Final exam baru sahaja melabuhkan tirainya.. Cuti semester 1 telah membuka lembaran akhir kalendar 2008.. Di kala inilah semua mahasiswa UMSKAL pulang bercuti bertemu keluarga masing2 yang barangkali telah hampir setengah tahun tidak bertemu.
Namun,ana tidak mengambil peluang itu untuk pulang ke kampung halaman walaupun banyak program yang ana dengar bakal dilaksanakan di Perak.. Tambahan pula, baru sebulan yang lalu ana pulang beraya.
Seperti tahun lepas juga, ana tidak pulang tetapi mengambil peluang bercuti di rumah ibu saudara di Kota Kinabalu.. Terasa sayu di hati namun, adat merantau..jauh dari keluarga sudah sebati dalam jiwa ana lantaran hampar 3 tahun berada di negeri orang. Mungkin cuti semester kali ini akan berbeza dengan yang lalu memandangkan ibu saudara ana tiada di sini kerana pulang ke Johor.. Di saat ini ana mengambil peluang untuk menyertai pelbagai program yang dianjurkan di samping ingin menguruskan hal berkaitan praktikal.
Jauh di sudut hati, diri terasa sunyi tanpa teman2 yang sentiasa berada di sisi..masing2 pulang menemui keluarga.. Sayu melihat rakan2 kolej pulang..ana mengambil keputusan untuk tidak menghantar sahabat ana ke airport kerana yakin hati akan terasa pilu.. Namun,ana bukan sengaja..tidur yang terlalu lewat kerana menghadiri usrah wida' pada malam tadi juga menghalang ana untuk berbuat demikian.
Apa pun, doa ana sentiasa bersama kalian..semoga selamat sampai dan selamat bertemu kembali pada semester baru yang akan datang..
No comments:
Post a Comment