In the Name of  Allah Pictures, Images and Photos

Sunday, December 14, 2008

Seribu satu pengalaman..
Lebih kurang jam 8 malam, ana telah selamat sampai di Kg. Lobou,Inanam..kampung pertama yang menjadi sasaran program jelajah qurban kali ini. Ana dan sahabat yang lain telah berkumpul di surau kg tersebut sekaligus bertemu dengan penduduk kg yang mereka sememangnya telah mengetahui akan kehadiran kami ke kg mereka. Program ini telah diketuai oleh Delegasi Yayasan Amal Malaysia iaitu Ustaz Akhwan Afandi B. Zulkifli,merangkap pengurus syarikat motivasi ADNIN di Pahang. Acara bermula dengan sesi ta'aruf dan seterusnya pembahagian keluarga angkat. Ana bersama dengan 2 orang lagi sahabat mendapat keluarga angkat yang rumahnya agak jauh dgn Kg.Lobou. Namun,ia tidak mematahkan semangat kami untuk tinggal bersama dengannya. Ana meminta bantuan Ustaz Saifudin, pensyarah di Politeknik KK untuk menghantar kami pulang kerana beliau juga melalui jalan yg sama untuk pulang ke Poli. Dlm perjalanan , kami sempat bersembang dengan ibu angkat kami..dari cerita yg disampaikannya, dia adalah seorang muallaf yg telah memeluk agama Islam sejak di sek rendah lagi. Setibanya di rumah,ana dapati rumahnya hanya rumah papan..berhampiran dgn sungai. Mlm itu,ana tidak terus tidur..ana mengambil kesempatan utk mengenalinya dgn lebih dekat lg. Apa yg ana sedih dari kisah hidupnya ialah dia semakin jauh dari ALLAH setelah berumah tangga..suami yg diharapkan dapat membimbingnya didapati adalah yg sebaliknya diterima..Jauh di sudut hati ana, hanya kasihan yg dapat diluahkan. Keesokan paginya, ana dijemput sekali lagi oleh Ustaz Saifudin utk datang kembali ke surau bagi menyertai aktiviti yg akan dilaksanakan pd siang hari.
Sehari sebelum ke Kg.Tempios, kami diuji dengan 'kehilangan' lembu yg akan menjadi qurban..bukan kerana lari atau hilang, tetapi kerana tuan pemilik lembu telah menjualkannya kepada org lain yg telah menawarkan harga yg lebih tinggi dari kami.. Oleh kerana itu, kami telah berusaha masuk keluar ceruk kg utk mendapatkan lembu qurban..namun,nasib tidak menyebelahi kami..lembu yg dicari tidak diperolehi.
Pada sebelah petang, kami mengikut pemilik lembu ke Kota Belud utk mendapatkan 2 ekor lembu qurban..huh..perjalan yg memakan masa hmpir 1 jam lebih berbaloi apabila lembu yg diinginkan diperoleh..lembu pertama senang sekali ditarik naik ke atas lori, ttpi lembu kedua seakan2 tahu akan menjadi mangsa qurban..apabila ingin ditarik naik ke atas lori, ia duduk selamba di tanah..dengan kekuatan tenaga seramai 6 org, akhirnya lembu tersebut terpaksa ditarik utk dinaikkan ke atas lori..
Hari Raya Qurban pd tahun ini ana berkesempatan beraya bersama2 penduduk Kg.Tampios. Perjalanan menuju pedalaman kg tersebut mengambil masa kira2 1 jam..namun, keramahan penduduknya membuatkan hati ana terusik, kerana walau dalam serba kekurangan dari segi harta benda namun mereka tidak lokek dengan senyuman. Pada malam itu, ana tidur di rumah keluarga angkat bersama 3 org lagi muslimat. Keluarga angkat ana kali ini juga adalah muallaf yg sudah lama memeluk Islam kira2 tahun 1990 an..Anak sulongnya telah bersekolah agama di Sabah..ana tak berapa ingat nama sekolah tersebut..namun, ana rasa terkesan kerana walaupun muallaf, pegangan agama mereka lebih kuat berbanding umat Islam yg semula jadi Islam.. Kisah yg paling ana tak boleh lupa..suasana yg tidak pernah alami sebelum ini dan juga salah satu kenangan ialah banyaknya anjing yg berkeliaran..seolah2 spti binatang peliharaan. Walaupun ketakutan menyelubungi, namun dikuatkan hati kerana hanya ALLAH yg patut ditakuti.. Pd siang hari itu juga, ana sempat mengunjungi kg berdekatan utk proses pengagihan daging qurban kpd msyrkt Muslim.
Perjalanan kami seterusnya menuju ke Kg.Syahbandar,Tuaran. Kami tiba kira2 jam 11 malam lebih dan menginap di rumah seorang sahabat iaitu kak Rohana, kelahiran Sabah ttpi menuntut ilmu hampir 10 thun di semenanjung.. Kami disambut baik oleh ahli keluarganya.. Keesokan harinya, ana telah berpeluang kali kedua melihat sendiri bagaimana penyembelihan lembu dilakukan. Hati terasa sebak..haiwan yg dijaga dgn rapi..akhirnya telah menjadi salah seekor dari ribuan lembu yg memasuki golongan mendapat pahala atas pengorbanan menjadi binatang qurban.. Setelah lembu tersebut disembelih, ia dibawa pulang utk dilapah.. Sekali lagi pengalaman berharga dalam diari hidup ana..pertama kali memotong daging lembu yg dikorban..selama ini hanya melihat yg sudah sedia utk dimasak..Tidak spt di kg ana, ana dan beberapa org muslimat shj yg bertungkus lumus memotong daging lembu tersubut..pengalaman sungguh.. Setelah hmpir beberapa jam, barulah kaum muslimin tiba dan menyudahkan kerja2 melapah lembu..
Setelah selesai tugas2 di Kg,Syahbandar, delegasi kami bertolak menuju ke kg terakhir jelajah qurban kami iaitu di Pitas,satu daerah yg terletak di utara negeri Sabah..nun jauh di hujung negeri. Perjalanan kami memakan masa 4 jam utk sampai ke kg tersebut. Alhamdulillah,sekitar jam 2 petang kami selamat tiba ke detinasi. Kami disambut mesra oleh penduduk kg.. Selama 3 hari kami akan berada di Pitas.. Petang itu seekor lagi lembu telah diqurbankan utk para penduduk di situ. Pada sebelah malam, pengagihan keluarga angkat dilakukan. Ana dan 2 org lagi sahabat mendapat keluarga angkat di mana anak sulongnya seorang ustaz..salah seorang ustaz yg bertanggungjawab di kg tersebut. Keesokan harinya, aktiviti perkongsian ilmu masakan dilakukan..2 jenis makanan terpilih dibuat iaitu roti canai dan karipap sardin. Ibarat kata Ustaz Akhwan, "Dakwah ni xsemestinya disampaikan melalui ceramah ttpi juga boleh melalui masakan." Ya,memg betul..apabila kita mengajar penduduk kg cara2 membuat makanan tersebut,secara tidak langsung dakwah yg ingin disampaikan akan terkesan oleh mereka.. Ana tak lepaskan peluang utk belajar cara2 membuat roti canai dan karipap sardin tersebut..selama ni tau makan jak..cara buat ndak tau..lepas ni,sesiapa yg ingin belajar masakan tersebut bolehlah menghubungi ana..Malamnya pula, penduduk kg dihiburlan dgn gelagat Ustaz Akhwan..Kepetahannya berbicara mencuit hati setiap penduduk kg termasuk lah delegasi kami sendiri.. Sedar tak sedar, sudah di penghujung jelajah qurban kami..terasa sayu dan sebak tatkala ingin meninggalkan bumi Sabah yg terlalu banyak meninggalkan memori indah dalam hidup masing2..
"PENGALAMAN TIDAK BOLEH DICARI..IA PERLU DILALUI..IA ADALAH NIKMAT ALLAH YG PERLU DIHARGAI."

No comments:

welcome