26/4/2009
IN THE NAME OF ALLAH…
Hari cuti..sabtu ahad. Kelaziman bagi setiap mahasiswa untuk keluar ke Bandar, bangun lewat, juga aktiviti tertentu yang biasanya jarang dilakukan pada hari-hari biasa. Namun bagi seorang pendakwah bukanlah itu yang ditunggu-tunggu. Banyak aktiviti yang perlu diselesaikan. Gerak kerja yang dilakukan melebihi peruntukan masa 24jam. Bukan mudah bagi seseorang untuk melakukan perkara2 di luar kemampuan, atau perkataan mudah, nak buat benda yang orang lain boleh buat.. Hanya dengan kesungguhan dan kesabaran yang dapat mengatasi segalanya. Firman ALLAH dalam surah al-Baqarah ayat 286. .yang bermaksud : “Tidak akan diuji seseorang itu di luar batas kemampuannya.” Inilah antara ayat dalam bacaan Mathurat yang menjadi pegangan ana tatkala sering diuji oleh ALLAH dengan apa jua dugaan mahupun cabaran.
Dalam kesibukan mengulangkaji pelajaran untuk 2nd paper 29hb nanti, sedikit kesempatan diberi oleh ALLAH untuk menziarahi isteri seorang pensyarah kerana telah pun selamat melahirkan puterinya yang kedua, yang diberi nama Aisyah Madiha. Moga-moga besarnya kelak bakal menjadi seseorang yang sifat setianya seperti Aisyah isteri Rasulullah SAW dan sebijak Madiha yang mendapat 20A dalam peperiksaan SPM baru-baru ini..insyaALLAH.
Ketika sedang bercerita dengan salah seorang ukhti, tiba-tiba.. ”Best kan bila dah kahwin..” Terdiam seketika ana tika itu. “Ya..kak..betul…lebih-lebih lagi jika keluarga yang dibina dalam suasana keluarga Islam..memang bahagia.” Entah mengapa ayat itu pula yang terkeluar dari mulut ana saat itu, ana sendiri tidak tahu. Tapi, memang hakikat yang telah ditentukan ALLAH, membina rumah tangga dalam suasana Islam dan didasairi dengan pemilihan agama adalah sesuatu yang amat bermakna. Teringat ana kata-kata seorang akhi, “Perkahwinan adalah salah satu nikmat syurga di dunia.” . Akan tetapi, kemampuan dan kesanggupan serta tanggungjawab sebelum mendirikan rumah tangga perlu dipersiapkan sebaik mungkin agar rumah tangga yang dibina akan dapat bertahan apabila masalah atau keadaan yang tidak diduga dapat diatasi dengan sebaiknya.
Petang itu juga, sempat ana berkongsi cerita dan pengalaman dengan seorang junior yang baru tamat menghadiri kursus perkahwinan. Pada mulanya, dia agak keberatan untuk bercerita..Namun, ana katakan bahawa, “Ia adalah ilmu ALLAH..sesiapa pun yang mendapatnya, orang lain juga ada hak untuk mengetahui dan mempelajarinya.” Akhirnya, terbuka juga hatinya untuk bercerita dengan ana di taman permainan yang terletak di belakang kolej. Segan katanya apabila rata-rata yang pergi adalah pasangan-pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga..sedangkan dia sendiri pasangan pun belum ada. "Tak semestinya yang pergi kursus tu yang nak kahwin je..mana tau kat kursus tu ada jumpa..” Usikan yang ana kira ingin menguatkan semangatnya sebelum dia berangkat menghadiri kursus tersebut.
Bermula dengan alam perkenalan, perkahwinan sehinggalah perceraian adalah 3 tajuk utama yang memang akan dikupas oleh penceramah dalam mana-mana kursus pra-perkahwinan. Pengalaman sendiri menghadiri kursus tersebut kira-kira dua tahun yang lalu memberi pengalaman yang sangat berguna dalam hidup ana. Terlalu banyak perkara yang perlu difikirkan dan perlu ada persiapan rapi untuk menghadapi alam rumah tangga. Jika tidak, pasti gelombang dan arus deras yang melanda tidak dapat dihadapi. Mempunyai seorang sahabat yang sudah mendirikan rumah tangga dalam alam masih bergelar seorang mahasiswa mematangkan lagi diri ana untuk memikirkan sebaiknya soal perkahwinan ini. Bijak membahagikan masa adalah perkara pokok yang perlu diutamakan. Bila difikir-fikir semula, takut pula untuk mendirikan mahligai kasih..nampak seronok..bahagia..tapi, hakikatnya hanya ALLAH yang tahu. Namun, ALLAH telah berfirman yang bermaksud, “Jika kamu berkahwin, telah sempurnalah sebahagian iman kamu, dan semmpurnakanlah yang sebahagiannya lagi dengan ibadat yang lain..”. Dan, sabda Nabi : “Sesiapa yang berkahwin adalah telah mengikut sunnah ku..”
P/S : Peringatan buat diri ini dan juga sahabat sahabiah seaqidah.. Dalam apa jua yang kita lakukan, persediaan rapi amat penting. Contoh, apabila kita memandu kereta, jika tidak diisi dengan minyak yang penuh, maka perjalanan jauh yang kita lalui pasti akan terhenti di pertengahan jalan. Jika ada stesen minyak berdekatan, senanglah kita untuk mengisi minyak, tapi kalau tiada, tanggung sendiri lah jawabnya. Begitu juga perjalanan hidup ini, dunia ini adalah persinggahan sahaja, destinasi kita ialah akhirat yang kekal. Tiba masa yang telah dijanjikan-NYA, kita semua akan kembali ke negeri abadi. Andai tiada bekalan untuk dibawa ‘ke sana’, padahlah jawabnya. Orang yang ‘alim pun belum tentu dapat merasai nikmat syurga, kerana ia adalah salah satu golongan utama yang akan menjadi ahli neraka. Ini kerana, ‘alimnya adalah bukan kerana ALLAH tetapi kerana untuk mendapat pujian mahupun kemegahan. Inikan pula kita..hanya hamba-NYA yang lemah..sentiasa melakukan dosa..namun jarang sekali menginsafi setiap kesilapan yang kita lakukan. Perbaiki diri, jadikan hari ini lebih baik dari semalam.. ‘Rugilah orang-orang yang hari ini adalah lebih teruk berbanding semalam..’
1 comment:
salam ziarah..thanx utk komen..
gudluck utk final exam..
Post a Comment