Alhamdulillah..segala puji hanya bagi ALLAH tuhan sekalian alam...
26/3/09....
Bertempat di konvension hall Ujana Kewangan,Labuan..
Ana berpeluang menghadiri satu majlis agama..Forum Perdana Hal Ehwal Islam..Walaupun sahabiah yang datang dari UMSKAL hanya 10 orang, namun ia cukup untuk memberikan kesedaran kepada kami untuk benar2 menghayati forum yang diadakan pada malam itu..
Rupanya, forum perdana itu akan disiarkan secara rakaman di TV1..tajuk yang dibawakan pada malam itu adalah 'al-Insan'.. ia mengisahkan berkenaan dengan anak2 khususnya di peringkat persekolahan. Ahli panel yang dijemput adalah Ustazah Nordianah Alwi (JAWI), DR. Sidik Baba ( Pensyarah UIAM) dan seorang Ustaz bergelar mantan dari MAIWP..ana tak berapa ingt nama.
Dalam forum tersebut, input utama yang ditegaskan oleh ketiga2 ahli panel ialah
1) Mu'alim- 'Alim
- Contoh mu'allim yang patut kita jadikan ialah Nabi Muhammad S.A.W.
2) Mu'addib- Adab
- Contoh mu'addib perlu ada dalam keluarga itu sendiri.
3) Mursyid- Contoh, sumber rujukan
-Contoh mursyid adalah membawa jalan ke syurga.
Dalam forum itu juga disebutkan bahawa Kementerian Pelajaran haruslah membuat pelan induk, memartabatkan profesion guru, memperelok budi dengan baik, dan pendidikan yang diberikan tidak boleh dihentikan setakat persekolahan sahaja. Ia hendaklah diberikan sejak dari buaian hinggalah ke liang lahad. Kualiti aqliah, ketulusan, ketelusan, dan amal adalah antara faktor terpenting untuk menghasilkan anak2 yang berilmu pengetahuan tinggi.
Selain itu, anak2 juga adalah sebagai 'modal insan'..tetapi modal insan yang bagaimana harus dilahirkan? Ia bukanlah sekadar pandai dalam ilmu akademik...matematik..sains..bahasa Inggeris, namun lebih jauh daripada itu. Anak2 harus menjadi modal insan yang tinggi pengetahuan agamanya agar apa yang dipelajari dalam bidang akademik boleh dipraktikkan dalam bidang agama.
Ustazah Nordianah menegaskan bahawa terdapat 3 sumber kekuatan dalam diri yang menjadi daya saring untuk menjadi insan yang cemerlang.
1) Solat; Jangan tinggalkan solat dengan sengaja.
2) Bacaan al-Quran; Sebagai ingatan pada Pencipta.
3) Zikir & Fikir; Untuk berfikir mengenai kejadian ALLAH.
DR. Sidik Baba pula mengingatkan bahawa terdapat 3 faktor untuk membina disiplin hati;
1) Afala ya'kilun - Akal.
2) Afala yatafakkarun - Berfikir.
3) Afala tadabbaru - Mengkaji alam.
Kesimpulan daripada forum perdana malam itu adalah, untuk melahirkan insam kamil adalah dengan mewujudkan sifat ihsan dalam diri iaitu apabila melakukan sesuatu perkara dengan merasakan ALLAH itu sentiasa melihat apa yang kita lakukan..
Terisi jiwa pabila mendengar ceramah2 agama seperti ini.. Syukur alhamdulillah..ALLAH masih jaga hati ini untuk cenderung mendengar pengisian rohani. Moga2 ia dinilai sebagai amalan yang diredhai,insyaALLAH...
Saturday, March 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment