In the Name of  Allah Pictures, Images and Photos

Monday, February 23, 2009

Multimedia---is very interesting---


In The Name of ALLAH..

Alhamdulillah..bersyukur yang tidak terhingga terhadap ALLAH SWT kerana hanya dengan keizinan-NYA ana masih lagi boleh menghela nafas menghirup udara segar sehingga saat ini..

Terlebih dahulu ana ucapkan jutaan syukran jazilan kepada semua sahabat blogger yang masih sudi mengunjungi blog ana untuk memberi sebarang komen mahupun hanya sekadar melawat..

Multimedia is a combination from elemens such as text, art, sound, animation and video. It is interactive multimedia that called 'hypermedia'. It can be Linear or Non-Linear..
VR stand for Virtual Reality, HTML stand for Hypertext Markup Language..LAN stand for Local Area Network..

Itu adalah ilmu pertama ana pelajari ketika memasuki hari pertama kuliah.. Dalam hati ana berkata, 'bestnya..boleh melukis..buat video..' Satu minat ana yang akhirnya dapat jua ana realisasikan..

Alhamdulillah..hari ini ana selesai menjalani quiz subjek Minor, Asas Multimedia di mana ia adalah salah satu subjek wajib kepada semua mahasiswa di kampus ana.. Sepatutnya ana mengambil subjek ini pada semester lepas tetapi disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan, ana terpaksa mengambilnya pada semester ini.

Pada hari ini juga ana perlu menghantar individual assignment..di mana ana perlu menyiapkan satu iklan untuk mempromosikan sesuatu berdasarkan kreativiti tersendiri..Ana memilih 'Fruity C',salah satu produk keluaran Halagel.. Seminggu sebelum tarikh hantar, ana sudah mula membuat draf untuk assignment ini..Ingin ana katakan di sini bahawa ana begitu tertarik dan berminat untuk mempelajari multimedia..Walaupun ia sekadar subjek Minor, tetapi ana benar2 ingin skor dalam subjek ini..dan, ana merancang dengan baik untuk menghasilkan satu iklan yang bermutu..

Apabila sesuatu yang dilakukan secara minat, maka hasil yang akan diperolehi adalah setanding dengan apa yang kita rancang..Justeru itu, ana fokus hanya kepada assignment ini dalam 2 3 hari sebelum hantar. Alhamdulillah..kepuasan yang ana perolehi.

Sebenarnya, apa yang ana ingin kongsikan di sini adalah, walaupun sesuatu itu bukan dalam bidang kita, namun jika mempunyai minat dan kesungguhan, nescaya hasilnya akan berjaya..Tidak kira lah ianya sekadar subjek Minor, hanya 2 jam kredit, tidak mempunyai kepakaran, tetapi hanya dengan minat dan kesungguhan kita menguasai subjek itu, ia sudah menjadi 'bonus tambahan' kepada diri kita..Mungkin juga kita boleh aplikasikannya dalam kehidupan seharian kita..

Ana mengharapkan kepada semua sahabat bahawa apa jua ilmu yang kita pelajari, kita hendaklah 'menyayanginya' seperti diri kita sendiri..even subjek itu bukan relate sangat pun dengan kos kita tapi, ia adalah ilmu ALLAH..

"Jika kau ambil air laut sebagai pena untuk menulis, nescaya tidak akan habis kalimat2 ALLAH itu.."

Friday, February 20, 2009

Diri ini..

IN THE NAME OF ALLAH....
Sudah lama rasanya tidak mencoret di ruangan blog ini..hanya sekadar mengeluarkan post2 baru tanpa memberi sedikit pun pandangan mahupun komen. Kesibukan dengan kuliah dan menyiapkan assignment membantutkan ana untuk duduk lama menekan papan kekunci di laptop ana..
Alhamdulillah, petang ini..jumaat bersamaan dengan 24 Safar 1430 Hijrah..dalam keadaan hujan renyai2..ana melajukan jemari ini untuk berbicara tentang keluarga ana..yang barangkali telah lama ana simpan.

Ana adalah anak sulong daripada 5 orang adik beradik..bawah ana perempuan,dan tiga orang berturut2 kesemuanya lelaki. Adik perempuan tunggal ana bernama Shuhaila (21 thn), Mohd Azri (16 thn), Mohd Fauzi (14 thn), dan last sekali adik ana yang paling rapat dengan ana Mohamad Hafizan Haziq (10 thn). Nama adik bongsu ni ana sendiri bagi...mungkin sebab tu rapat kot.

Kehadiran 2 puteri dan 3 orang putera sememangnya menggamit jerih perih umi dan abah ana.
Ana sehingga adik ketiga dilahirkan di rumah nenek manakala yang keempat dan kelima di hospital. Moden dan tradisional tempat kelahiran ana dan adik beradik kadang2 menjadi punca pertengkaran kecil antara kami..yang lahir di hospital berbangga dengan kemudahan yang ada..yang lahir di rumah tidak mengalah kerana disambut dengan sanak saudara.

Ana terlalu rapat dengan umi..sehinggakan ada hal2 yang remeh pun ana sanggup ceritakan padanya untuk mendapatkan pandangan mahupun sekadar perkongsian semata.
Sebelum tu..ana terlupa untuk mengintroduce umi dan abah ana..Nama umi ana Salmiah binti Sarbini, abah Mohamad Yusop bin Sulinman. Umur umi menjangkau 43 tahun, manakala abah mula sudah memasuki 50 tahun.

Sejak lahir, rumah ana berdekatan dengan opah dan atuk (sebelah abah).. Kalau tidak silap ana, ana pun hampir lupa..ketika ana di Tingkatan 3 @ 4, opah dan atuk ana tinggal bersama2 kami kerana usia yang sudah uzur..Jadi, ahli dalam keluarga ana ketika itu seramai 9 orang..ramai kan..tapi seronok. Namun, ketika berada di Tingkatan5, atuk ana telah dijemput Ilahi..dia pergi dalam usia yang mencecah 100 tahun. Tinggallah opah ana 'membujang'..Ana cukup kagum dengan atuk ana ni kerana walau dalam usianya dulu ketika 90 tahun, dia masih lagi gagah berjalan kaki ke kedai..membersihkan kawasan rumah..cuma, adakalanya sakit2 tua..biasalah..demam sekejap,ok semula..


Saat2 akhir (3 hari) sebelum ana menjejakkan kaki ke UMS, alhamdulillah..ana merasa rumah baru yang terletak berdekatan pula dengan nenek dan atuk (sebelah umi). Rumah tersebut abah ana reka & bina sendiri ketika ana di Tingkatan 6..Ana ingat lagi kata2 abah masa tu, "sebelum along pegi Sabah, along kene merasa tidur rumah baru." Masa tu ana rase sebak sangat..ana rasa macam ana dah takkan dapat tinggal kat situ. Merasa la ana berada di 'rumah baru' selama 2 malam..


Ketika cuti semester pertengahan tahun 2 pengajian, ana pulang ke kampung.. Setibanya ana di kampung, ana mendapat berita bahawa opah yang tinggal bersama2 dengan keluarga ana telah berada di hospital lebih kurang 3 4 hari sebelum ana balik..Ana tak tahu nak marah ke..kecewa ke..sebab ketika opah ana sakit dan dimasukkan ke wad, ana langsung tidak mendapat apa2 berita.. Ana tanya umi, 'umi, kenapa tak bagitahu along opah sakit?' Umi membalas, 'kan along minggu periksa masa tu, umi taknak along risau..nnt terjejas along nak belajar..' Rasa manik2 jernih bakal tumpah di pipi ana, namun ana tahan dan sembunyikan.. Baru ana tahu sebabnya..umi taknak ana risau tentang keluarga di kampung asalkan ana dapat belajar dalam keadaan yang tenang..

Ketika ana pulang, opah sudah dikeluarkan dari wad. Namun, keadaannya berubah..opah mengalami strok..lumpuh sebelah badan. Adik ana yang perempuan masa tu baru habis tingkatan 5, dialah yang menjaga opah. Pernah satu masa tu, ana ambil alih tugas bagi makan..tapi, opah pelik..dia tanya sape ana walau dalam percakapan yang kurang jelas..tapi ana masih memahaminya. Ana segera menjawab pertanyaannya dan dia menunjukkaan respon terlupa siapa ana.. Maklum lah..setahun lebih ana tinggalkan kampung halaman pergi menyambung pelajaran di luar semenanjung..

Selang beberapa hari sahaja ana di rumah, ajal opah ana sampai..ana merasakan sesuatu yang aneh.. Pada firasat ana..ALLAH pertemukan ana dlm waktu yg begitu singkat..mungkin ada hikmahnya.. Ya..memang ada hikmahnya. Hasrat opah dulu mahu melihat ana memasuki Universiti selepas ana tamat Tingkatan 6.. Alhamdulillah, kali pertama ana pulang selama ana berada di UMS..opah mungkin sudah merasakan hasratnya untuk melihat ana sebagai cucu pertama menjejakkan kaki ke Universiti telah pun tercapai..

Kini, sudah hampir 3 tahun pun pengajian ana dan akan menamatkan pengajian pada akhir tahun ini, insyaALLAH.. Semoga ana akan menjadi kebanggaan kedua orang tua ana dan menjadi qudwah hasanah kepada adik2 ana..

::: Kisah ana ni sekadar perkongsian untuk para blogger..:::






Tuesday, February 17, 2009

Apa Jenis Darah Anda?

LUMRAH bagi seorang manusia, golongan wanita khususnya membimbangi setiap peralihan jarum penimbang berat badan. Ditambahkan pula jika jarum penimbang berbeza dua atau tiga garis ke kanan, pasti hati tidak keruan dengan niat dipasang untuk berdiet. Pelbagai ubat-ubatan menguruskan badan bagi mengembalikan bentuk badan ideal berlambakan di pasaran. Rakan-rakan pula bertindak sebagai penasihat pemakanan persis pakar pemakanan dengan mengesyorkan jenama-jenama tertentu yang dikatakan dapat memberikan kesan yang diingini. Tidak kurang juga pengalaman-pengalaman mereka yang berjaya mengurangkan berat badan melalui pengambilan ubat-ubatan tertentu. Segala nasihat diikuti, tetapi malangnya jarum penimbang tidak juga beralih ke kiri.
Anda mula mempersoalkan keberkesanan dan kebenaran nasihat rakan-rakan anda. Mengapa Si A berjaya mengurangkan berat badannya tetapi tidak anda walhal segala peraturan dan ketetapannya dipatuhi? Mungkin apa yang kurang adalah anda tidak mengetahui makanan apakah yang bersesuaian dengan jenis darah anda. Diet berdasarkan golongan darah pertama kali diperkenalkan oleh Dr. Peter J.D´Adamo yang menjalankan penelitian pada setiap jenis darah yang menunjukkan kesan fisiologi berlaku terhadap lektin yang masuk dalam tubuh badan. Lektin adalah protein yang terdapat pada makanan, khususnya tumbuhan kekacang. Setiap protein makanan yang diserap tubuh, menurutnya hanya sesuai dengan jenis darah tertentu. Dalam bukunya, “Eat Right For Your Type” yang diterbitkan pada tahun 1996 menerusi kajian yang dijalankan bertahun-tahun itu menjelaskan bahawa setiap individu memiliki tindakbalas yang berbeza terhadap makanan berdasarkan jenis darah yang dimiliki.
Dr. Peter J.D´Adamo, Menurutnya, diet yang tidak berjaya berkait rapat dengan perkaitan ini dengan menambah bahawa lektin makanan yang tidak serasi dengan jenis darah tertentu akan membawa komplikasi buruk terhadap kesihatan individu antaranya penggumpalan sel darah merah dan pelbagai komplikasi lain. Ini berbeza dengan pengambilan makanan yang sesuai dengan jenis darah kerana ia memberikan kesan positif antaranya keadaan emosi yang lebih stabil, mudah mengatasi tekanan dan peningkatan daya tahan lawan penyakit. Selain itu pengambilan makanan yang bersesuaian dengan jenis darah juga dipercayai dapat mengembalikan fungsi sistem tubuh dan memperbaiki metabolisma tubuh.
Darah terdiri daripada empat jenis iaitu A,B,AB, dan O.
DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘A’
Dr. Peter J.D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan. Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas. Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak. Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.
Ciri khas individu jenis darah A:
• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
• Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
• Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
• Cukup beristirehat
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat, Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba, Snek: Kuih beras dua potong dan teh
hijau
Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba.
DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘B’
Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.
Ciri khas golongan darah B:
• Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
• Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan. • Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
• Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.
Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang dianjurkan adalah :
daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.
Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.
buah-buahan yang berkhasiat.
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak, Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba, Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba.
DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘AB’
Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan.
Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk. Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses. Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit. Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.
Ciri khas individu jenis darah AB:
Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
• Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju, Snek : Yogurt
Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba, Snek: Kek keju dan teh
herba
Makan Malam : Omelet dan salad buah serta kopi
DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘O’
Dr. Peter J.D´Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan. Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D´Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging. Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.
Ciri khas golongan darah O:
Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
Mudah mengadaptasi berbagai makanan
• Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
• Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-
buahan, ikan, sayuran
• Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang, Snek : Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal, Snek : Sepotong kuih
Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh
herba
Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D´Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat. Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D´Adamo ataupun tidak.
Sumber: Artikel dari Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

Subuh Oh Subuh!


Ganjaran pahala solat Subuh mengatasi keindahan dunia sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Muslim) Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta'arif menegaskan, as-Subhu atau as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari. Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan berakhir pada waktu matahari terbit.

Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadis mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya. Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau ‘Subuh gajah’, iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul.

Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh. Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis: “Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).” (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah) Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT. Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT. Allah SWT berfirman maksudnya: “Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” (Surah al-Kahfi, ayat 28)

Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi: “Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.” Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh? Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya? Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim).

Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya. Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga.” (Hadis riwayat Bukhari).

Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar. Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, “Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)

Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti dijanjikan Allah. Bergegaslah bangun tidur apabila terdengar laungan azan berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh.


PERINGATAN JUGA BUAT DIRI SENDIRI!

Hebatnya al-Quran!







Remaja hari ini cerdik, pintar dan berpelajaran berdasarkan akademik serta fakta sains. Ini mungkin kerana sistem pendidikan yang menekankan dan memberi penumpuan dalam bidang sains. Tidak hairanlah remaja hari ini mengenali nama saintis dan kagum dengan penemuan mereka. Penciptaan teknologi canggih membantu penemuan baru rahsia alam. Seperkara yang remaja patut tahu, penemuan baru ini selari dengan penyataan al-Qur'an malah ia sudah lama disebut dalam kitab suci itu. Jika kita boleh berbangga dengan penemuan sains semestinya kita patut lebih takjub dengan kecanggihan al-Quran berabad dahulu mendahului zaman, malah manusia memerlukan masa yang panjang ribuan tahun memahami sentuhan ayat al-Quran mengenai alam dan sains.

Antara ayat mengenai sains ialah yang berkaitan dengan pengembangan alam. Firman Allah yang bermaksud: “Dan, langit Kami bangunkan dengan kekuasaan Kami. Sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya.” Ayat ini menceritakan mengenai pengembangan alam. Ini bermaksud langit diluaskan oleh Allah. Allah sudah menyatakan ribuan tahun dahulu, jika ada orang yang menolak al-Quran kerana menyangka dirinya maju dengan sains, sepatutnya tunduk dengan fakta ini. Pada tahun 1929 Edwin Hubble dengan menggunakan alat canggih meneropong ke langit mendapati alam ini sebenarnya mengembang dan membesar malah saintis sekarang ini berupaya mengukur kelajuan pengembangan alam. Kedua, ayat berhubung teori Big Bang. Hal ini sudah lama disentuh ribuan tahun dulu dalam surah al-Anbia': 30, bermaksud: “Apakah orang kafir tidak melihat bahawa sesungguhnya langit dan bumi pada asalnya bercantum satu kemudian Kami pisahkan (letupkan) antara kedua-duanya.” Maknanya langit dan bumi asalnya melekat bercantum, Allah pisahkan antara keduanya dengan udara. Teori Big Bang diasaskan oleh formula umum ‘Theory Of Relativity’ oleh Einstein 1915, kemudian disahkan pakar fizik Rusia pada 1922. Pada 1929 teori ini disahkan Edwin Hubble. Cuba bayangkan hakikat yang ditemui pada abad 20 ini telah dijelaskan oleh al-Quran sejak 1400 tahun dulu.

Segala penemuan ini selari penyataan ayat al-Quran yang menunjukkan al-Quran “Kalamullah” kerana ilmu sains belum berkembang pada zaman Nabi Muhammad (s.a.w), tambahan pula tiada sebarang kemudahan yang tidak memungkinkan manusia mengetahui asal-usul alam ini. Benarlah al-Quran bukan ciptaan Muhammad. Jadi tidak hairan sekiranya orang Islam mendahului bangsa lain dari sudut ketamadunan. Ini kerana al-Quran berada di hati mereka, sebagaimana disebut dalam pertemuan lalu al-Quran bukan hanya dibaca tapi juga untuk memakmurkan alam ini. Percikan daripada kehebatan al-Quran inilah terbinanya tamadun di Iraq, Sepanyol, Turki, India , Afrika dan Barat mempelajari daripada Islam seterusnya mengembangkan lagi menurut acuan mereka. Yang tidak seronoknya mereka menimbus serta memadamkan sumbangan Islam dalam dunia sains malah memutar belit fakta sejarah dengan menuduh Islam tidak menyumbang apa-apa.

Justeru, dalam menimba ilmu, remaja jangan lupa melihat sejarah tamadun Islam. Belajar di Barat untuk mencari ilmu bukan satu kesalahan, yang kita bimbang sebelum dapat ilmu sudah jadi Barat, pergaulannya, pakaiannya dan budayanya. Marilah kita maju dengan acuan dan budaya kita sendiri, berpaksikan al-Quran, sunnah.

Sunday, February 15, 2009

Dakwah Di Labuan..

SEBELUM PROGRAM..
Pada 13-15/02/2009 yang lalu, ana telah mengikuti satu program yg dinamakan "Kem Intelek Madani" (KIM '09)yg dianjurkan oleh Persatuan Siswazah Sabah (PSS) Labuan yg bertempat di SMK. Lajau, Labuan. Persediaan yg begitu rapi sebelum program telah dibuat..Setiap minggu meeting akan diadakan untuk mengetahui perkembangan setiap exco. Pada mulanya, ana ditaklifkan untuk menjadi exco jamuan & makanan..selang beberapa minggu,perubahan berlaku..kekurangan fasilitator menyebabkan ana ditaklifkan pula untuk menjadi fasilitator. Namu, pada minggu kedua terakhir meting, ana sekali lagi ditukarkan exco kepada exco keselamatan memandangkan exco keselamatan bahagian muslimat menarik diri pada saat2 akhir atas sebab2 tertentu..
Ana tersenyum gembira..kerana, exco yg ana inginkan pada awal2 kami meeting telah menjadi kenyataan. Mulanya, ana merasakan mungkin tiada rezeki ana..tapi, ALLAH itu Maha Mengetahui segalanya.. Syukur alhamdulillah..Namun, bukan mudah untuk memegang sebarang jawatan exco dalam sesebuah program..bermula dari pengarah program hinggalah ke exco apa jua yg kurang penting sekali pun, ia mempunyai peranan masing2.


SEMASA PROGRAM..
Lebih kurang jam 1.40 petang, ana bersama ahli jawatankuasa program KIM telah bertolak ke SMK. Lajau..Perjalanan mengambil masa kira2 sekitar setengah jam. Setibanya di tapak program, beberapa orang pelajar telah menunggu untuk sesi pendaftaran. Kelewatan kami tiba di sana menyebabkan keadaan sedikit kelam kabut..Namun, kecekapan para AJK mengatasi segalanya. Dalam perjumpaan sebelum aktiviti pertama, bermula pengarah program telah memutuskan supaya beberapa orang AJK akan menjadi 'fasilitator kontrak' sementara menunggu 'fasilitator sebenar' tiba.. Ana dan beberapa orang AJK lagi berperanan dalam tugasan itu..'double jawatan'..exco keselamatan merangkap fasilitator..seumur hidup ana inilah pertama kali mengalaminya..namun, ana tidak menolak kerana ia mengajar ana bagaimana untuk bekerja dalam keadaan di mana orang lain memerlukan kita.
Aktiviti pada hari pertama itu tamat kira2 jam 12 malam..Postmorterm pertama diadakan..pengarah ingin mengetahui feedback dari setiap exco. Kira2 jam 2 pagi baru tamat postmorterm..Kepenatan dalam berprogram bukanlah sesuatu yang asing kerana ia tidak mungkin dapat dipisahkan..Namun, keberjayaanlah yg memberi kepuasan walaupun terpaksa bersengkang mata..

Memasuki hari kedua program..
Seawal jam 4 pagi para peserta dikejutkan untuk qiamullail..Alhamdulillah..mereka begitu mudah untuk bangun seawal itu..walaupun mungkin itulah kali pertama mereka bangun seawal itu. Melihat kesungguhan adik2, ana merasa sedikit terharu kerana salah satu objektif program ini adalah untuk melahirkan insan2 yang memegang kuat kepada ajaran Islam.. LDK pertama bermula..ana sepatutnya digandingkan bersama seorang lagi fasi (maziah) namun, memandangkan dia AJK Pengisian, ana diberikan kepercayaan untuk menghandle seorang..terima kasih maziah kerana memberi kepercayaan kepadaan ana.Terasa begitu berat sekali t'jawab yg diamanahkan kerana keberkesanan penyampaian ana akan menentukan penerimaan adik2 terhadap program ini..Syukur alhamdulillah..ALLAH beri kekuatan pada ana..seramai 4 orang peserta yg berlainan sekolah menjadi 'adik2' ana yg akan ana 'pegang' sepanjang program ini berlangsung..Wardah Hanim, Siti Hajar, Nor fadila dan Noralizawati telah ALLAH utuskan kepada ana untuk ana beri kefahaman kepada mereka tentang Islam..Slot Praktikal Solat..bukan kali pertama ana handle..masuk ni sudah 3 kali..rata2 ana boleh simpulkan anak2 jati Labuan kurang mengetahui solat yg sebenar..keadaan inilah yg membuatkan PSS mengambil inisiatif untuk mengadakan pelbagai program yg dapat membantu anak2 jati Labuan memahami Islam dengan sebenarnya..

Hari terakhir program..
Begitu singkat masa yg berlalu..sedar xsedar, sudah pun memasuki fasa terakhir program..berjaya atau tidak semuanya terletak pada kemampuan para fasi mengendalikan adik2 dalam kumpulan masing2..Slot terakhir..muhasabah. Ketika inilah ana mengmabil peluang untuk mengenali adik2 dengan lebih rapat..bercerita berkenaan latar belakang keluarga masing2.. Mudah bagi mereka berkongsi cerita..mungkin disebabkan ana mudah memahami mereka..atau mungkin juga kerana ana sebaya dengan kakak2 mereka.. Terasa sedikit terubat kerinduan pada adik perempuan tunggal ana di semenanjung.. Detik2 terakhir perpisahan mula menggamit kepiluan..ntah bila lagi akan berjumpa..ana sendiri tidak pasti. Namun, jauh di sudut hati ana berdoa agar perpisahan ini adalah titik permulaan kepada pertemuan yang akan datang..

SELEPAS PROGRAM..

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinanNYA sahaja program Kem Intelek Madani 2009 berjaya dilaksanakan. Inilah salah satu dakwah yang dijalankan oleh PSS Labuan untuk membantu anak2 muda di Labuan mengetahui tentang Islam.. Walaupun bukan di negeri sendiri, ana berasa cukup seronok berada di Labuan. Namun, jangka masa yang begitu singkat ana berada di sini membuatkan ana benar2 nekad dalam hati, satu ketika nanti ana akan menjejakkan semula kaki ke Labuan..mungkin pada masa itu dalam satu tempoh masa yang lebih lama..




Wednesday, February 11, 2009

Wudhuk zahir dan batin.

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuksolatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demiuntuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata,

"Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? " Hatim berkata,"Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air". Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki."

Seterusnya Hatim berkata,
"Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat."
Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:

1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2.Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."

"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Sunday, February 8, 2009

Zikir pengubat Keresahan

IN THE NAME OF ALLAH...
"Sesungguhnya, hanya dengan zikrullah (mengingati ALLAH) sahaja hati akan menjadi tenang" (ar-Rad:28)
Masih terngiang-ngiang lagi mesej peringatan yg ana terima dari seorang sahabat.." Nti, jangan lupa zikir dalam hati ye..sebab ALLAH paling dekat dengan hati kita..Ingat, pegang ayat ni." Ayat yang simple tapi terlalu bermakna. Ya,memang. Ia terlalu bermakna bagi orang2 seperti ana yang sentiasa leka dengan dunia.. Bila ana fikir2 semula, memang betul..hati manusia selalu tak tenang dengan pelbagai perasaan.. Allah dah bagi pada kita semua cara yang paling mudah untuk mengatasinya..iaitu dengan berzikir..

Berzikir kepada Allah Yang Maha Suci adalah surga-Nya yang berada di bumi. "Barangsiapa yang tidak memasukinya, bererti ia tidak akan masuk ke dalam surga-Nya yang berada di akhirat.“Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat pula kepadamu” ( Al Baqarah : 152).
Zikir adalah penyelamat jiwa dari segala macam penyakit, kelelahan dan kegoncangan yang terjadi di dunia. Bahkan zikir adalah jalan yang paling mudah dan paling singkat untuk menuju kemenangan. Berzikir kepada Allah dapat menghilangkan rasa takut, gemetar, gelisah, dan sedih. Dengan berzikir kepada-Nya dapat menghancurkan gunung penderitaan, kegelisahan dan kesusahan.Janganlah hairan jika orang-orang yang berzikir akan merasa nyaman. “Laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut nama Allah, Allah telah menyediakan bagi mereka ampunan dan pahala yang besar (Al ahzab : 35).
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barang siapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang yang merugi” (Al munafiqun : 9).Dalam sebuah hadits disebutkan : “Perumpamaan orang yang selalu berzikir kepada Allah SWT dengan orang-orang yang tidak berzikir adalah seperti orang hidup dan orang mati.”Dalam hadits shahih, Nabi bersabda : “Maukah kamu semua saya beritahu perbuatan yang paling utama, paling bersih di sisi Allah, paling baik bagi kamu jika dibandingkan berinfak dengan emas dan perak, dan lebih baik bagimu bila dibandingkan menemui musuh di medan peperangan?’ Para sahabat berkata, “Ya, lalu Nabi memberitahu kepada pada sahabat, “ Berzikir kepada Allah SWT.”
Sahabat blogger..dunia ini sudah hampir ke penghujungnya. Sudah terlalu banyak tanda2 hari qiamat. Bagi yang peka, mereka sudah tentunya menginginkan perjalanan yang menjadi persinggahan ini berakhir di penghujungnya dengan 'kejayaan'..mendapat keredhaan Allah.

Thursday, February 5, 2009

'Rahsia Jari Kita'

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda.Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ... "Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.
Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka.Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan.
Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "Melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.
Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya.Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!!
Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran.Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf.Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??
Naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.
Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.
Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari.Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman.Mereka makan 'garam' terlebih dahulu dari kita. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas dan hayun ke hadapan.Itulah rahsia kejayaan anda.
Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima. Renung dan fikir dalam-dalam.
Dimanakah kita sekarang..?

Wednesday, February 4, 2009

Buat yang bergelar 'speky'..



Sejak di Tingkatan 6 Atas, ana telah tergolong dalam kategori 'budak kaca mata'..rabun jauh..Setakat ini, sudah 5 kali ana 'menghabiskan' wang untuk menukar cerminmata..puncanya tambah power dan pecah..Memang sengsara ckit la kalau cermin mata tiada..seperti tak sempurna hidup ni..Pernah satu ketika, ana buat cermin mata (spek) baru, agak lama untuk menyiapkannya. Akibatnya, sesiapa sahaja yang menegur ana dari jauh sudah pasti akan menggelar ana 'sombong'..gara2 ana tak pakai spek.. Bila sudah dekat, ana sendiri rasa bersalah sebab tak balas teguran..
Inilah realiti hidup seorang manusia yang jika tiada 'cahaya' atau 'petunjuk', pasti tidak akan dapat melalui perjalanan yang bakal diharungi..sama seperti orang rabun,jika tidak memakai spek, tak nampaklah jawabnya..segala perbuatan yang dilakukan seakan tidak sempurna..
Hal ini ana kaitkan dengan kehidupan kita hari ini..jika kita tidak menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai pegangan hidup, nescaya tidak akan bahagia hidup kita..bukan setakat tidak bahagia di dunia, malah di akhirat juga..
Di sini, ana kongsikan maklumat berkaitan dengan mereka yang rabun jauh.. Sumber ini ana perolehi daripada http://www.geocities.com/lynnx01/peka.htm
Mata adalah sejenis organ penglihatan. Sungguhpun saiz bola mata tidak sampai sebesar bola pingpong, mata mempunyai puluhan juta elektrik dan boleh mengendalikan 1.5 juta maklumat secara serentak. 80% daripada ilmu yang seseorang dipunyai juga ditimba melalui penglihatan.

Mata terdiri daripada satu lapisan jernih di bahagian depan yang disebut kornea. Ini merupakan bahagian lutsinar yang dikelilingi oleh sklera iaitu mata putih yang dapat dilihat dari luar. Di bahagian belakang selepas kornea terdapat bahagian yang tidak berwarna iaitu iris di mana bahagian tengahnya terdapat pupil (anak mata) yang boleh mengecil dan membesar bagi mengawal jumlah cahaya yang dibenarkan memasuki mata. Kanta kristalin yang juga lutcahaya terletak di belakang pupil dan berfungsi menfokuskan imej pada retina yang jauhnya kira-kira 2 cm di belakang kanta. Di hadapan kanta tersebut terdapat ruang anterior yang mengandungi cecair yang sangat cair. Cecair ini berfingsi memberi perlindungan kepada mata. Selain itu, mata juga mempunyai otot-otot dan carian tertentu serta beberapa struktur lain bagi memastikan kesempurnaan fungsinya.
Di samping itu, mata juga mempunyai kelenjar lakrimal yang menghasilkan air mata yang berguna untuk membersihkan mata daripada habuk dan kotoran lain. Kelopak mata pula bertindak sebagai penyapu untuk memastikan kornea sentiasa basah dan bersih.
Rabun Jauh (Miopia)
Rabun jauh adalah keadaan di mana seseorang itu tidak dapat melihat benda yang jauh dengan jelas, misalnya membaca papan tanda tertentu atau isyarat di sepanjang jalan raya. Rabun jauh terjadi apabila bola mata menjadi terlalu panjang atau kornea terlalu melengkung. Ini akan menyebabkan sinar cahaya yang memasuki mata tidak dapat difokuskan dengan baik atau sempurna di retina. Rabun jauh biasanya berlaku pada umur belasan tahun dan bertambah teruk dalam beberapa tahun yang berikutnya kerana mata terus berkembang dan membesar dalam usia kanak-kanak.

Sesetengah teori mengatakan bahawa rabun jauh merupakan sejenis penyakit keturunan. Tetapi punca rabun jauh ini sebenarnya masih tidak begitu diketahui oleh sesiapa. Namun begitu, masa membaca yang terlalu lama atau dalam cahaya samar, metabolisme tubuh yang tidak baik, pemakanan yang kurang baik kedudukan tubuh yang tidak betul turut menyumbang kepada rabun jauh.

Kini, terdapat rawatan laser untuk menyembuhkan rabun jauh. Tetapi, rawatan ini masih baru dan tidak begitu dipastikan kesan jangka panjangnya. Untuk membetulkan masalah ini, cermin mata atau kanta lekap boleh digunakan secara pindaan laluan imej cahaya yang memasuki mata. Kanta yang digunakan adalah kanta cekung. Biasanya pada permulaannya, seseorang individu memerlukan beberapa hari untuk menyesuaikannya supaya melihat dengan jelas. Selepas itu, rabun jauh tidak lagi akan menjejaskan gaya hidup seseorang itu.
Rabun Dekat
Rabun dekat, atau istilah optometri yang disebut hiperoria atau hipermetropia adalah keadaan di mana seseorang itu tidak dapat melihat benda dekat dengan jelas berbanding dengan benda jauh. Penghidap rabun dekat melihat benda jauh sama seperti orang biasa ataupun kurang jelas sedikit. Seseorang yang mengalami rabun dekat tidak menyedari bahawa matanya bekerja kuat untuk melihat benda pada jarak jauh dengan jelas, dan ia memerlukan keupayaan yang lebih lagi untuk melihat benda dekat dengan jelas. Keperluan keupayaan tambahan ini menyebabkan gejala sakit kepala, pedih mata dan keletihan mata.

Tanda-tanda biasa rabun dekat termasuklah kesukaran untuk menumpu dan mengekalkan penglihatan yang jelas bagi benda-benda yang dekat, mata rasa tegang, pedih, letih atau sakit kepala selepas selepas melakukan kerja pada jarak dekat, sakit atau rasa panas mata, kebolehan membaca dengan selesa semakin berkurangan, memegang bahan bacaan jauh dari mata dan mudah terganggu atau gugup selepas penumpuan perhatian yang lama. Rabun dekat terjadi apabila ukuran panjang bola mata terlalu pendek, menyebabkan kanta kristalin dalam mata tidak dapat menfokus imej benda dekat dengan terang dan jelas.

Biasanya rabun dekat tidak akan bertambah teruk, tetapi perubahan-perubahan yang berlaku dalam mata seseorang semasa umur meningkat akan menyusahkannya untuk mengatasi masalah ini. Bagi keadaan yang tidak serius, rabun dekat boleh diperbetulkan apabila mata boleh membuat penyesuaian sendiri tanpa memerlukan cermin mata bagi membetulkannya. Dalam kes yang lebih teruk, optometris mungkin mengesyorkan cermin mata atau kanta lekap dan lain-lain terapi penglihatan bagi mengatasi masalah tersebut. Rabun dekat menggunakan cermin mata berkanta cembung.

Monday, February 2, 2009

Aktivis Muslimah, Harapan Rasulullah

Menjadi wanita memang menyenangkan, apalagi wanita "Muslimah", sebab muslimah bererti wanita yang telah diseleksi oleh Allah untuk menerima hidayah-Nya dan menjalankan kehidupan sesuai dengan sunnah Rasul-Nya. Rasulullah sebagai manusia pilihan Allah, sangat peduli terhadap muslimah. Baginda sangat menyayangi muslimah sehingga beliau berpesan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas,
"Tidaklah seorang muslim yang mempunyai anak dua orang perempuan kemudian ia berbuat baik dalam berhubungan dengan keduanya akan bisa memasukannya ke dalam surga." Di masa baginda hidup kaum wanita merasakan angin segar dalam kehidupannya, setelah sebelumnya pada masa jahiliyah hidup teraniaya, tidak mendapatkan hak yang semestinya. Kehidupan wanita muslimah saat itu boleh dikata beruntung dibandingkan dengan wanita sekarang pada umumnya. Kerana muslimah relatif hidup dalam komuniti masyarakat yang memahami nilai Islam secara baik. Hidup mereka betul-betul tersanjung, kerana mereka merasakan hidup sesuai fitrahnya. Berbeza dengan situasi sekarang, ketika banyak wanita menuntut persamaan hak dan darjat. Boleh dikatakan kehidupan wanita sekarang berada ditengah komuniti masyarakat yang tidak memahami nilai-nilai Islam. Ini menyebabkan keserabutan dalam hidup mereka. Sudah tentu wanita muslimah harus berupaya menghilangkan dugaan tersebut. Caranya adalah dengan mulai mengaktifkan dirinya dalam pelaksanaan nilai-nilai Islam serta berupaya mengajak wanita lain untuk beramal Islami.

Ustadz Faisal Maulawi, seorang Mufti Lebanon, menyatakan, "Saatnya sekarang keadaan ummat sedang dalam keadaan bahaya, para wanita muslimah yang solehah terjun untuk terlibat aktif dalam membentengi dan memperbaiki ummat." Untuk menjadi muslimah yang disayang oleh Rasulullah SAW hendaknya diperhatikan empat hal berikut:

1. Faqihah Lidiiniha
Seorang muslimah hendaklah faqih (paham) terhadap din (agamanya). Selayaknya ia dapat membaca Al-Qur'an dengan baik dalam erti tajwid dan makhraj hurufnya. Kemudian dapat membaca hadits dan selalu pula menjadi bacaan hariannya, karena dengan itu ia memahami keinginan Rasulnya untuk kemudian berusaha menyesuaikan kehidupannya sesuai dengan cara hidup Rasulullah SAW. Ia juga harus berusaha memperkaya diri dan wawasannya melalui belajar kepada seorang guru yang jujur dalam menyampaikan ilmunya, dan berusaha banyak membaca buku agama lainnya seperti tentang aqidah, akhlaq, fiqh, sirah, fiqh da'wah, Tarikh Islam, sejarah dunia dan ilmu kontemporari lainnya. Contoh muslimah yang menguasai ilmu-ilmu ini adalah Aisyah RA.

2. Najihah fi Tarbiyyati Auladiha
Seorang aktivis muslimah yang telah berkeluarga hendaklah berupaya dalam mendidik anaknya, bahkan bagi seorang aktivis yang belum berkeluarga pun seharusnya mempelajari bagaimana cara mendidik anak dalam Islam, kerana ilmu tersebut fardhu 'ain, sehingga mempelajarinya sama dengan mempelajari wudhu, sholat, puasa, dan sebagainya. Sehingga ia tahu betul cara mendidik anak dalam Islam yang nantinya anak-anak tersebut akan ia persembahkan untuk kejayaan Islam dan kaum muslimin. Insya Allah kelak ia akan menjadi Ibu yang sukses seperti Hajar dan Khadijah ra.

3. Muayyidah fi Da'wati Zaujiha
Sebagai aktivis amal Islami, kepedulian kita bukan hanya kepada masalah luaran, mengupayakan pelaksanaan amal Islam terhadap orang lain, akan tetapi kepedulian terhadap aktiviti keluarga harus lebih diutamakan, misalnya memberikan motivasi amal Islami kepada anak, pembantu, juga suami. Ia menjadi muslimah yang senantiasa menjadi motivator kebaikan suaminya, seperti Ummu Sulaim yang menikah dengan Abu Tholhah dengan mahar syahadat. Namun ketika Abu Tholhah wafat Rasulullah mensholatkannya sampai sembilan kali takbir, menunjukkan sayangnya Rasulullah kepada beliau karena tidak pernah berhenti dalam beramal dan berjihad bersama Rasul. Hal ini ia lakukan karena selalu mendapat motivasi dari Ummu Sulaim, istrinya.


4. Naafi'ah Fi Tagyiiri Biiatiha
Ia selalu peduli terhadap lingkungannya, selalu membuka mata dan telinga untuk mengetahui keadaan sekelilingnya, selalu mengupayakan lingkungannya menjadi lebih baik. Contohnya Ummu Syuraik yang selalu mengelilingi pasar bila saat sholat tiba untuk mengingatkan penghuni pasar agar segera melaksanakan sholat dengan kalimatnya yang terkenal 'Assholah, Assholah!!!'

Mencari TEMAN Ke Syurga


Teman yang baik adalah anugerah yang tidak ternilai daripada Allah. Teman yang baik penunjuk jalan, penguat langkah dan azam, pendamping yang akan selalu mengingatkan untuk bersungguh-sungguh berusaha membuat bekal negeri abadi. Manusia yang lemah seperti kita tentunya memerlukan teman, untuk berkongsi suka dan duka, untuk mengingatkan kala terleka, untuk menemani kala beramal ibadat agar lebih bersungguh-sungguh, demi bersama meraih syurgaNya. Seorang Nabi Allah, Nabi Musa AS pun memerlukan teman lantas baginda berdoa kepada Allah agar mengurniakan teman penguat langkah, teman ke syurga.

"Dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku, iaitu (Harun), saudaraku, teguhkanlah kekuatanku dengan (adanya) dia, dan jadikanlah dia teman dalam urusanku, agar kami banyak bertasbih kepadaMu, dan banyak mengingatiMu, sesungguhnya Allah Maha Melihat Keadaan kami" (20:29-35)

Kisah Nabi Musa memohon teman dari Allah untuk membantu menguatkannya membuktikan betapa kita sebagai manusia sangat memerlukan teman untuk menemani dalam urusan hidup seharian dan juga untuk sama-sama beribadat kepada Allah. Bukankah seorang anak Adam itu akan lebih bersungguh-sungguh mengejar redhaNya dan meningkatkan segala amal apabila mempunyai teman yang seiring dan sejalan?

Saidina Umar mengatakan, "Tiada satu kebaikan pun yang dianugerahkan kepada seorang hamba sesudah Islam, selain saudaranya yang soleh. Apabila seseorang di antara kamu merasakan sentuhan kasih sayang dari saudaranya, maka hendaklah ia berpegang kepadanya" Malah, Saidina Umar meminta kita 'berpegang kepadanya', iaitu bermakna tidak melepaskan dan menghargai teman tersebut kerana kita sebenarnya dianugerahkan kebaikan yang sangat besar apabila dikurniakan teman yang soleh.

Namun, berusahakah kita untuk menjadi teman ke syurga kala mencari teman ke syurga? Jadikah kita sahabat yang baik yang sentiasa mengajak teman kita kepada kebaikan, yang sentiasa mengingatkan teman kita akan janji-janji Allah, yang menunjukkan kepada teman kita qudwah yang baik? MENJADI TEMAN KE SYURGA Menjadi teman ke syurga dan mencari teman ke syurga, segalanya hanya berlaku apabila asasnya didasari taqwa yang kuat. Taqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dengan ketaqwaan yang layak bagiNya.

"Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepadaNya" (3:102) Ayat ini mengisyaratkan kepada kita untuk membiarkan hati kita berusaha keras mencapai taqwa menurut batas kemampuan yang ada pada dirinya. Setiap kali ia mendekat kepada Allah dengan ketaqwaan maka akan terbukalah hatinya untuk berusaha mencapai kedudukan yang lebih tinggi dari apa yang telah dicapainya, dan merindukan darjat yang ada di atas apa yang telah diraihnya lalu selalu memandang ke arah kedudukan yang lebih tinggi lagi.

Muhammad Ahmad Rasyid mengatakan "ketinggian itu hanya boleh diraih dengan kelelahan", memberitahu kepada kita bahawa kita perlu berusaha bersungguh-sungguh utk mendapat darjat ketinggian taqwa di sisi Allah. Apa kaitan taqwa dan teman ke syurga? Taqwa dalam diri sahaja yang akan mendorong seseorang mencari teman ke syurga, menemaninya dalam kehidupan siang harinya, mendampinginya dalam ibadah malamnya. Dan seseorang yang benar-benar meletakkan taqwanya kepada Allah sahaja akan bersungguh-sungguh (sehingga kelelahan tetapi) terus ingin meningkatkan darjatnya di sisi Allah dan dia benar-benar memerlukan teman untuk menguatkan urusan siang dan malamnya, sebagai hamba, dan khalifah. Ciri taqwa ini akan menjadikan dirinya sendiri adalah seorang teman ke syurga, lantas dia layak untuk mendapat teman ke syurga yang hanya didapati melalui anugerah dari Allah. Teman yang akan sentiasa mengingatkan, tatkala kelelahan, akan janji yang menjadi asas perhubungan ini, asasnya hanya kerana Allah, lantas itu kita menjadi "menjadi teman ke syurga".

Kita bertemu atas kesungguhan dan ikrar kita pada jalan Allah, dan perpisahan kita pun hanyalah kerana Allah juga kerana walau apapun matlamat kita hanya satu, meraih syurgaNya. "Didiklah diri kamu kepada cinta pada Allah, bermula pada diri kamu. Tingkatkan penghayatan diri kamu pada cinta pada Allah, berusaha membaiki dan meningkatkan diri kamu menjadi hamba Allah yang lebih taat, nescaya kamu akan menjadi teman ke syurga dan Allah akan mengurniakanmu teman ke syurga."

Marilah sejenak kita mengambil pengajaran dari Hadith Qudsi, dari Allah, Pencipta dan Pemilik kasih sayang dan cinta, yang menitipkan kasih sayang antara hati-hati, yang mengekalkan ikatan antaranya, yang memperteguhkan janji ikrar mereka untuk menjadi 'teman ke syurga', mencari redhaNya yang Esa, Pemberi Segalanya, Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

"CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling mencintai kerana Aku, CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling bersilaturahim kerana Aku, CintaKu mesti mesti bagi orang yang saling menasihati kerana AKu, CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling mengunjungi kerana Aku, CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling memberi kerana Aku" (Hadith Qudsi) Lihatlah betapa Allah menjanjikan cintaNya yang Maha Agung kepada "teman ke syurga". Besarnya kemuliaan Allah janjikan kepada mereka yang mendasari perhubungan kerana sama-sama mahu mengejar redhaNya, menjadi teman ke syurga lantas dikurniakan teman ke syurga.


Ayuh, perbaiki diri !

Bahasa Arab,bahasa Al-Quran

Post ni dah lama sebenarnya ana nak kongsi dengan sahabat2,tetapi kekangan masa benar2 menghalang ana untuk melakukan sedemikian. Post ini sedikit sebanyak berasal dari kisah diri ana sendiri..
Sebenarnya, jauh di sudut hati ana memang mahu melanjutkan pelajaran dalan bidang pengajian Islam.. Namun, ana tidak menyesal dengan apa yang ana miliki sekarang. Mungkin ada jua hikmah yang tersirat yang ana sendiri tidak tahu. Sejak di sekolah tadika lagi ana memang terdidik menutup aurat..(pakai tudung). Hinggalah ke sekolah menengah, ana terdedah dengan beberapa orang senior yang bertudung labuh.. Mula saat itu, ana memasang niat untuk menyambung pengajian dalam bidang yang berkaitan dengan pengajian Islam, walhal ana bukan pernah pun bersekolah agama.. Tapi, ana tak nampak jalan untuk ke arah itu..ana sedikit kecewa. Setelah tamat di Tingkatan Enam, ana memohon kemasukan ke universiti yang menawarkan pengajian yang berkaitan dengan Islam. Alhamdulillah, walaupun ana tidak mengambil kos khusus dalam pengajian Islam, tetapi sedikit sebanyak ( mungkin banyak rasanya) yang ana pelajari hasil daripada kos yang ana ambil sekarang (Kewangan Islam).
Subjek Usul Fiqh, Fiqh Muamalat adalah subjek wajib untuk kos ana ni. Terubat sedikit kekecewaan dahulu.. Namun, satu subjek yang benar2 membuat ana nekad untuk belajar adalah B.Arab..tidak ditawarkan pula subjek tersebut di universiti ana.. Tapi, ana mencari alternatif lain untuk mempelajarinya..mencari teman2 yang belajar di Egypt,Al-Azhar..dan juga yang mengambil subjek tersebut dalam kos yang diambil..
Alhamdulillah..segala puji selayaknya hanya bagi ALLAH..Ana dipertemukan dengan seorang sahabat yang pernah belajar di sekolah agama. Namun sekarang tidak pula mengambil kos pengajian Islam..terbalik pula dengan ana..tu lah..ALLAH Maha Berkuasa.."kadang2,ALLAH bagi kita apa yang kita taknak dan tolak apa yang kita suka". Sekarang ni, ana dalam proses belajar untuk menguasai B.Arab..kerana, umumnya juga mengetahui yang B.Arab ni adalah bahasa syurga dan bahasa al-Quran..
welcome