In The Name of ALLAH…
Alhamdulillah..sejuta kesyukuran ana panjatkan pada Ilahi atas kurniaan-NYA terhadap nikmat yang diberi. Selawat kepada junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
Dalam kesibukan menjalani latihan praktikum, jauh disudut hati ana terasa kerinduan yang amat sangat pada suatu keadaan bernama “usrah”. Sejak sebelum ana mula praktikal lagi ana sudah mencari link-link untuk menjalankan usrah apabila pulang ke kampung. Bukan apa, takut diri cepat lalai apabila diri tidak diisi makanan rohani. Malah, ia adalah salah satu aktiviti dalam perancangan hidup selepas habis semester lalu.
Melayari kehidupan sebagai seorang pelajar dan berada di alam latihan pekerjaan, benar-benar mengajar ana erti perancangan dan kehidupan. Andai perancangan tidak diatur dengan seawal dan sebaik mungkin, kehidupan yang bakal dilalui akan pincang. Terasa rindu yang memuncak dengan sahabiah sekampus yang sama-sama ditarbiyah untuk menjadi sefiqrah. Hanya SMS pelerai rindu. Walau jauh di sudut hati, ia tidak mungkin dapat menggantikan keadaan dan kenangan tatkala waktu bersama dulu. Sama-sama bersusah payah..sama-sama ingat-mengingati..jua sama-sama melayar waktu hidup bergelar mahasiswi. Jika dikenangkan, aduh…tak sanggup rasanya mengingati..sebak..sayu. Tidak mungkin saat manis itu akan berulang kembali.
Dulu, ana tidak pernah memahami erti sebenar kehebatan ‘usrah’. Namun, sekarang baru ana benar-benar memahaminya. Rasa kosong sangat tiada pengisian jiwa..mujurlah jugak seorang sahabat, Naja ada bersama. Walau pun kami tidak pernah adakan usrah secara formal, tetapi kami sentiasa meluahkan apa jua yang terbuku di hati. Syukran jazilan, ukhti Naja kerana jadi sahabat ana yang banyak memberi makna dalam hidup ana sepanjang tempoh menjalani praktikal. Tak sangka kita akan jadi sahabat seakrab ini. Perancangan ALLAH itu Maha Kuasa!
Tuesday, June 30, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment