In the Name of  Allah Pictures, Images and Photos

Thursday, November 27, 2008

Mengapakah buah pinggang (ginjal) sangat penting ?

Buah pinggang atau Ginjal ialah sepasang organ berbentuk kacang yang menjalankan fungsi pengekalan hayat yang penting. Fungsi-fungsi ginjal ialah :

  • Membuang bahan kumoh seperti urea dan toxin dari badan.
  • Membuang cecair yang berlebihan dari badan.
  • Mengawal tekanan darah.
  • Mengawal asid dalam darah.
  • Mengawal mineral di dalam darah.
  • Menghasilkan hormon untuk pembentukan sel darah merah (erythropoietin) dan active vitamin D, untuk mengekalkan tulang yang sihat dan kuat.

Bagaimana saya mengetahui saya mengidap penyakit ginjal?
Kerosakan ginjal berlaku secara senyap tanpa apa-apa tanda dan gejala sehingga ke peringkat yang teruk. Anda dinasihatkan supaya menjalani pemeriksaan kesihatan sekiranya anda tergulung dalam kumpulan berisiko tinggi.
Anda merasa syak mengidap kegagalan ginjal bila mempunyai tanda-tanda berikut:

  • Sentiasa dalam keadaan lemah dan keletihan (disebabkan kekurangan sel darah merah)
  • Rasa mual, muntah dan hilang selera makan
  • Gatal seluruh badan
  • Sakit tulang
  • Bengkak pergelangan kaki dan sesak nafas
  • Pucat
  • Kencing yang berbuih
  • Darah keluar bersama air kencing
  • Jangkitan salur kencing berulang-ulang
  • Pengeluaran kencing berkurangan
  • Kerap kencing terutama sebelah malam
  • Mengalami hypertensi pada usia muda

Siapakah yang berisiko tinggi mendapat penyakit ginjal? Apakah faktor-faktor risiko?

  • Jika anda mempunyai tekanan darah tinggi
  • Jika anda pengidap kencing manis yang tidak terkawal
  • Jika kencing anda mengandungi darah dan protien
  • Jika anda mempunyai satu sahaja ginjal yang berfungsi
    Jika anda pengidap penyakit sistem keimunan seperti - Systemic Lupus Erythromytosis (SLE)
  • Jika anda mempunyai sejarah kerap mengambil ubat penahan sakit atau herba
    Sejarah penyakit ginjal didalam keluarga
  • Jika anda pengidap sakit jantung

No comments:

welcome