dan meminum ia akan darahnya; bahawa sesungguhnya ia di dalam dunia tiada hendak bersuci badannya dan tiada hendak mandi junub dan haid dan daripada nifas dan meringan-ringan akan sembahyang.
7. Dan adapun perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli dan kelu. yang di dalam kerongkongan api neraka; maka bahawa sesungguhnya ia mendatangkan daripada anak zina dan ditambatkan kepada batang leher suaminya. (perempuan yang menduakan suaminya hingga mendapat anak zina dan dinyatakan anak itu adalah hasil daripada suaminya).

8. Dan adapun perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai; maka sesungguhnya ia sangat mengadu-ngadu (adu domba/batu api) lagi amat dusta.
9. Dan adapun perempuan yang seperti rupa anjing dan api masuk ia ke dalam mulutnya dan keluar ia daripada duburnya; maka bahawa sesungguhnya ia adalah sangat membangkit akan manusia (mengungkit-ungkit pemberian atau pertolongan) lagi banyak dengki mendengki.
YA ALLAH..SEMOGA KITA SEMUA YANG BERGELAR MUSLIMAT DIJAUHKAN DARI MELAKUKAN DOSA ITU SEMUA..

Sunday, April 26, 2009

BERSEDIAKAH KITA ?



26/4/2009


IN THE NAME OF ALLAH…

Hari cuti..sabtu ahad. Kelaziman bagi setiap mahasiswa untuk keluar ke Bandar, bangun lewat, juga aktiviti tertentu yang biasanya jarang dilakukan pada hari-hari biasa. Namun bagi seorang pendakwah bukanlah itu yang ditunggu-tunggu. Banyak aktiviti yang perlu diselesaikan. Gerak kerja yang dilakukan melebihi peruntukan masa 24jam. Bukan mudah bagi seseorang untuk melakukan perkara2 di luar kemampuan, atau perkataan mudah, nak buat benda yang orang lain boleh buat.. Hanya dengan kesungguhan dan kesabaran yang dapat mengatasi segalanya. Firman ALLAH dalam surah al-Baqarah ayat 286. .yang bermaksud : “Tidak akan diuji seseorang itu di luar batas kemampuannya.” Inilah antara ayat dalam bacaan Mathurat yang menjadi pegangan ana tatkala sering diuji oleh ALLAH dengan apa jua dugaan mahupun cabaran.
Dalam kesibukan mengulangkaji pelajaran untuk 2nd paper 29hb nanti, sedikit kesempatan diberi oleh ALLAH untuk menziarahi isteri seorang pensyarah kerana telah pun selamat melahirkan puterinya yang kedua, yang diberi nama Aisyah Madiha. Moga-moga besarnya kelak bakal menjadi seseorang yang sifat setianya seperti Aisyah isteri Rasulullah SAW dan sebijak Madiha yang mendapat 20A dalam peperiksaan SPM baru-baru ini..insyaALLAH.
Ketika sedang bercerita dengan salah seorang ukhti, tiba-tiba.. ”Best kan bila dah kahwin..” Terdiam seketika ana tika itu. “Ya..kak..betul…lebih-lebih lagi jika keluarga yang dibina dalam suasana keluarga Islam..memang bahagia.” Entah mengapa ayat itu pula yang terkeluar dari mulut ana saat itu, ana sendiri tidak tahu. Tapi, memang hakikat yang telah ditentukan ALLAH, membina rumah tangga dalam suasana Islam dan didasairi dengan pemilihan agama adalah sesuatu yang amat bermakna. Teringat ana kata-kata seorang akhi, “Perkahwinan adalah salah satu nikmat syurga di dunia.” . Akan tetapi, kemampuan dan kesanggupan serta tanggungjawab sebelum mendirikan rumah tangga perlu dipersiapkan sebaik mungkin agar rumah tangga yang dibina akan dapat bertahan apabila masalah atau keadaan yang tidak diduga dapat diatasi dengan sebaiknya.
Petang itu juga, sempat ana berkongsi cerita dan pengalaman dengan seorang junior yang baru tamat menghadiri kursus perkahwinan. Pada mulanya, dia agak keberatan untuk bercerita..Namun, ana katakan bahawa, “Ia adalah ilmu ALLAH..sesiapa pun yang mendapatnya, orang lain juga ada hak untuk mengetahui dan mempelajarinya.” Akhirnya, terbuka juga hatinya untuk bercerita dengan ana di taman permainan yang terletak di belakang kolej. Segan katanya apabila rata-rata yang pergi adalah pasangan-pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga..sedangkan dia sendiri pasangan pun belum ada. "Tak semestinya yang pergi kursus tu yang nak kahwin je..mana tau kat kursus tu ada jumpa..” Usikan yang ana kira ingin menguatkan semangatnya sebelum dia berangkat menghadiri kursus tersebut.
Bermula dengan alam perkenalan, perkahwinan sehinggalah perceraian adalah 3 tajuk utama yang memang akan dikupas oleh penceramah dalam mana-mana kursus pra-perkahwinan. Pengalaman sendiri menghadiri kursus tersebut kira-kira dua tahun yang lalu memberi pengalaman yang sangat berguna dalam hidup ana. Terlalu banyak perkara yang perlu difikirkan dan perlu ada persiapan rapi untuk menghadapi alam rumah tangga. Jika tidak, pasti gelombang dan arus deras yang melanda tidak dapat dihadapi. Mempunyai seorang sahabat yang sudah mendirikan rumah tangga dalam alam masih bergelar seorang mahasiswa mematangkan lagi diri ana untuk memikirkan sebaiknya soal perkahwinan ini. Bijak membahagikan masa adalah perkara pokok yang perlu diutamakan. Bila difikir-fikir semula, takut pula untuk mendirikan mahligai kasih..nampak seronok..bahagia..tapi, hakikatnya hanya ALLAH yang tahu. Namun, ALLAH telah berfirman yang bermaksud, “Jika kamu berkahwin, telah sempurnalah sebahagian iman kamu, dan semmpurnakanlah yang sebahagiannya lagi dengan ibadat yang lain..”. Dan, sabda Nabi : “Sesiapa yang berkahwin adalah telah mengikut sunnah ku..”

P/S : Peringatan buat diri ini dan juga sahabat sahabiah seaqidah.. Dalam apa jua yang kita lakukan, persediaan rapi amat penting. Contoh, apabila kita memandu kereta, jika tidak diisi dengan minyak yang penuh, maka perjalanan jauh yang kita lalui pasti akan terhenti di pertengahan jalan. Jika ada stesen minyak berdekatan, senanglah kita untuk mengisi minyak, tapi kalau tiada, tanggung sendiri lah jawabnya. Begitu juga perjalanan hidup ini, dunia ini adalah persinggahan sahaja, destinasi kita ialah akhirat yang kekal. Tiba masa yang telah dijanjikan-NYA, kita semua akan kembali ke negeri abadi. Andai tiada bekalan untuk dibawa ‘ke sana’, padahlah jawabnya. Orang yang ‘alim pun belum tentu dapat merasai nikmat syurga, kerana ia adalah salah satu golongan utama yang akan menjadi ahli neraka. Ini kerana, ‘alimnya adalah bukan kerana ALLAH tetapi kerana untuk mendapat pujian mahupun kemegahan. Inikan pula kita..hanya hamba-NYA yang lemah..sentiasa melakukan dosa..namun jarang sekali menginsafi setiap kesilapan yang kita lakukan. Perbaiki diri, jadikan hari ini lebih baik dari semalam.. ‘Rugilah orang-orang yang hari ini adalah lebih teruk berbanding semalam..’

Friday, April 24, 2009

Jadual Peperiksaan Semester 2 Sesi 2008/2009

20/4/2009
ISNIN
MAKROEKONOMI
9PAGI-12TGHRI
DEWAN UTAMA

29/4/2009
RABU
INSTITUSI & PASARAN KEWANGAN ISLAM
2PETANG-5PETANG
DEWAN THEATRATE

30/4/2009
KHAMIS
REGULASI & TADBIR URUS KEWANGAN ISLAM
2PETANG-5PETANG
DEWAN UTAMA

4/5/2009
ISNIN
ISU-ISU SEMASA KEWANGAN ISLAM
9PAGI-12TGHRI
DEWAN UTAMA

4/5/2009
ISNIN
PRINSIP PEMBANGUNAN PERISIAN
2PETANG-5PETANG
DEWAN UTAMA

5/5/2009
SELASA
ASAS MULTIMEDIA
2PETANG-5PETANG
DEWAN UTAMA

18/5/2009 HINGGA 26/7/2009
LATIHAN INDUSTRI
8PAGI-5PETANG
PEJ.PENTADBIRAN AGAMA ISLAM TELUK INTAN


Sudah memasuki semester ke 6 pengajian ana pada tahun ini..Alhamdulillah..Allah beri kekuatan walau telah banyak sekali dugaan yang ana terima namun, ana percaya bahawa ALLAH tidak akan sesekali menguji hamba2NYA diluar kemampuannya.
Kepada semua sahabat sahabiah, ana doakan kalian semua akan berjuang di meja peperiksaan dengan segenap ilmu yang ada..

USAHA+DOA+TAWAKAL=KEJAYAAN..

Perancangan Hidup Selepas Ini...


18/4/2009
IN THE NAME OF ALLAH…
Alhamdulillah.. bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberi ana peluang untuk mencoretkan sedikit perkongsian mengenai kehidupan ini..
Minggu ini merupakan ‘study week’ bagi UMS-KAL..Lazimnya, waktu inilah kebanyakan mahasiswa mengambil peluang untuk pulun habis bagi menumpukan 100% kepada final exam yang tidak lama lagi akan menjelang..
Di kala ini jugalah bagi 3rd year student akan melakukan proses ‘sisih’.. Mungkin ia agak janggal bagi yang pertama kali mendengarnya.. Namun, jika disebut dalam bahasa pasar, ia bermaksud ‘buang mana yang tak patut..’ 3 tahun masa yang berlalu sedikit pun tidak disedari.. Umur juga semakin meningkat rupanya..Sudah mula berfikir akan perancangan hidup masa depan yang akan dilalui selepas bergelar graduan.
Sedang asyik mengemas buku2 dan pakaian yang akan dipos ke kampung, terlintas sejenak tatkala di akhir Form 6 dulu.. ‘universiti manalah yang ana akan dapat..kalau tak dapat, hmmmm….kerjalah jawabnya.’ Namun, sedikit berbeza apa yang difikirkan kali ini walaupun ana akan meyambung satu semester lagi, tetapi keadaan yang sama seperti sahabat2 lain..perancangan selepas habis belajar..
Profesion perguruan bukanlah minat ana sejak dulu lagi.. Namun, jejak kaki ke menara gading inilah merubah segala2nya..Jika dulu, tidak tahu mahu jadi apa..masih gagal merancang apa yang akan dilakukan selepas ini.. Mungkin pengaruh ibu saudara begitu kuat sehingga ana sendiri tidak menyangka ingin menyambung pengajian dalam KPLI..
Tambahan pula, usikan sahabat2 tentang ketegasan ana mementingkan penggunaan bahasa juga salah satu pengaruh yang kuat. ‘Cikgu BM..’ Satu panggilan yang tidak pernah terlintas di fikiran.. Senang rasanya bila ilmu yang dipelajari dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian..alam pra-U benar2 memberi pengertian yang sangat tinggi..praktiknya bila ke menara gading…
Mungkin Jurusan Kewangan Islam yang ana belajar di sini akan ana praktikkan bila habis nanti..harap2 begitulah hendaknya…walaupun terdapat beberapa subjek yang benar2 menguji sejauh manakah pengetahuan kita sebagai seorang Muslim..Usul Fiqh..Fiqh Muamalat.. Andai anda rezeki, ingin ana menyambung pula pendidikan dalam bidang Pengajian Islam..InsyaALLAH..

Monday, April 13, 2009

'Berpisah seketika..'

IN THE NAME OF ALLAH..
Setelah selesai semua presentation, assignment..laptop kesayangan ana terpaksa dihantar ke 'hospital' kerana telah nazak yang amat sangat.. Pada mulanya, ingatkan balik kampung nanti je baru nak hantar ke kedai untuk 'service', tapi memandangkan keadaan yang terlalu kritikal, terpaksa jua menghantarnya pada hari khamis yang lalu..
Rutin harian yang dilalui tanpa laptop kesayangan begitu berbeza sekali dirasakan. Namun, terasa senang kerana tiada hiburan dari internet.. Hati terjaga..masa untuk 'bertemu dengan-NYA' juga dirasakan berharga..tidak kelam kabut.
Ingatkan nak ambil lama2 cikit laptop di kedai, tapi memandangkan ada kerja lagi yang perlu diselesaikan, kena ambil juga hari ini..
RM60.00..tunai. Hilang segala virus yang dihidapi oleh laptop kesayangan.. Sudah tiada lagi sekatan dari serangan virus.. Alhamdulillah..
Penjagaan yang baik amat perlu walau dalam apa jua sekali pun..
Laptop inilah harta paling berharga setakat ni yang ana ada..InsyaALLAH, akan dijaga selagi hayat dikandung badan..perkhidmatannya amat bernilai untuk ana selaku seorang mahasiswa..
Wallahualam...

Monday, April 6, 2009

Individual VS Grouping ?


IN THE NAME OF ALLAH..

ALHAMDULILLAH..pagi tadi selesai presentation subjek Institusi & Pasaran Kewangan Islam.
Namun, sedikit rasa kecewa keranaItalic presentation yang dilakukan tidak mendapat komen lecturer.. Ana yakin kerana mungkin ia disebabkan terlalu banyak kesilapan dalam paper work yang disemak..

Terfikir di dalam hati..banyak faedah apabila bekerja dalam kumpulan.. Namun rupanya, ada juga kelemahannya yang ana kira mungkin juga banyak. Pengalaman pada semester lalu menyiapkan dua assignment secara individu benar2 mengajar berdikari..mengajar bagaimana tahap2 menyiapkan tugasan bermula dari introduction sehinggalah references..

Ketika ana berada pada semester 4 & 5, subjek Fiqh Muamalat dan Takaful Muamalat diajar oleh lecturer yang sama..Lecturer tersebut memang seorang yang tegas dalam bab menyiapkan tugasan yang diberikan. Pilihan boleh dibuat sama ada untuk melakukan secara berkumpulan @ individu. Ana merancang dengan baik untuk memilih secara individu walaupun beberapa orang rakan meminta ana masuk dalam kumpulan mereka. Ana menjawab dengan berhikmah bahawa ana ingin practise untuk individual presentation masa 3rd year nanti..

Semasa presentation subjek Fiqh Muamalat, alhamdulillah..ada lagi seorang rakan kelas yang juga membuat tugasan secara individu. Namun, semasa subjek Takaful Muamalat, hanya ana seorang sahaja yang membuat presentation secara individu.. Saat dan tika inilah ana peroleh kekuatan dan keyakinan untuk berdiri sendiri di khalayak ramai..Syukur yang tidak terhingga walaupun hanya memperoleh gred B dalam kedua2 subjek tersebut, tetapi ana mendapat kepuasan yang begitu tinggi kerana memperoleh hasil dari titik peluh ana sendiri..
Terima kasih yang tidak terhingga kepada En.Hazmi kerana memberi peluang kepada student seperti saya untuk membuat tugasan secara individu..Terlalu banyak pengajaran dan pengalaman yang diperoleh.

Di sini, ana ingin berkongsi beberapa nilai positif apabila diberi pilihan untuk melakukan tugasan secara individu:
1) Mengetahui secara keseluruhan tahap2 membuat tugasan.
2) Tidak menjadi free writer.
3) Boleh diaplikasikan dalam ruang kerjaya kelak;tahu membuat tugasan secara keseluruhan.
4) Tidak wujud perasaan ingin melepaskan batuk di tangga kerana merasakan tugasan itu sangat bernilai dan berkepentingan.
5)Berusaha dengan sebaik mungkin untuk menyiapkan tugasan untuk mendapat markah yang tinggi.

Walau bagaimanapun, tidaklah ana menolak 100% bahawa menyiapkan tugasan secara berkumpulan adalah kurang baik..kerana kepentingan yang paling utama bila berkumpulan adalah dapat menyiapkan tugasan dengan cepat kerana berlaku pembahagian tugas.

Kepada semua pembaca post ini, ana mengharapkan sebarang komen membina yang dapat dikongsikan bersama..

ALLAH Know's..



IN THE NAME OF ALLAH..


Hujan renyai2 malam ini..ntah mengapa kesihatan diri tidak begitu baik...sejak pagi lagi, perut tidak sihat. Mungkin kafarah dosa bagi ana atas kelalaian yang dilakukan. Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..setinggi2 kesyukuran dipanjatkan sebab ana masih lagi kuat untuk melawan sakit2 kecil seperti ini. Kalau insan lain mungkin juga sudah pergi ke klinik atau mengadu pada orang yang disayangi untuk meluah rasa yang dihadapi..

Tatkala ini, dari ruang jendela..kelihatan ramai rakan2 siswi di bawah blok..menggunakan kemudahan yang ada..online menggunakan wireless...terdengar juga gelak tawa ntah dari siapa..tak kurang juga di blok sebelah, sedang mengulangkaji pelajaran..maklum lah, bahang final exam sudah semakin hampir.. Ana sendiri, first paper (20/4-macroconomics)..semalam baru saja selesai midterm exam macro..

Begitu pantas masa meninggalkan semalam..Tidak mungkin hari semalam akan berulang..yang pasti, hari ini sedang kita lalui..namun, hari esok belum pasti. Mungkin jua malam ini adalah malam terakhir ana menikmati malam berhiaskan bintang yang sangat indah nun jauh di atas langit sana..

Lama benar tidak menukilkan nukilan di blog ini. Menjelang final exam, semakin banyak assignment dan presentation yang perlu diselesaikan.. Perasaan tertekan..memang tidak dapat dipisahkan apabila dalam keadaan sesak2 sebegini. Namun, hanya kesabaran yang dapat mengatasi segala2nya..

THANK YOU ALLAH..kerana memberi sifat kesabaran itu pada diri ini walau dalam apa jua cabaran dan rintangan yang dihadapi..

Tangisan Pembaca al-Quran.



Diriwayatkan dari Sa’ad bin Abi Waqas, hadith yang bermafhum; “Bacalah Al-Quran dan menangislah. Sekiranya tidak dapat menangis, maka buat-buatlah menangis (paksa menangis)."

Menangis yang dimaksudkan di sini ialah tangisan yang tercetus dari penghayatan kerana memahami ayat-ayat Al-Quran. Jika kita benar-benar memahami isi kandungan Kitabullah ini, kita dikhabarkan dengan azab dan ancaman Allah Ta’ala ke atas segenap manusia yang mengingkari akan syar’iat, jiwa-jiwa yang enggan untuk mematuhi suruhan dan larangan Tuhan.

Kita akan sedar betapa lemahnya kita dalam melunaskan janji-janji kita terhadap Allah Azzawajalla. Jika pembaca Al-Quran itu tidak dapat menangis, maka berusahalah sedaya mampu untuk mengalirkan air mata. Demi mengelakkan sebesar-besar musibah ke atas dirinya, iaitu kegagalan untuk menghayati firman Tuhan.

Untuk menampung kesukaran dalam memahami ayat-ayat Allah Ta’ala, amatlah digalakkan bagi kita untuk mengalunkan bacaan Al-Quran dan mentadabbur ayat-ayat tersebut. Jangan sekali-kali lupa untuk merujuk terjemahannya.

Yusuf Al-Qardhawi menyatakan bahawa kesan dari membaca Al-Furqan bakal membentuk dua sifat sahaja, sama ada sifat orang kafir atau orang yang beriman. Karakteristik orang kafir telah dinyatakan di dalam ayat 5, surah Fussilat yang membawa maksud; “Dan mereka berkata, ‘Hati kami sudah tertutup dari apa yang engkau seru kami kepada-Nya, dan telinga kami sudah tersumbat, dan di antara kami dan engkau ada dinding, kerana itu lakukanlah (sesuai kehendakmu), sesungguhnya kami akan melakukan (sesuai kehendak kami).”

Di dalam ayat ini, ’al-kinnah’ ditafsirkan sebagai kunci yang menghalang seseorang untuk memahami Al-Quran. Contohnya, tidak berusaha untuk memahami dan mengambil iktibar dari ayat-ayat Allah Ta’ala. Manakala ‘waqrun’ didefinisikan sebagai penyumbat yang menghalang telinga dari mendengar Al-Quran dan ‘hijab’ pula suatu yang menghalang pandangan dari memahami intipati Al-Furqan.

Pembaca Al-Quran perlulah cuba sedaya upaya untuk memahami kalam Allah Ta’ala agar tergolong dalam kelompok orang-orang yang beriman. Inilah yang telah dinyatakan di dalam ayat 53, surah Al-Qasas, maksudnya; “Dan apabila (Al-Quran) dibacakan kepada mereka, mereka berkata ‘Kami beriman kepadanya, sesungguhnya (Al-Quran) itu adalah suatu kebenaran dari Tuhan kami. Sungguh, sebelumnya kami adalah Muslim.”

Ayat 2, surah Al-Anfaal pula mengkhabarkan bahawa orang yang beriman apabila dibacakan ayat-ayat Al-Quran kepadanya, akan bertambahlah iman mereka. Juga mereka merasa gementar apabila disebut nama Allah Ta’ala!

Menurut Asma’ bin Abu Bakar, para sahabat Rasulullah Solallahu ‘alaihi wassalam apabila mendengar bacaan Al-Quran, bergenanglah air mata serta dan bergetarlah kulit mereka lantaran rasa ketundukan sebagai hamba Tuhan.

Syed Qutb menambah tentang sifat yang paling menyerlah di kalangan para sahabat, iaitu menerima Al-Quran untuk mengamalkannya.

Abu Bakar As- Siddiq dan Umar Al-Khattab, ketika berada di sisi Rasulullah Solallahu ‘alaihi wassalam telah ditanya oleh suatu kabilah yang sedang bertengkar; siapakah yang lebih layak di kalangan kabilah itu untuk menjadi ketua. Lalu Abu Bakar menjawab si fulan, dan Umar pula menjawab si fulan. Lalu kedua-duanya bertekak dengan dengan suara yang keras sehingga turun ayat 2, surah Al-Hujuurat (larangan untuk meninggikan suara di atas suara Nabi dan untuk bersuara keras). Setelah turun ayat tersebut, kedua-dua insan agung itu mengalirkan air mata dan berbicara dengan lemah-lembut apabila berhadapan dengan Nabi.

Ayuh renung sekilas kisah tentang sikap Imam Hassan Al-Banna yang asyik mendampingi Al-Quran. Abdul Rahman As-Saati (ayahnya) menceritakan bahawa di rumahnya hanya Allah Ta’ala yang menjadi saksi bahawa Al-Banna tidak pernah melepaskan mushafnya, membaca Al-Quran dan juga berzikir.

Lazimnya, Al-Banna akan memperdengarkan bacaannya kepada Al-Hafiz dari kalangan mereka. Jika tiada Al-Hafiz di situ kecuali dari kalangan kanak-kanak, dia tetap akan menyemak bacaannya dengan kanak-kanak itu. Sujudnya juga larut dalam keimanan. Apabila Al-Banna tahu bagaimana cara Rasulullah Solallahu ‘alaihi wassalam mengaji, dia akan mengikut cara tersebut. Kadangkala Al-Banna membaca Al-Quran dengan penuh kegentaran, dan adakalanya gembira hingga terbawa-bawa di luar tilawahnya (apabila membaca khabar-khabar gembira yang diwahyukan oleh Allah Ta’ala).

Dikisahkan bahawa seorang anak murid Hassan Al-Basri di Basrah tidak datang ke majlis ilmunya, lalu beliau bertemu dengannya untuk bertanyakan sebabnya. Anak muridnya menjawab; semasa dia sedang membaca Al-Quran, dia terjumpa ayat 11, surah As-Sajjadah. Kerana terlalu takut dengan apa yang diberitakan oleh Allah Ta’ala, sehari suntuk dia menggeletar kerana memikirkan bagaimanakah nasibnya apabila berdepan dengan malaikat maut satu hari kelak.

Dua lagi ayat yang benar-benar menjentik sikap beraninya ialah ayat 100, surah Al-Mu’minun dan ayat 41, surah Al-Qaff. Ayuh kita sama-sama membaca ketiga-tiga ayat ini.

Bagaimana pula dengan perasaan kita?

welcome