Jam 7.15 pagi..satu panggilan ku terima..dari umi.. Alangkah seronoknya..baru je nak call, macam tau2 je anaknya nak call. Hmm..itu lah..rahim ibu yang mengandungkan anak. Terdetik di hati sahaja..instict terus terasa.. Soalan pertama setiap kali umi call ana..'along sihat?'..'sihat', jawabku ringkas. Dan soalan yang sama juga ana ajukan pada umi.. 'Takde class hari ni?' Umi bertanya kepada ana.. 'Hari ni tiada..sebab lecturer dari luar yang ajar'..'ohh'..jawab umiku. Terasa dekat benar pabila umi call pagi2 macam ni..walaupun hakikatnya, jauh beribu batu. Namun, teknologi moden memudahkan sesiapa sahaja boleh berhubung antara satu sama lain.
Terdengar suara abah yang seakan 'jelous' bila kami berdua sedang bercakap.. Sayup kedengaran, abah bertanya dah sarapan ke belum..ku sampaikan jawapan itu pada umi..'belum, kejap lagi lah.' Begitulah abah..tiap kali call je, soalan penting yang mesti ditanya adalah 'dah makan ke belum'..kalau jawab belum, kenalah ceramah free..'kenapa tak makan lagi..nanti sakit perut..sape yang susah..kami jauh..' Macam tu lah abah..tanggungjawabnya mencari rezeki, seiring soalannya agar anaknya tidak kelaparan..mahu sentiasa dalam keadaan sihat..
Ana juga tidak meninggalkan soalan 'wajib' bila umi atau ana sendiri call..bertanya tentang adik2..terutamanya adik bongsu ana..Bak kata pepatah, anak bongsu dan anak sulong ni memang rapat..macam tu jugak kalau jodoh..bahagia..' Wallahuallam..
Sebelum talian diletakkan, umi berpesan: 'belajar rajin2..dah tahun akhir ni..umur pun dah nak 23..nak kahwin dah pun..' Ana sempat membalas, 'ya,umi..tapi, banyak tanggungjawab lagi lah nak fikir pasal kahwin..'
Abah juga sempat mengusik, barangkali peringatan berguna untuk diri ana..'Ha, nak cari jodoh jangan cari orang tabligh..kalau yang kuat agama takpe..' Abah..abah..takut benar andai ana 'tersangkut' dengan oarang tabligh. Doa kalian ana pohonkan..moga2 menjadi kenyataan.
Tuesday, January 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment