In the Name of  Allah Pictures, Images and Photos

Thursday, October 8, 2009

Perancangan-MU..

Perjalanan hidup ini, tiada siapa jua yang tahu di mana penghujungnya melainkan DIA, Pencipta Yang Maha Agung. Namun, telah banyak peringatan-peringatan dan juga panduan-panduan yang disediakan untuk kita sama ada mahu menjadikannya sebagai petunjuk jalan atau pun sekadar selayang pandang.


Syukur alhamdulillah, di kesempatan ini ana panjatkan jutaan kesyukuran kerana Allah telah ‘menjaga’ ana agar berada di dalam Islam. Post kali ini berkisah tentang seorang sahabat ana yang punyai jiwa dan kekuatan yang benar2 mengagumkan ana. Banyak sekali dugaan yang ditempuhinya dalam mendapatkan seorang yang terbaik buat dirinya dan Islam.

Peribadinya sangat ana kagumi. Selepas menyerahkan diri seadanya dalam gerak kerja Islam, dia sanggup tinggalkan cinta seorang manusia demi mempertahankan minatnya terhadap dakwah Islam. Mungkin bagi orang yang putus cinta, seringkali meratapi pemergian kekasih hati yang telah pergi. Tetapi, bagi sahabat ana ini, tidak ditangisi cinta seorang manusia jika hendak dibandingkan dengan cinta ALLAH. Subhanallah..
Redha, yakin dengan janji ALLAH bahawa ‘perempuan yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik juga..’. Bukankah cinta ALLAH itu lagi tinggi nilainya? Peringatan juga kepada diri ana bahawa, cinta ALLAH itu adalah yang kekal abadi, dan untuk mendapatkan cinta manusia hendaklah kita mencari insan yang meletakkan cintanya kepada ALLAH di tahap yang paling atas.

Disibukkan diri dengan gerak kerja Islam, tidak terasa tempoh pengajian selama 3 tahun di universiti. Alhamdulillah, keputusan peperiksaan setiap semester sahabat ana itu terus meningkat. Pembahagian masa sangat penting katanya untuk apa jua yang kita lakukan. Hikmah selepas putus bercinta dengan manusia, ALLAH gantikan dengan ingatan bahawa berCINTA dengan Pencipta dunia ini adalah jauh lebih baik.

‘Setiap tutur kata yang keluar dari mulut kita pasti akan diuji’. Sama ada jika sudah mengalaminya atau pun belum. ALLAH juga bukan hendak menguji pada mereka yang tidak mampu menghadapinya. DIA lebih tahu di mana kemampuan hamba-NYA. Sahabat ana itu diuji pula dengan kedatangan seorang hamba ALLAH..Yang aktifnya bergerak dengan Islam..tiap masanya diinfakkan hanya untuk membantu agama-NYA.. Sahabat ana itu hampir sahaja dilamar untuk dijadikan zaujahnya. Tetapi, zaujahnya yang kedua. Ini bermakna, pengorbanan perlu dilakukan untuk dirinya dan juga Islam. ‘Redha ALLAH itu terletak pada keredhaan ibu bapa’.. Sahabat ana itu mengambil keputusan memilih redha ibu bapa.

Seorang yang tidak memilih dalam berkawan, membuatkan sahabat ana itu sentiasa mempunyai sahabat di mana-mana. Sifatnya yang mudah berkawan sangat disenangi oleh sahabat-sahabat yang lain. Mendapat seorang kenalan yang bergelar ‘ustaz’ adalah sesuatu yang sangat berharga. Apa jua kemusykilan, boleh sahaja diajukan soalan kepadanya. Hampir juga sahabat ana itu dilamar, namun ditolak kerana atas alasan jarak kedudukan sangat jauh. Tidak sampai berkawan 4 bulan, ‘ustaz’ tersebut telah pergi meninggalkan dunia yang fana kerana dijemput Ilahi. Terasa besar sekali ujian yang sahabat ana itu lalui. Pemergiaannya bukan sahaja memeranjatkan sahabat ana itu, malah keluarganya juga. Terlalu besar hasrat ‘ustaz’ itu untuk memperisterikan sahabat ana. Namun, mungkin ini yang dikatakan tiada jodoh.


Perginya seorang hamba ALLAH, diganti dengan seorang yang lain. Pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebalik apa semua yang berlaku. Diperkenalkan melalui orang tengah, hasratnya terus diluahkan pada kedua-dua keluarga. Hamba ALLAH yang faham Islam..keluarga juga sefiqrah. Alhamdulillah, sahabat ana itu mohon moga itulah jodohnya yang ditentukan ALLAH….


“Kadang-kadang, ALLAH tak terus perkenankan apa yang kita minta, kerana dia ingin menguji sejauh mana kekuatan iman seseorang hamba-NYA. DIA pastinya tahu kemampuan hamba-NYA..dalam tempoh kita melalui ujian itulah, kita perlukan kekuatan dan kesabaran agar akhirnya kita tahu yang ALLAH itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang..”
welcome