Alhamdulillah..my presentation is done. Sekarang fokus untuk midterm bulan 2. Banyak perkara yang ana lakukan dalam dua bulan pertama 1430H ni..Bak kata seorang ulama', perkara yang kita nak lakukan melebihi masa yang kita ada.. Ya,memang betul..kecekalan,ketabahan,dan kekuatan hati sahaja yang dapat mengatasi semua itu. Terkesan di hati ana apabila seorang sahabat mengatakan, kita hanya punyai rehat apabila bersolat.. Jadi, jika kita tepat waktunya bersolat, maka rehat kita itu selari dengan perbuatan yang kita lakukan.
Sekarang isu palestin.. Di mana2 pun kita akan dengar isu ini hangat diperkatakan. Namun, mungkin ada segelintir manusia yang tidak langsung mengetahui tentang isu ini..bukan tidak tahu sebenarnya tetapi tidak mengambil tahu. Adakah ini mahasiswa yang boleh antum banggakan sebagai orang yang berilmu? Tepuk dada tanyalah iman.
'Study2 jugak..dakwah pun kena buat jugak..'mesti ada antara kita yang bergelar mahasiswa ini merungut sedemikian. Mungkin sesetengahnya merasa takut untuk berdakwah kerana bimbang tak dapat bahagikan masa study dan dakwah..mungkin juga ada yang mengatakan, xpelah,bila kita buat kerja2 Islam ni,ALLAH akan bantu kita.. Kedua2nya punyai kekuatan dan kekurangan untuk diperdebatkan.. Kalau kita study je, apalah sumbangan kita terhadap Islam? Kalau pulak kita berdakwah, tapi langsung tak buka buku untuk ulangkaji pelajaran, macam mana pulak? Macam yang ana katakan tadi, kedua-duanya ada pro dan kontranya. Ia seperti jongkang jongkit di taman permainan..kalau kita tak pandai nak cari orang yang sama berat dengan kita untuk sama2 duduk,sudah tentu orang yang lebih berat dari kita akan menang.. Ini sekadar peringatan bagi yang lupa..
No comments:
Post a Comment