In the Name of  Allah Pictures, Images and Photos

Thursday, December 18, 2008

Pengalaman Silam Mengajar Erti Hidup..

  1. Sepanjang perjalanan mengharungi jelajah qurban, ana dikenderai sebuah van yang diketuai oleh 'pilot' kami iaitu Ustaz Akhwan..manakala co-pilot dipegang oleh Ustaz Azmi. Selama 10 hari jelajah kami, ana begitu gembira dengan setiap detik dipenuhi dengan pengalaman baru dan berharga. 'Pilot' kami,Ustaz Akhwan sangat memahami para pelancongnya..(kami la tu).. Jika ada antara kami yg ingin singgah atau berhenti di mana2 destinasi, pasti sahaja Ustaz Akhwan akan memberhentikan van. Lain pula dengan co-pilot kami..Ustaz Azmi. Baru sahaja kami bercakap2,terus dipintas perbualan kami..; 'tak payah singgah la, jauh lagi perjalanan kita nie..nanti lambat pulak sampai..' Berderai gelak ketawa kami mendengarnya..dengan mimik muka yg serious,kata2 Ustaz Azmi seakan2 seperti seorang guru disiplin di sekolah..
  2. Walaupun perkenalan baru sahaja terjalin, namun ukhwah antara kami terlalu kukuh.. Kami sudah seperti satu keluarga..Ustaz Ishak sebagai Pak Sheikh, Puan Siti Hajar sebagai Umi, Ustaz Akhwan dan Ustaz Azmi sebagai abang2 kami, Kak Fiza sebagai kakak, dan ana,shila dan nadia sebagai adik beradik yang sangat rapat.. Tika abang2 kami mengusik kami, terus saja kami mengadu pada umi..terasa benar seperti berada di samping umi ana sendiri. Terubat sedikit rindu pada umi di kampung..
  3. Melapah daging lembu qurban..pengalaman pertama dan akan terpahat di kotak memori.. Tak pernah2 ana alami keadaan seperti itu..melapah daging lembu dengan kudrat seorang wanita..sahabat2 bayangkanlah..Tapi, jangan disangka tangan yang menghayun buaian mampu juga menggoncang dunia..tengok,betapa besar kuasa wanita.
  4. Kalau di Semenanjung, bilik air boleh dikatakan seperti kamar tidur..cantik..boleh muat 5 @ 6 orang dalam satu2 masa.. Tapi di sepanjang program keluarga angkat yang ana sertai, tiada istilah bilik air bagi mereka..cukup lah sekadar beralas beberapa keping papan, dan sebuah tong besar tadahan air hujan..itu sudah cukup sebagai tempat mandi yang selesa bagi mereka.
  5. Akhir sekali, isu terpilih ini ana letak di akhirnya kerana ana sendiri tidak pernah langsung membuka isu ini apatah lagi membahaskannya..'poligami'..Bekerjasama dengan insan2 yang rata2 sudah mendirikan rumah tangga benar2 mematangkan ana..sesekali terdengar gambaran hidup mereka yang sudah berkeluarga, menyedarkan ana bahawa ana juga akan melalui keadaan itu.. Antara bait2 kata Ustaz Akhwan yang menjadi ingatan ana adalah, 'antara pengorbanan terbesar seorang muslimah ialah berpoligami.. ' Wanita mana yang sanggup berkongsi kasih dengan wanita lain melainkan mereka yang benar2 sanggup dan rela.. Sebelum berpisah, Ustaz sempat juga berpesan bahawa 'jadilah seorang muslimah yang sanggup berkongsi perjuangan..'

1 comment:

Anonymous said...

hmmm...ana teringin nak join program qurban ni..walaupon sebelum ni ader gak gi jaulah hingga ke johor, tapi belom berkesempatan berkeluarga angkat..tahniah kerana disebalik program yang nti join itu, dapat dikupas pengajarannya..jadilah muslimah yang sanggup berjuang dan berkorban

welcome