20/06/2009 (Sabtu)
Alhamdulillah, syukur ana panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan rahmat-NYA, ana masih menarik nafas nikmat kurniaan-NYA.
Hampir masuk minggu ke enam sudah ana menjalani latihan praktikal di Pejabat Agama Teluk Intan. Seribu satu pengalaman yang ana peroleh ketika dalam tempoh latihan. Mungkin sudah terlambat untuk ana ucapkan selamat berpraktikal kepada semua sahabat sefiqrah ana. Namun, pengalaman mengembara ilmu bersama antunna semua masih dan tetap akan terpahat di lubuk sanubari ana. Pengalaman hari pertama dihantar oleh bonda tersayang mengingatkan ana detik-detik tatkala berada di alam persekolahan dahulu. Dihantar oleh ibu bapa hingga ke pintu pagar sekolah. Terasa lucu bila dikenangkan semula.
Minggu pertama berada di pejabat agama, ana terus diletakkan di bahagian Pengurusan Masjid. Patutlah ana tidak dimaklumkan akan diletakkan di bahagian mana. Ana tidak kisah, kerana latihan praktikum ana akan mengajar ana menguruskan di semua bahagian. Terasa sedikit kekok kerana tidak pernah mengalami keadaan berhadapan dengan orang ramai. Namun, bersama-sama rakan praktikal yang datang dari USIM (Rozieyana), UDM (Aishah & Farihah), dan juga UKM (Adilla) lebih menguatkan ana dan memberi kekuatan dan kesungguhan untuk ana lebih berkomunikasi dengan baik. Di tambah pula dengan keramahan staff-staff yang banyak membantu, terasa diri begitu dihargai dan memahami.
Memasuki minggu kedua, ana sudah dapat menyesuaikan diri. Setiap hari bangun sudah bersemangat untuk cepat-cepat sampai di pejabat. Membantu ustaz di bahagian pengurusan masjid benar-benar mengajar ana erti kehidupan bekerja. Memandangkan selama hampir 14 bulan bahagian itu tidak ditadbir oleh sesiapa, banyak kerja yang patut dilakukan. Update data terkini, key in data dalam sistem maklumat, dan buat ‘filing’.
Diam tak diam, minggu ketiga sudah berlalu. Penyelia praktikum beritahu akan datang melawat, tapi sedikit kecewa kerana beliau tidak dapat melawat tempat latihan ana. Mungkin ada hikmahnya. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Duduk di bahagian kaunter. Rata-rata yang hadir ke pejabat adalah untuk menghantar borang perkahwinan dan ambil kad nikah @ N-Kad. Senyum sendiri ana waktu itu. Bilalah agaknya giliran ana pula. Tapi, itu satu ilmu baru yang ana dapat. Bukan senang nak kahwin. Pelbagai borang perlu diisi. Contohnya, kalau dapat jodoh di luar kariah. Pihak perempuan yang lebih rumit sedikit berbanding pihak lelaki. Perlu wali, saksi, dan pelbagai lagi.
Pelbagai macam kerenah dapat ana perhatikan pabila berada di minggu keenam ini. Dari segala sudut ana dapat pengajaran dan pengalaman. Moga-moga ia akan menjadi bekalan ana untuk menghadapi dunia yang semakin mencabar kelak..insyaALLAH.
Tuesday, June 30, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment