In the Name of  Allah Pictures, Images and Photos

Thursday, December 18, 2008

Sesingkat waktu, segunung pengalaman berharga..

15/12/08 - 17/12/08
Bismillahirrahmanirrohim..
Petang itu, ana terima mesej dari seorang ukhti.. 'Petang ni adik2 dijemput utk jadi fasi di Kolej Matrikulasi Labuan(KML)..packing pakaian utk tidur di sana sehingga rabu petang ..' Itulah ayat penting yg boleh ana simpulkan dari mesej panjang yg dihantarnya.. Dalam hati..'alamak,macam mana ni,baju tak basuh lagi..semalam baru je pulang dari jelajah qurban di Sabah..' Terus ana luahkan pada dua orang sahabat ana yg juga menerima mesej yg sama. Hmmm..lepas asar pulak tu..sempat ke kering kalau nak basuh baju ni..Send mesej pada ukhti tersebut utk memohon simpati agar bertolak ke KML lewat sedikit.. Alhamdulillah, simpati kami diterima.. Selepas azan maghrib, ana pun bertolak ke KML.. Sempat solat maghrib dan isya' berjemaah di sana. Setelah selesai solat, ana dan sahabat2 diiringi oleh akhi Johan untuk ke Dewan Kuliah 2. Jauh terasa segan sekali kerana ana bukanlah alumni KML..tapi bersyukur kerana diberi peluang untuk menjadi fasi adik2 KML.


Malam pertama itu modul tentang 'bagaimana saya gagal' dan 'peluang di sebalik kegagalan'. Ana bukanlah seorang yang cemerlang tapi alhamdulillah, Allah sentiasa beri peluang dan ruang pada ana untuk berkongsi pengalaman diri ana kepada orang lain.. Malam kedua forum berkenaan 'realiti kehidupan di kampus IPT'.. Ahli panel terdiri daripada pelajar cemerlang matrikulasi peringkat kebangsaan iaitu Hasmadi Hasbi, Pengerusi Alumni KML Johan Muhammad dan Mantan MPP UMSKAL Shahirla Azmin Malik. Forum dipengerusikan oleh Fanshuri iaitu alumni KML. Forum tersebut diakhiri dengan sesi soal jawab oleh adik2 KML yg rata2 bertanyakan tentang pengalaman ahli panel.


Pagi rabu itu, ana dan sahabat2 mengambil keputusan untuk pulang ke kampus dengan menaiki bas sahaja.. Ana beritahu ukhti tersebut supaya tak perlu menjemput kami.. Namun, bila ana beritahu salah seorang felo di situ untuk pulangkan kunci, kami menerima pelawaannya utk bertandang sebentar ke rumahnya.. Niat hati ingin sekadar melawat tetapi kami 'ditahan' oleh isterinya agar makan tengahari di rumahnya dulu..tak sampai hati menolak, kami pun tangguhkan niat utk pulang..Ana pun menghantar mesej memberitahu ukhti yg menghantar kami supaya menjemput kami semula pada petang itu.. Mesti pening ukhti tu dengan gelagat kami..Lawak pun ada.. Apepun,kami selamat sampai di kampus sekitar jam 9.30 malam..

No comments:

welcome