In the Name of  Allah Pictures, Images and Photos

Monday, September 7, 2009

KEMBARA OH KEMBARA..

(Maaf sangat2 kerana post ini sepatutnya lama sudah ana kongsi, namun atas sebab yang tidak dapat dielakkan, baru hari ini ana dapat keluarkannya..)

Sabtu..25 Julai 2009.
Hari cuti umum..namun tidak bagi ana, seawal jam 7 pagi lagi ana sudah bersiap untuk memulakan perjalanan ke suatu destinasi yang tidak pernah ana pergi sebelum ini. Hari ini, ana merancang untuk menyiapkan hardcover laporan akhir praktikum ana.

JAM 8.30 PAGI
-Ana menaiki bas untuk pergi ke Teluk Intan. Sepanjang perjalanan, bas berhenti-henti mengambil penumpang yang barangkali mempunyai hal masing-masing untuk diselesaikan. Hampir satu jam perjalanan, ana tiba di Bandar Teluk Intan sekitar jam 9.15 pagi. Perancangan awal, hanya ana dan seorang sahabat sahaja yang pergi iaitu Naja. Namun, malam tadi ana mendapat panggilan daripada seorang lagi sahabat dan ‘kembara’ ana bersama 2 orang sahabiah. Ana orang pertama tiba antara kami bertiga. Tidak lama selepas itu, seorang sahabiah tiba, Ina. Kerinduan terubat selepas hampir 2 bulan lebih tidak bertemu. Sementara menunggu seorang lagi sahabiah, kami banyak bercerita mengenai pengalaman semasa menjalani latihan praktikal..suka duka menjadi bahan ketawa kami.
Sekitar jam 9.30 pagi, Naja pun tiba. Sebelum bertolak ke destinasi seterusnya, ana mengajak mereka membeli makanan alas perut ketika di dalam bas nanti.

JAM 10.30 PAGI
-Perjalanan bermula ke Bidor yang akan mengambil masa lebih kurang satu jam. Antara kami bertiga, Ina yang tidak pernah menaiki Bas Tabung (masukkan duit dalam 1 tempat, dan ambil tiket). Gelagat Ina membuatkan kami tidak kering gusi. Mungkin inilah yang dikatakan pengalaman yang tidak boleh dicari tanpa dialami sendiri. Dalam bas itu, ana sempat berkenalan dengan penumpang yang duduk di sebelah. Dua orang kakak itu juga ingin pergi ke destinasi yang sama dengan kami. Alhamdulillah..Allah ‘berikan’ kami teman yang tidak disangka.

JAM 11.30 PAGI
-Alhamdulillah, kami tiba di stesen bas Bidor. Kami turun dan mengambil pula bas untuk ke Tanjung Malim. Naja, sahabiah yang tidak malu untuk bertanya. Satu sifat yang ana belajar darinya. ‘Malu bertanya, sesat jalan’ lah jawabnya.. Pertama kali tiba di situ, kami tidak pernah lagi mengetahui selok belok jalan di situ. Pusing punya pusing, kami ternampak semula dua orang kakak yang sama bas dengan kami tadi. Salah seorang kakak tersebut memberitahu kami supaya cepat membeli tiket bas kerana kalau tidak, jam 1 lah jawabnya kami akan naik bas.

JAM 12.30 TENGAH HARI
-Kami menaiki bas Sri Maju untuk menuju ke destinasi kami, UPSI di Tanjung Malim. Selama satu jam perjalanan..banyak yang ana dan sahabiah bualkan. Pemandangan yang cantik dan menyejukkan mata juga sangat menarik minat kami. Benarlah bak kata pepatah, ‘Jauh perjalanan, luas pemandangan’.. Setibanya kami di Tanjung Malim, ana beritahu kepada Makcik Yang, kenderaan yang akan membawa ana dan sahabiah ke rumah kawan ana. Tidak lama kemudian, Makcik Yang tiba dan ana meminta agar membawa kami ke Taman U Lama, rumah No.6. Tiba di rumah Kak Bed, ana memberitahunya kedai yang akan ana pergi, iaitu kedai Citra Grafik. Selepas menunaikan solat zohor, ana dan sahabiah dibawa oleh seorang sahabat lain, Kak Zuraidah ke kedai tersebut. Survey punya survey, seminggu katanya baru boleh siap. YaALLAH! Ujian pertama telah kami perolehi. Masa ni hanya Allah yang tahu bagaimana hati ana..sedih..kecewa..risau..semua ada. Memandangkan ada lagi baki bahan laporan yang belum di print, kami singgah di satu kedai di mana ada seorang sahabat lama ana bekerja di situ. Dia memberitahu, di Ipoh sahaja yang ada kedai untuk membuat hardcover dalam tempoh masa yang singkat..1 hari boleh siap. Waktu itu, ana bertanya Naja. Dia beritahu, abangnya ada menetap di sana. Jadi, keputusan dibuat. Nekad. Petang ni juga kena pergi ke Ipoh. Kak Zuraidah beritahu, ada bas ke Ipoh jam 5. Kami di situ pun sudah jam 4 lebih. Kami kena rushing. Kalau tidak, mesti terlepas bas. Ana call semula Makcik Yang. Namun, dia beritahu yang dia tidak dapat ambil kami kerana menghantar orang ke Slim River. YaALLAH..kami diuji lagi. Ana meminta dari Kak Zuraidah andai ada kenalan lain yang mempunyai kereta sewa. Alhamdulillah ada. Rupanya dia adalah suami kepada Makcik Yang, Pak Din. Tiba semula di stesen bas Tanjung Malim, kami bergegas mencari bas ke Ipoh jam 5. syukur, ada rupanya. Sebelum bas bergerak, kami sempat mengalas perut dengan nasi walaupun makan dengan begitu rushing.
Tunggu punya tunggu, rupanya bas bergerak jam 5 lebih. Satu peristiwa lucu berlaku. Punyalah excited takut tertinggal bas, ana dan Ina cepat-cepat naik ke bas yang ada di tempat tersebut. Kami pun tengok la berapa nombor kerusi..hmmm..belakang rupanya. Dalam hati ana berkata, belakang pun belakang la, janji cepat sampai Ipoh. Manakala Naja yang paling akhir naik, bertanya pula kepada seorang kakak yang berada di bahagian hadapan ke manakah destinasi bas ini. Kakak tersebut memberitahu akan ke KL.. Kami yang berada di belakang sudah mencari keadaan yang selesa untuk duduk. Tak lama kemudian, Naja memberitahu kami bahawa telah tersalah bas. Ana yang sudah duduk bangun semula dan cepat-cepat turun..malu sudah kami ni. Kelam kabut punya pasal, sampai tersalah bas. Kami pergi ke kaunter semula dan kakak di kaunter tersebut memberi kami plat nombor bas yang akan kami naiki nanti. Lucu sangat bila mengenangkan peristiwa tersebut.

Lebih kurang jam 5 lebih, bas yang kami nantikan pun tiba. Dengan berhati-hati agar ‘pisang tidak berbuah dua kali’, kami melihat nombor plat di tiket,ya..sama dengan nombor bas tersebut. Sepajang perjalanan tersebut, ana tidak putus-putus berdoa agar kami selamat sampai ke Ipoh dan dapat menyiapkan segera hardcover buku laporan praktikum kami.

Sekitar jam 7.00 petang, ana dan sahabiah selamat tiba di Terminal Medan Gopeng. Sementara menunggu abang Naja menjemput kami, Ina mengajak kami bersolat zohor dahulu.. Tak lama selepas itu, kami dijemput oleh abang Naja. Sepanjang berada dalam kereta, ana dan Ina tidak banyak berkata. Hanya Naja dan abangnya yang bersembang..terdengar Naja bercerita kepada abangnya mengenai perjalanan kami di siang hari itu. Sungguh..ALLAH mahu menduga kesabaran dan keimanan kami hari itu. Hanya kekuatan semangat dan kata-kata yang dapat melawan kami dari tewas dengan ujian-NYA itu.
Kami terus pergi ke kedai tersebut sebelum pulang ke rumah abang Naja. Sekali lagi kami diuji. Tempoh yang paling awal untuk menyiapkan hardcover tersebut adalah selama 3 hari. Ini bermakna, paling awal adalah hari isnin petang kami baru boleh ambil. Kami tiada pilihan lain. Kami terus membuat tempahan dan memohon kepada orang kedai tersebut agar dapat menyiapkan dengan kadar segera. Kira-kira jam 8 lebih, kami tiba di rumah abang Naja. Malam itu, kami keletihan yang teramat sangat..Namun, peluang bersama sahabiah yang jarang-jarang kami perolehi tidak kami buang begitu sahaja.

USRAH SEJENAK…
Ana mencadangkan agar membuat usrah..yang sudah lama tidak ana buat sejak pulang ke kampung. Persetujuan diperolehi. Namun, usrah kami kali ini tidak formal seperti biasa.. Bukan duduk di dalam halaqah…tidak juga ada pengisian tertentu. Sekadar meluaskan isi hati masing-masing yang barangkali sudah lama terpendam di lubuk hati.. Sekitar jam 12 lebih mata pun masing-masing sudah mula mahu ditutup.

1 comment:

Normaziah Khori said...

kalau la ana da balik perak waktu tu mesti dapat join usrah tgh malam akak bertiga tu kan..jeles2..huhu

welcome