In the Name of  Allah Pictures, Images and Photos

Thursday, May 7, 2009

Dedikasi buatmu Ukhti Leni.


Di lahirkan sebagai anak sulong,
Lumrahnya tiada kakak dan abang,
Menumpang kasih setiap yang bertandang,
Mendidik diri menjadi insan penyayang,
Berkongsi cerita pada insan tak pernah dibayang..

Melakar ukhwah di Kampus Labuan,
Menjadi saksi saat pertemuan,
Tidak diduga akan kedatangan,
Seorang sahabat bernama teman..

Tika diri dalam kesedihan,
Dirimu hadir memberi sentuhan,
Tatkala diri meraih kejayaan,
Disedarkannya melalui hikmah setiap kegagalan,
Mengenal erti sebuah perjuangan tak berkesudahan..

Cinta lahir dari sanubari,
Tenggelam cinta bersulamkan keseronokan,
Timbul cinta sahabat berlandaskan keihklasan,
Itulah yang diharap penenang keresahan..

Ingin ku luahkan padamu,
Diri ini sangat bertuah mengenalimu,
Tak sanggup rasanya berpisah denganmu,
Namun adat pertemuan,
Pasti akan terjadi perpisahan..

Kisah kita kisah perjuangan,
Mengukir senyuman tika mengenangkan,
Susah payah menjadi perantaraan,
Bisa menggugat istilah berkawan,
Biar apa jua cabaran,
Ukhwah ini akan terus dipertahakan..

“Kakak..”
Panggilan itu akan mengundang rindu dan syahdu,
Hati meronta tak benarkan dikau meninggalkanku,
Pada siapa lagi mahu diluah tatkala masalah bertamu,
YaALLAH Ya Tuhanku,
Tabahkan hamba-MU dalam menghadapi perpisahan ini..

Coretan terakhir buatmu..
Diri ini amat menyayangi dirirmu,
Diri ini amat beruntung mendapat ‘kakak’ sepertimu,
Menyayangiku tak pernah jemu,
Dikau akan sentiasan tersemat di lubuk hatiku..


Jazakallah atas perkenalan ini,
Ana uhibbu ki fillah ya ukhti,
Semoga bertemu lagi di lain pengembaraan,
Jika bukan di dunia fana ini,
InsyaALLAH bertemu di akhirat nanti.

1 comment:

hasellusiby said...

salam...

tumpang ziarah. jika ada yang berminat dengan teori konspirasi, sejarah nusantara yang hilang, sufism, kebangkitan akhir zaman..sila lah ke nusanaga.blogspot.com

harap salam ukhwah akan bertaut demi masa depan..sekian

......................................

welcome