In the Name of  Allah Pictures, Images and Photos

Monday, January 26, 2009

Subhanallah..MAHA BESAR KEKUASAAN-MU

In The Name Of ALLAH.....

Mohon maaf kepada semua sahabat2 blogger kerana ana betul2 tak sempat nak posting new post..ditambah pulak wireless yang kurang 'kuat'. Pagi ini alhamdulillah..ALLAH bagi ana peluang untuk meluahkan dan berkongsi pengalaman sepanjang 3 hari ana 'senyap' dari blog ini.


Sesungguhnya,"hanya dengan mengingati ALLAH hati akan menjadi tenang."
Memang ana sendiri amat sibuk menghadiri program2 di kampus..Sabtu, seminar 'pengurusan cinta'..malam pula, forum 'mencari cita2 dan cinta'. ahad dan isnin seminar 'falak shar'ie' di era millenium'.. Syukur alhamdulillah..ALLAH beri kesibukan pada ana dengan program2 Islam..terlintas di sudut hati ana, bagaimana sahabat2 di luar sana..sibuk dengan apakah mereka kala itu..hmmm..moga2 ALLAH akan beri hidayah pada mereka untuk kembali mengamalkan ajaran Islam.


Semalam..ana berpeluang melihat kejadian ALLAH..gerhana matahari. Terlalu terharu dengan kekuasaan ALLAH..Dulu, ketika di sekolah rendah pernah juga melihat gerhana ini tetapi, mungkin disebabkan umur yang masih muda, hanya sekadar melihat tanpa berfikir. YaALLAH..pergerakan bulan dalam kejadian itu benar2 menyedarkan ana betapa besar keagunganNYA.. Mengapa masih ada lagi manusia yang tidak meyakininya..malah langsung tidak mempercayainya..Sedikit sebak hati ini mengingati amalan yang telah dilakukan..adakah ana telah sungguh2 melakukan amal ma'ruf nahi mungkar sepanjang kehidupan ini.

YaALLAH..moga dengan petunjuk 1 dalam berjuta kejadianMU ini akan lebih mendekatkan diri meraih CINTA-MU...



1 comment:

Anonymous said...

hmmm..dalam kesibukan, jgn dilupa tanggungjawab kepada agama..kekadang ana sendiri rasa letih, banyak benda untuk dikejar, tapimasih kuatkan diri..berprestasi dalam redha Allah..jika tolong agamaNya, nescaya Dia akan menolong kita

welcome