In the Name of  Allah Pictures, Images and Photos

Thursday, November 19, 2009

Labuan meninggalkan seribu kenangan..

Setelah bergelut dengan 'demam exam' selama hampir tiga minggu lamanya, syukur alhamdulillah ana telah selamat menamatkan exam semester 7 dengan subjek Prinsip Perakaunan II..SYUKUR ana panjatkan ke hadrat Ilahi kerana selama berada dalam minggu exam, ana diberi kekuatan menghadapi segala macam cabaran..
Kampus semakin lengang kehilangan penghuninya..Cuti pertengahan semester membuatkan ramai pelajar yang mengambil kesempatan pulang ke negeri masing-masing.. Namun, ana masih di sini..menghabiskan sedikir sisa kehidupan sebagai seorang pelajar UMS Kampus Antarabangsa Labuan. Langkah kaki bemula di sini untuk mengejar impian dan mengecapi kejayaan seiring dengan manusia lainnya..
Tidak sedar sudah tiga tahun setengah rupanya ana bermastautin di pulau bernama Labuan..satu tempat yang tidak pernah dibayang fikiran untuk menuntut ilmu di sini.. Rupanya ada satu hikmah yang tidak terduga sedang dilalui untuk menjadi seorang insan yang benar-benar insan..
Terkenal sebagai 'Pulau Bebas Cukai', serentak masyarakatnya juga bebas melakukan apa sahaja.. Walaupun tidak sebesar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, namun Wilayah Persekutuan Labuan menggugat fikiran dan pemikiran anak-anak muda mencuba apa sahaja yang diingini..YaALLAH..Sebak bila memikirkannya. Terasa juga ingin terus menetap di sini menjadi tenaga-tenaga bantuan untuk mendidik anak-anak Labuan, namun apakan daya, seruan negeri di semenanjung membuatkan ana berfikir entah ke berapa kali mahu menetap di pulau yang indah ini..
PENGALAMAN...
Di awal semester 1, ketika sedang menghadiri kelas Bahasa INGGERIS, keadaan dikejutkan dengan seorang pemuda yang sedang mabuk mengacau pembelajaran kami.. Walaupun bukan kelas ana yang diganggu ketika itu, 'auranya' tetap tempias mengenai ana dan sahabat-sahabat di dalam kelas ketika itu. Hanya Tuhan yang Tahu betapa sedihnya perasaan ketika itu, seakan berada di negara peperangan..tidak aman. Terdetik di dalam hati betapa murahnya aqidah mereka dengan keadaan seperti itu..
Ketika sedang berada di bandar bersama seorang rakan, ana tiba-tiba dikejutkan dengan seorang yang sedang mabuk meminum arak, datang ke arah kami dan mengekori kami sehingga berada di dalam bas..Nasib baik lah bas sudah penuh dan terus jalan..Masa tu rasa nak balik semenanjung je, nak tukar pindah belajar di sana.. Tapi, masih sayangkan Labuan dan teruskan pengajian di sini..
Melihat keadaan anak-anak kecil yang sebaya dengan adik bongsu ana yang berusia 8 tahun, seakan terasa begitu menyayat hati.. Pelbagai ragam dan gelagat yang berlaku. Ada yang usia ang terlalu muda sudah pandai mencari rezeki bagi menampung kehidupan keluarga..tidak kuran gjuga yang berfoya-foya di pusat membeli belah Ujana Kewangan sekadar mengisi masa lapang tanpa membuat apa-apa yang berfaedah..
Seribu satu kenangan menjadi pengalaman hidup sepanjang berada di Labuan.. Sayang mahu meninggalkannya kerana ada perkara yang perlu diubah di sini..namun, ada juga yang menunggu di semenanjung sana menanti tenaga dan kudrat ana membantu anak-anak negeri.. Apa jua pun, ana pohon bantuan ALLAH..Walau di mana jua ana berada, tetapkanlah ana sentiasa berada di jalan-NYA membantu agama suci ini..insyaALLAH..

No comments:

welcome