In the Name of  Allah Pictures, Images and Photos

Thursday, March 19, 2009

Ilmu Faraidh..

Hari Selasa yang lalu, ana sempat menghadiri satu seminar berkaitan ilmu faraidh yang dianjurkan oleh seorang yang memang pakar dalam bidang ilmu faraidh.. Masa 4pm-6pm begitu singkat sekali kerana ia sebenarnya memerlukan penjelasan yang benar2 panjang.. Namun, ia cukup sekadar ilmu pengetahuan kepada mahasiswa yang hadir.. Mungkin rata2 mahasiswa mengambil remeh perkara ini sehingga pensyarah terpaksa melabelkan setiap pelajar 'wajib' menghadiri seminar tersebut..
Pandangan ana sendiri, ilmu faraidh ini sangat2 berguna untuk semua terutama kepada umat Islam.. Faraidh akan terjadi apabila seseorang telah meninggal dunia dengan meninggalkan hartanya sebagai wasiat. Jika seseorang itu belum meninggal dunia, istilah 'faraidh' secara automatiknya tidak akan terjadi..


Adakah antum antunna mempunyai ahli keluarga yang sudah pun meninggal dunia? Adakah antum tahu bagaimanakah pembahagian harta si mati kepada ahli keluarganya? Mungkin ada antara kita akan menjawab, "pembahagian dibuat sama rata saling meredhai satu sama lain." Adakah itu sudah memadai? Bagaimana pula dengan pembahagian yang telah disyariatkan oleh Allah SWT seperti mana mafhum firmannya, " Bagi lelaki ada hak bahagian dari harta peninggalan ibu bapa dan kerabatnya dan bagi perempuan juga ada hak bahagian (pula) dari harta peninggalan ibu bapa dan kerabatnya, baik sedikit atau banyak menurut bahagian yang telah ditetapkan." (An-Nisa' :7)

Memang benar, pada pandangan masyarakat kita masih lagi belum terbuka tentang pembahagian harta secara Islam. Bukan salah mereka sebenarnya tetapi salah mereka yang mempelarinya dan tidak menyebarkan kepada masyarakat. Masyarakat masih lagi tidak didedahkan bagaimana Allah SWT telah memudahkan urusan mereka dalam pembahagian harta pusaka. Sebagai hamba, kita tidak mampu untuk membahagikan hak-hak warisan kepada ahli waris dengan seadilnya. Ini disebabkan keterbatasan kita untuk mengetahui rahsia sebanyak manakah keperluan masing-masing

Maka yang lebih berhak menentukan bahagian masing-masing sesuai dengan keperluan mereka ialah Yang Menciptakan kita iaitu Allah SWT, Tuhan Yang Maha Mengetahui,. Contohnya bagi anak lelaki dan perempuan seperti mana yang telah disyariatkan masing-masing mendapat harta pusaka daripada ibu atau bapa dengan dinisbahkan lelaki mendapat 2 bahagian dan perempuan mendapat satu bahagian sahaja. Kenapa begitu? Itu rahsia hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui. Adapun hikmahnya banyak sekali, antaranya lelaki apabila mahu bernikah memerlukan wang sebagai mahar dan tidak dapat tidak hartanya akan berkurang. Namun sebaliknya bagi wanita, harta mereka akan bertambah apabila bernikah kerana mereka akan menerima mahar. Begitulah juga hak-hak waris yang lain, semuanya telah ditetapkan mengikut kedudukan masing-masing.

Memang tidak dinafikan tidak ramai dikalangan kita yang mahir di dalam ilmu ini. Banyak faktor yang menyebabkan kurangnya mereka yang pandai dalam imu mawarith. Antaranya kurangnya minat untuk mempelajarinya. Hal ini mungkin disebabkan ilmu ini menggabungkan antara ilmu fiqh dan ilmu hisab. Ya benar kita masih lagi lemah dalam matematik. Walaupun kita pernah mempelajarinya sejak dibangku sekolah lagi, namun sudah lama tidak mengamalkannya kecuali dalam bab jual beli kita menjadi lupa. Inilah salah satu punca kurangnya minat untuk mempelajari ilmu ini.

Benarlah kata Rasulullah SAW yang mafhumnya

" Pelajarilah ilmu faraidh serta ajarkanlah, sesungguhnya ia adalah setengah dari ilmu dan ia akan dilupakan dan sesungguhnya ia adalah yang pertama kali yang akan dicabutkan dari umatku."

Bukan setakat itu sahaja, malah para orientalis juga mengakui ilmu ini walaupun mereka ini musuh yang ingin memusnahkan Islam. Sebagai contoh, seorang orientalis yang bernama Rumsey menyatakan," Pembahagian harta pusaka dalam Islam tidak syak lagi merupakan sistem perundangan harta yang paling baik dan canggih yang pernah diketahui oleh dunia bertamadun." Sementara itu, seorang lagi orientalis, Professor N. J. Coulson yang pernah mengajar di School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London menyatakan, ”Undang-undang pembahagian harta pusaka dalam Islam merupakan suatu pencapaian teknikal yang mantap dan sayugianyalah ilmuan Islam berasa bangga dalam ketepatan matematik dalam menentukan hak mana-mana waris, dalam keadaan apa sekalipun, boleh ditentukan.”

Tibalah masanya kita sebagai penuntut ilmu Allah SWT serta bakal menjadi para pendakwah kepada masyarakat menganjakkan paradigma dengan mempelajari ilmu ini dan menguasainya sebagaimana disarankan oleh Rasulullah SAW supaya kita dapat memelihara ilmu ini daripada kepupusan seperti mana ditakuti oleh Nabi Muhammad SAW

"….sesungguhnya aku sangat resah dan takut jika nantinya ada 2 orang bertikai tentang hal bahagian waris dan permasalahan lainnya akan tetapi mereka tidak mendapatkan orang yang meleraikan dan menyelesaikan masalah mereka."

Apa yang menarik berkenaan ilmu ini daripada ilmu feqh yang lain sehinggakan ilmuan bukan Islam tertarik dengannya ialah ia menggabungkan 2 bahagian ilmu iaitu ilmu feqh dan ilmu matenatik (dalam tajuk pecahan). Seseorang itu tidak akan dapat menyelesaikan sesuatu kes pembahagian harta pusaka sekiranya dia hanya mahir dalam salah satu bahagian ilmu sahaja. Tidak dapat tidak kedua-dua bahagian ilmu ini perlu dikuasai dengan baik untuk mahir dalam ilmu faraidh.

Ilmu feqh dalam ilmu faraidh ialah ilmu yang datangnya daripada Al-Quran , As Sunnah dan Ijma' para sahabat. Contoh daripada Al-Quran iaitu di dalam surah An Nisa' ayat 11 dan 12. Manakala dalam hadith Rasulullah pula contohnya ialah sabda baginda SAW,

" Berikanlah bahagian warisan yang telah ditentukan itu kepada pemiliknya. Adapun bakinya maka bagi pewaris lelaki yang paling dekat nasabnya."

Berkenaan ijma' para sahabat pula bagi beberapa masalah yang tidak dinyatakan di dalam Al-Quran dan As Sunnah seperti masalah gharrawiyatain iaitu ahli waris hanya tinggal bapa, ibu dan salah satu suami isteri. Di dalam feqh faraidh juga menerangkan takrif faraidh, rukun-rukunnya, syarat-syaratnya, bahagian-bahagian untuk setiap ahli waris yang berhak mendapat warisan, mereka yang terhalang daripada mendapat warisan dan sebagainya. Manakala ilmu matematik dipraktikkan ketika terhimpunnya ahli-ahli yang berhak terima harta pusaka..

Justeru itu, bagi sesiapa yang menyedari akan hal ini terjadi kepada ahli keluarga, segeralah menguruskannya kerana ia menjadi tanggungjawab semua untuk menyelesaikannya..


No comments:

welcome