In the Name of  Allah Pictures, Images and Photos

Wednesday, May 6, 2009

Pabila Sudah Menerima, tiba masanya untuk Memberi..


IN THE NAME OF ALLAH…

“Ana rindu usrah malam tu…sangat.” Begitulah luahan pada seorang sahabiah yang ana kira benar-benar tulus dari lubuk hati seorang mujahidah. Walaupun tidak formal usrah yang dibuat pada malam itu, namun ia sudah cukup menghilangkan kerinduan yang teramat sangat dengan istilah ‘usrah’ yang tidak pernah terlintas dalam fikiran ana sewaktu belum menjejakkan kaki ke kampus ini. Yang mungkin barangkali istilah yang agak pelik jika tidak mengenal dunia dakwah di sini. Alhamdulillah, ALLAH mentarbiyah ana di bumi Labuan yang indah ini.

Bermula dengan melibatkan diri sebagai ahli BADAR ketika semester 1 dahulu, program Kem Bitara Siswa mula menjadi medan tarbiyah ana yang pertama. BADAR..satu persatuan yang memang ana cari sebelum dating ke sini. Nekad dalam hati akan mencari persatuan Islamic seperti Persatuan Mahasiswa Islam..Persatuan anak negeri mungkin..atau juga Persatuan Dakwah. Alhamdulillah..persatuan Badan Dakwah & Kerohanian menjadi pilihan hati. Pengenalan ahli pimpinan BADAR waktu itu menaikkan semangat ana untuk menjadi seperti mereka..bertudung labuh..mempunyai ilmu agama yang tinggi..dan menjadi icon kepada masyarakat kampus sebagai badan
‘amar ma’ruf nahi mungkar’..

KEM BITARA MENGGAMIT HATI.
Walaupun ana mempunyai sahabat yang datang dari sekolah yang sama, namun minat kami berbeza. Namun begitu, ana tidak patahkan niat untuk join BADAR even tiada kawan pada masa itu.. Program pertama mencuit hati ini untuk turut serta..’Kem Bitara Siswa’.. Di situlah ana kenal istilah ‘naqib naqibah’.. Kalau dalam program biasa, dipanggil fasi.. Cuma berbezanya naqib naqibah adalah istilah ‘Arab..yang bermaksud orang yang menyampaikan ilmu..Naqib untuk lelaki manakala Naqibah untuk perempuan. Istilah ukhti..akhi..ana..antum antuna..di program ni jugaklah ana kenal.
Sedikit sebanyak menambahkan glosari Bahasa Arab ana.. Pengalaman bersama sahabat sahabiah dalam program itu sangat menyentuh hati tatkala menyedari diri ini sebenarnya belum lagi layak menjadi seorang pendakwah yang berjaya. Melihat kemantapan ilmu yang dimiliki oleh para Nuqaba’ ( Naqib Naqibah) menyedarkan lagi betapa pentingnya ilmu agama yang tidak akan sesekali diperoleh di bilik kuliah.
Selepas itu, bermulalah Diskusi Ilmiah Mingguan (DIM) yang dikendalikan oleh Ukhti Alida..Naqibah semasa Kem Bitara Siswa.
Jemputan Naqibah ana untuk menghadiri DIM di dalam kampus, tidak pernah ana tolak. Alhamdulillah, tak pernah clash dengan aktivti lain. Jadi, memang tak pernah ponteng datang DIM.. Satu sikap yang dididik sejak kecil oleh kedua penyejuk hati agar jangan sesekali ponteng dalam apa jua yang dilakukan.


BERTUKAR NAQIBAH.

Selepas beberapa bulan menghadiri DIM, peringkat memperoleh ilmu bertukar kepada Naqibah lain di mana dari DIM bertukar kepada Discussion Group (DG)..Ukhti Shahizah dan Ukhti Nurul. Dua orang Naqibah yang sangat mantap ilmunya. Di ketika ini barulah kenal rapat dengan sahabiah satu DG. Masa DIM dulu, ana tak berapa ingat siapa yang satu DIM dengan ana. (Maaf banyak-banyak kalau siapa yang satu DIM dengan ana). Banyak yang ana belajar dengan ukhti Shahizah. Cara pembawaannya menyampaikan ilmu memang tidak jemu. Sentiasa menarik perhatian kami untuk sama-sama berbincang mengenai pengisian yang diberikan. Tempat juga bukan hanya terhad di bilik..tapi di pantai depan kampus..di taman belakang kolej..di masjid. Alhamdulillah, memang time DG diadakan sentiasa dinanti-nantikan.

TINGGAL SEORANG NAQIBAH.
Apabila Ukhti Nurul menamatkan pengajiannya, tinggallah Ukhti Shahizah seorang. Namun, kami anak-anak DG tidak pernah jemu untuk terus istiqamah dengan DG. Penyampaiannya masih bertenaga walaupun dikendalikan seorang diri. Pesanannya, ‘nanti adik-adik pun akan jadi Naqibah juga, jadi kena bersedia dari sekarang..’
‘Alamak..betul ke apa yang ukhti ni cakap..ilmu setahun jagung pun belum nak jadi naqibah..macam mana ni..tak puas lagi nak jadi penuntut ilmu.’ Itulah monolog dalaman ana tatkala mendengar bait-bait kata beliau.

MENJADI MURAQIB.
Memasuki tahun ketiga di universiti, tiada lagi istilah join DIM atau DG. Dah jadi senior lah katakan. Menanti tanggungjawab yang bakal diamanahkan. Ditaklifkan sebagai ahli dalam Lajnah Tarbiyyah & Pendidikan sememangnya memberi pengalaman dan tanggungjawab yang sangat besar. ‘mampukah aku?’. Persoalan yang kerap kali bertandang di minda tatkala memikirkan bebanan yang akan dipikul kelak.
‘ALLAH tidak akan membebani hamba-NYA di luar kemampuannya’ (al-Baqarah: ayat 286).
Ana pegang ayat ini sebagai moto diri. ALLAH tau dimana kemampuan ana. Takkan DIA beri kalau ana tak mampu. Masih lagi bersama dengan Ukhti Shahizah tetapi kali ini bukan menjadi anak didiknya tetapi menjadi pembantunya untuk DIM adik-adik baru tahun satu. Setiap kali DIM kami akan bahagikan tugasan. Tidak pernah ukhti menghandle seorang atau ana seorang. Masing-masing ada peranan. Alhamdulillah, ana peroleh kekuatan untuk bercakap menyampaikan ilmu ALLAH yang tidak boleh disampaikan dengan begitu sahaja.. ia memerlukan keyakinan diri, ilmu yang disampaikan bukan berlandaskan logik akal semata-mata tetapi merujuk al-Quran dan hadis.

AKHIRNYA….
Akhirnya, ketiadaan ukhti shahizah kerana telah menamatkan pengajiannya memberikan ana suatu tugasan yang tidak pernah ana impikan. Pernah ana tolak untuk menjadi Naqibah, beri alas an supaya bagi masa percubaan pada ana. Ana belum mampu. Berat sungguh rasanya amanah yang diberikan. Al-Baqarah ayat 286 sentiasa dalam diri. Ana pegang dan hayati dengan teliti ayat ini.. Ya, sudah tiba masanya ana ‘memberi’..sampai bila hanya mahu ‘menerima..’ Seperti kata-kata Ustaz Hasrizal ‘Erti hidup pada memberi'. DIM kali pertama diadakan di bilik ana sendiri. Mahu merapatkan ukhwah dengan adik-adik. Kaedah Ukhti Shahizah mengadakan DIM pasti akan ada ‘makan-makan’. Ana warisinya. Katanya, ‘jangan kita hanya sampaikan ilmu semata, adik-adik akan rasa macam kelas formal.’
Pada ana, mungkin persepsi adik-adik akan berlainan dengan cara penyampaian ana dengan Naqibah dulu, tetapi ana cuba sedaya upaya memberikan semampunya. Keakraban ana dengan adik-adik ana suntik. Walaupun komitmen adik-adik ada yang tidak memuaskan, namun ia tidak mematahkan semangat ana untuk terus mengendalikan DIM. Alhamdulillah..mereka tak ubah seperti adik-adik ana sendiri. Tambahan pula ana hanya punyai seorang adik perempuan, terubat sedikit kerinduan padanya di Semenanjung. Syukur, habis sudah silibus untuk mereka untuk semester ini. Moga ilmu yang sedikit ini mampu mengubah dan mendidik adik-adik DIM kesayangan ana itu.


Yang berlalu tidak mungkin akan berulang kembali.. Kenangan itu akan sentiasa terpahat di sanubari.

No comments:

welcome