In the Name of  Allah Pictures, Images and Photos

Monday, January 26, 2009

"Benteng"

Pagi ini ana sempat mendengar satu slot dari IKIM.fm dari Ustaz Zawawi Yusoh.
Satu tajuk yang sangat berguna dan bermanfaat bagi kita semua..

Diriwayatkan dari Nabi Muhammad S.A.W kepada Abu Umaimah R.A:
Terdapat 3 golongan yang akan dijamin oleh ALLAH. Golongan2 tersebut adalah:

1. Berjihad pada jalan ALLAH.
2. Sentiasa pergi ke masjid menunaikan solat berjemaah.
3. Sentiasa mengamalkan 'memberi salam' apabila masuk ke rumah walau pun tiada
sesiapa.

Selain daripada itu, cara2 untuk kita membentengi diri ialah dengan memberi salam apabila melakukan perkara2 seperti:
1. Apabila ingin masuk ke rumah.
2. Apabila ingin masuk ke bilik.
3. Apabila ingin makan.


Cara untuk membentengi diri:
1. Memperbanyakkan tilawah al-Quran.
2.Berzikir apabila hendak makan.
3.Banyakkan membaca al-Quran.



# Sebuah kisah dari Ibn Khadir bahawa beliau tiba2 mendengar seekor kuda berteriak. Ketika itu dilihatnya ada kepulan bayangan (seakan2 cahaya) yang berada di situ.Apabila Ibn Khadir membacakan al-Quran, kuda itu terus berhenti..dan begitulah seterusnya apabila beliau mengulangi bacaan al-Qurannya. Allah berfirman bahawa "itulah malaikat yang datang mendengar bacaan kamu". Sedarlah Ibn Khaidir itu mengapa kuda yang dilihatnya tiba2 sahaja berteriak..
Subhanallah..MAHA BESAR KEKUASAAN-MU

In The Name Of ALLAH.....

Mohon maaf kepada semua sahabat2 blogger kerana ana betul2 tak sempat nak posting new post..ditambah pulak wireless yang kurang 'kuat'. Pagi ini alhamdulillah..ALLAH bagi ana peluang untuk meluahkan dan berkongsi pengalaman sepanjang 3 hari ana 'senyap' dari blog ini.


Sesungguhnya,"hanya dengan mengingati ALLAH hati akan menjadi tenang."
Memang ana sendiri amat sibuk menghadiri program2 di kampus..Sabtu, seminar 'pengurusan cinta'..malam pula, forum 'mencari cita2 dan cinta'. ahad dan isnin seminar 'falak shar'ie' di era millenium'.. Syukur alhamdulillah..ALLAH beri kesibukan pada ana dengan program2 Islam..terlintas di sudut hati ana, bagaimana sahabat2 di luar sana..sibuk dengan apakah mereka kala itu..hmmm..moga2 ALLAH akan beri hidayah pada mereka untuk kembali mengamalkan ajaran Islam.


Semalam..ana berpeluang melihat kejadian ALLAH..gerhana matahari. Terlalu terharu dengan kekuasaan ALLAH..Dulu, ketika di sekolah rendah pernah juga melihat gerhana ini tetapi, mungkin disebabkan umur yang masih muda, hanya sekadar melihat tanpa berfikir. YaALLAH..pergerakan bulan dalam kejadian itu benar2 menyedarkan ana betapa besar keagunganNYA.. Mengapa masih ada lagi manusia yang tidak meyakininya..malah langsung tidak mempercayainya..Sedikit sebak hati ini mengingati amalan yang telah dilakukan..adakah ana telah sungguh2 melakukan amal ma'ruf nahi mungkar sepanjang kehidupan ini.

YaALLAH..moga dengan petunjuk 1 dalam berjuta kejadianMU ini akan lebih mendekatkan diri meraih CINTA-MU...



Wednesday, January 21, 2009

Cinta & Dakwah..

Kisah ini ana petik dari sebuah pengalaman...Bukan sekadar untuk tatapan tapi untuk renungan kita bersama.. Yang baik jadikan tauladan..dan yang buruk jadikan sempadan. Selamat membaca...
Bagaimana kita mahu menasihatkan mad’u(ahli usrah) kita yang bercinta?” Satu soalan diberikan kepada ahli panel forum. Saya hanya duduk di belakang dewan memerhatikan sahaja gelagat si penyoal.“Ada seorang rakan yang saya kenal di kampus. Aktif dalam gerakan dakwah tetapi dalam masa yang sama dia juga bercinta dengan seorang perempuan. Cuma selalunya hanya berjumpa apabila ada meeting, atau pun chatting di Yahoo Messenger dan sms…” Seorang lagi peserta bangun bercerita pengalamannya pula. Juga tentang cinta.Masa remaja tentunya masa yang penuh dengan gelora perasaan kerana ia merupakan transisi menuju dewasa. Tidak kiralah mereka itu aktivis dakwah atau pun tidak kerana perasaan ingin menyayangi dan disayangi itu adalah fitrah. Tumbuh secara semula jadi dalam diri.Semua manusia pasti ada perasaan tersebut. Mulanya hanya berjumpa sewaktu meeting, bekerjasama dalam program dakwah dan tarbiyah dan kemudian mulalah kerap sms bertanya khabar.
Lawan Vs Kawal
“Kamu perlu lawan perasaan itu.” Kata seorang naqib sewaktu saya di sekolah dahulu.Lawan? Kerana lawanlah perasaan tersebut dipendam-pendam. Akhirnya membuak-buak dan pecah. Lalu langsung tidak terkawal apabila di universiti. Itulah yang terjadi kepada beberapa orang rakan saya… Dan juga senior termasuk naqib saya itu.Sudah beberapa kali saya terserempak dengan beberapa senior sekolah lama saya yang merangkap ketua pelajar mahupun naqib, kini keluar berdua-duaan dengan pasangan.“Eh, abang dah berkahwin ke? Tak jemput ana pun.” Sengaja saya mengusik. Tersipu-sipu malu mukanya.“Belum lagi.” Jawabnya ringkas.Perasaan cinta bukan perlu dilawan. Mengapa perlu dilawan perkara yang sudah menjadi fitrah? Tetapi perasaan cinta itu perlu dikawal. Disalurkan ke tempat yang betul. Dikawal supaya tidak melampau batas-batas yang telah ditetapkan Tuhan.“Sudah ada ikatan yang sah belum? Jika belum ada cepat-cepat mengikat dengan cara yang sah dan terbaik. Jika masih lama lagi waktunya untuk mengikat hubungan, maka seeloknya berhentikanlah dahulu. Takut-takut nanti jadi jemu dan akhirnya berpisah begitu sahaja. Sekurang-kurangnya bertunanglah…”Seorang ustaz saya ada menasihatkan, “Siapa kata bertunang tidak boleh berkenal-kenalan dengan pasangan kita itu? Waktu pertunanganlah waktu untuk kita berkenal-kenalan. Islam menyuruh kita memilih pasangan yang sesuai dengan diri kita sebelum kita menikahinya.”
Over Rate Diri Sendiri
“Saya ada menyukai seseorang, dan kami telah berkenalan agak lama. Cuma sekarang saya rasa serba salah. Adakah cara kami ini salah atau betul?” Seorang rakan menyoal saya. Dan saya mengenalinya sebagai orang kuat dalam satu persatuan agama di kampus.“Apa cara yang kamu rasa salah atau betul itu?” Saya kembali menyoal.cinta anta anti“Kami tidaklah kerap berjumpa seperti pasangan lain. Kalau berjumpa pun akan ada seseorang menemani. Kami cuma kerap berhubung melalui sms. Itupun sms kami selalunya berkaitan persoalan agama.” Dia cuba menerangkan.Saya menarik nafas panjang. Kemudian melepaskannya perlahan-lahan. Dalam hati ingin saja berkata, ’Saya bukanlah seorang yang selalu pergi ceramah agama berbanding dia. Lagikan pula memberi ceramah sana-sini seperti dia. Tetapi tahu jugalah sikit-sikit tentang persoalan ikhtilat(pergaulan) antara lelaki dan perempuan.’“Dalam diri kita ini tidak kiralah siapa pun, ada satu sifat over rate diri sendiri. Tidak kiralah saya atau pun kamu, turut ada sifat itu.” Saya cuba memulakan penerangan. Berhenti seketika.“Apa maksud sifat over rate itu?” Belum sempat saya meneruskan, dia menyoal.“Sifat ini yang membuatkan kita merasakan apa yang kita buat nampak macam betul. Sedangkan bila kita tengok orang lain buat, nampak macam salah. Walhal perbuatan tersebut lebih kurang sama sahaja. Itu yang menyebabkan selalu saya lihat hari itu si dia pergi menegur sepasang remaja yang duduk bersembang, tetapi esoknya saya lihat dia pula berjumpa dengan pasangannya.Kemudian siap bersembang dalam sms ataupun chatting di YM agak lama. Cuma nampak sahaja seperti lebih baik, tetapi maksud dan tujuannya tetap sama. Tetap dalam bahasa yang selalu kita panggil sebagai ’couple’. Ini kerana kita merasakan diri sendiri itu sudah terlalu baik, jadi apa sahaja yang dibuat dirasakan sebagai tindakan yang betul.” Saya cuba menerangkan sebaik mungkin.Dia kemudian meminta diri daripada saya. Entah dapat menerima kata-kata saya sebentar tadi ataupun tidak.Saya bukanlah melarang perbincangan agama melalui sms dan chatting di YM. Perkara yang elok mengapa perlu dihalang. Tetapi perlulah dikawal. Seeloknya bertanya dahulu dengan ustaz atau ustazah, sekiranya tidak berkemampuan bertanyalah kepada rakan yang sejantina terlebih dahulu. Jika tidak dapat juga, barulah bertanya kepada yang berlainan jantina.Bukanlah salah kalau ia satu keperluan tapi takut-takut kita sengaja cuba mencari ’alasan’ dengan mengadakan perbincangan agama supaya dapat berhubung dengan si dia.
Hijab dan Wanita Dakwah
Hijab ertinya tirai atau dinding. Memisahkan antara sesuatu dengan sesuatu. Dalam maksud yang lain juga bermakna perselindungan wanita dalam Islam daripada lelaki yang bukan muhrimnya.Islam membentuk satu peraturan hijab, melatih manusia untuk mendisiplinkan kecenderungan diri mereka terhadap jenis yang berlawan dengan mereka. Agar kecenderungan ini disalurkan melalui jalan-jalan yang halal.pahrol juoi“Hijab bukan hanya terbatas kepada perintah untuk wanita menutup kepala dan muka mereka sahaja. Tetapi ia juga adalah panduan bagi lelaki dan perempuan dalam kehidupan bermasyarakat.Tidak guna rasanya jika seseorang perempuan itu memakai tudung labuh dan purdah tetapi masih juga melakukan hal-hal yang tidak sepatutnya. Apabila ada persoalan yang tidak dapat terjawab terus mencari ’lelaki yang disukainya’ untuk bertanyakan soalan.”Jika seseorang itu merasakan dia sudah memiliki nilai-nilai akhlak yang baik tetapi meninggalkan aspek hijab dalam pakaiannya, maka ini adalah satu kekeliruan yang besar.Contohnya seseorang itu telah banyak menunaikan solat fardu dan sunat, malah sudah banyak kali menunaikan haji. Bolehkah dia meninggalkan solat Subuh walau sekali? Tentu sekali tidak. Dalam Islam tidak ada konsep ’sekiranya sudah melaksanakan perkara yang wajib, boleh menggugurkan perkara wajib yang lain’.Samalah halnya dengan jika seseorang sudah menutup aurat sepenuhnya tetapi masih juga melanggar batas-batas pergaulan.Bagi mereka yang mungkin pernah punya kisah 'silam', ingatlah, sebaik-baik pelaku dosa ialah mereka yang segera bertaubat. Renung-renungkan mutiara kata berikut.
“Sometimes you need time to learn. You need time to make mistakes. You need time to learn from mistake. You need time to rebound back. You need time to grow.”

Kisah Berpisahnya Roh dari Jasad.

Dalam sebuah hadith daripada Aisyah r.a katanya, "Aku sedang duduk bersila di dalam rumah. Tiba-tiba Rasulullah s.a.w. datang dan masuk sambil memberi salam kepadaku. Aku segera bangun kerana menghormati dan memuliakannya sebagaimana kebiasaanku di waktu baginda masuk ke dalam rumah. Rasulullah s.a.w. bersabda, "Duduklah di tempat duduk, tidak usahlah berdiri, wahai Ummul Mukminin." Maka Rasulullah s.a.w. duduk sambil meletakkan kepalanya di pangkuanku, lalu baginda berbaring dan tertidur.
Maka aku hilangkan uban pada janggutnya, dan aku dapat 19 rambut yang sudah putih. Maka terfikirlah dalam hatiku dan aku berkata, "Sesungguhnya baginda akan meninggalkan dunia ini sebelum aku sehingga tetaplah satu umat yang ditinggalkan olehnya nabinya." Maka aku menangis sehingga mengalir air mataku jatuh menitis pada wajah baginda. Baginda s.a.w. terbangun dari tidurnya seraya bertanya, "Apakah sebabnya sehingga engkau menangis wahai Ummul Mukminin?" Masa aku ceritakan kisah tadi kepadanya, lalu Rasulullah s.a.w. bertanya, "Keadaan bagaimanakah yang hebat bagi mayat?" Kataku, "Tunjukkan wahai Rasulullah!"
Rasulullah s.a.w. berkata, "Engkaulah katakan!," Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada keadaan lebih hebat bagi mayat ketika keluarnya mayat dari rumahnya di mana anak-anaknya sama-sama bersedih hati di belakangnya. Mereka sama-sama berkata, "Aduhai ayah, aduhai ibu! Ayahnya pula mengatakan: "Aduhai anak!" Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: "Itu juga termasuk hebat. Maka, manakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada hal yang lebih hebat daripada mayat ketika ia diletakkan ke dalam liang lahad dan ditimbuni tanah ke atasnya. Kaum kerabat semuanya kembali. Begitu pula dengan anak-anak dan para kekasihnya semuanya kembali, mereka menyerahkan kepada Allah berserta dengan segala amal perbuatannya." Rasulullah s.a.w. bertanya lagi, "Adakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah, "Hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih tahu."
Maka bersabda Rasulullah s.a.w.: "Wahai Aisyah, sesungguhnya sehebat-hebat keadaan mayat ialah ketika orang yang memandikan masuk ke rumahnya untuk memandikannya. Maka keluarlah cincin di masa remaja dari jari-jarinya dan ia melepaskan pakaian pengantin dari badannya. Bagi para pemimpin dan fuqaha, sama melepaskan serban dari kepalanya untuk dimandikan."Di kala itu rohnya memanggil, ketika ia melihat mayat dalam keadaan telanjang dengan suara yang seluruh makhluk mendengar kecuali jin dan manusia yang tidak mendengar. Maka berkata roh, "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah, lepaskanlah pakaianku dengan perlahan-lahan sebab di saat ini aku berehat dari kesakitan sakaratul maut." Dan apabila air disiram maka akan berkata mayat, "Wahai orang yang memandikan akan roh Allah, janganlah engkau menyiram air dalam keadaan yang panas dan janganlah pula dalam keadaan sejuk kerana tubuhku terbakar dari sebab lepasnya roh," Dan jika mereka memandikan, maka berkata roh: "Demi Allah, wahai orang yang memandikan, janganlah engkau gosok tubuhku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh."
Apabila telah selesai dari dimandikan dan diletakkan pada kafan serta tempat kedua telapaknya sudah diikat, maka mayat memanggil, "Wahai orang yang memandikanku, janganlah engkau kuat-kuatkan dalam mengafani kepalaku sehingga aku dapat melihat wajah anak-anakku dan kaum keluargaku sebab ini adalah penglihatan terakhirku pada mereka. Adapun pada hari ini aku dipisahkan dari mereka dan aku tidakakan dapat berjumpa lagi sehingga hari kiamat." Apabila mayat dikeluarkan dari rumah, maka mayat akan menyeru, "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda, maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim, janganlah menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari ini aku akan dikeluarkan dari rumahku dan meninggalkan segala yang kucintai dan aku tidak lagi akan kembali untuk selama-lamanya."
Apabila mayat diletakkan ke dalam keranda, maka berkata lagi mayat, "Demi Allah, wahai jemaahku, janganlah kamu percepatkan aku sehingga aku mendengar suara ahliku, anak-anakku dan kaum keluargaku. Sesungguhnya hari ini ialah hari perpisahanku dengan mereka sehingga hari kiamat."

Tuesday, January 20, 2009

Umi,abah..along merinduimu..

Jam 7.15 pagi..satu panggilan ku terima..dari umi.. Alangkah seronoknya..baru je nak call, macam tau2 je anaknya nak call. Hmm..itu lah..rahim ibu yang mengandungkan anak. Terdetik di hati sahaja..instict terus terasa.. Soalan pertama setiap kali umi call ana..'along sihat?'..'sihat', jawabku ringkas. Dan soalan yang sama juga ana ajukan pada umi.. 'Takde class hari ni?' Umi bertanya kepada ana.. 'Hari ni tiada..sebab lecturer dari luar yang ajar'..'ohh'..jawab umiku. Terasa dekat benar pabila umi call pagi2 macam ni..walaupun hakikatnya, jauh beribu batu. Namun, teknologi moden memudahkan sesiapa sahaja boleh berhubung antara satu sama lain.

Terdengar suara abah yang seakan 'jelous' bila kami berdua sedang bercakap.. Sayup kedengaran, abah bertanya dah sarapan ke belum..ku sampaikan jawapan itu pada umi..'belum, kejap lagi lah.' Begitulah abah..tiap kali call je, soalan penting yang mesti ditanya adalah 'dah makan ke belum'..kalau jawab belum, kenalah ceramah free..'kenapa tak makan lagi..nanti sakit perut..sape yang susah..kami jauh..' Macam tu lah abah..tanggungjawabnya mencari rezeki, seiring soalannya agar anaknya tidak kelaparan..mahu sentiasa dalam keadaan sihat..

Ana juga tidak meninggalkan soalan 'wajib' bila umi atau ana sendiri call..bertanya tentang adik2..terutamanya adik bongsu ana..Bak kata pepatah, anak bongsu dan anak sulong ni memang rapat..macam tu jugak kalau jodoh..bahagia..' Wallahuallam..

Sebelum talian diletakkan, umi berpesan: 'belajar rajin2..dah tahun akhir ni..umur pun dah nak 23..nak kahwin dah pun..' Ana sempat membalas, 'ya,umi..tapi, banyak tanggungjawab lagi lah nak fikir pasal kahwin..'
Abah juga sempat mengusik, barangkali peringatan berguna untuk diri ana..'Ha, nak cari jodoh jangan cari orang tabligh..kalau yang kuat agama takpe..' Abah..abah..takut benar andai ana 'tersangkut' dengan oarang tabligh. Doa kalian ana pohonkan..moga2 menjadi kenyataan.

Monday, January 19, 2009

Jongkang Jongkit Study & Dakwah..?



Alhamdulillah..my presentation is done. Sekarang fokus untuk midterm bulan 2. Banyak perkara yang ana lakukan dalam dua bulan pertama 1430H ni..Bak kata seorang ulama', perkara yang kita nak lakukan melebihi masa yang kita ada.. Ya,memang betul..kecekalan,ketabahan,dan kekuatan hati sahaja yang dapat mengatasi semua itu. Terkesan di hati ana apabila seorang sahabat mengatakan, kita hanya punyai rehat apabila bersolat.. Jadi, jika kita tepat waktunya bersolat, maka rehat kita itu selari dengan perbuatan yang kita lakukan.


Sekarang isu palestin.. Di mana2 pun kita akan dengar isu ini hangat diperkatakan. Namun, mungkin ada segelintir manusia yang tidak langsung mengetahui tentang isu ini..bukan tidak tahu sebenarnya tetapi tidak mengambil tahu. Adakah ini mahasiswa yang boleh antum banggakan sebagai orang yang berilmu? Tepuk dada tanyalah iman.


'Study2 jugak..dakwah pun kena buat jugak..'mesti ada antara kita yang bergelar mahasiswa ini merungut sedemikian. Mungkin sesetengahnya merasa takut untuk berdakwah kerana bimbang tak dapat bahagikan masa study dan dakwah..mungkin juga ada yang mengatakan, xpelah,bila kita buat kerja2 Islam ni,ALLAH akan bantu kita.. Kedua2nya punyai kekuatan dan kekurangan untuk diperdebatkan.. Kalau kita study je, apalah sumbangan kita terhadap Islam? Kalau pulak kita berdakwah, tapi langsung tak buka buku untuk ulangkaji pelajaran, macam mana pulak? Macam yang ana katakan tadi, kedua-duanya ada pro dan kontranya. Ia seperti jongkang jongkit di taman permainan..kalau kita tak pandai nak cari orang yang sama berat dengan kita untuk sama2 duduk,sudah tentu orang yang lebih berat dari kita akan menang.. Ini sekadar peringatan bagi yang lupa..


Untukmu Palestin..

Tarikh : 24 Januari 2009 (sabtu)
Masa : 8.00 malam
Tempat : Dewan Saadah, Wisma MUIS
Persembahan istimewa Mu'adz, Tayangan Palestin, Persembahan Pentomin, Gerai/Pameran dan Pelancaran Kempen Boikot.
Anjuran:Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah dan CONCERNdengan kerjasama:JAKIM Sabah dan JHEAINS
Semua dijemput hadir bagi menunjukkan rasa kemanusiaan kita terhadap penderitaan rakyat Palestin.

Sunday, January 18, 2009



Sunday, January 11, 2009

Cinta Palestin tanda iman dan taqwa.



















Jika anda berniat mendermakan sebahagian daripada wang anda untuk Palestin, anda sebenarnya masih tak faham-faham isu Palestin. Palestin bukan soal derma dan sedekah. Palestin adalah jihad dan kewajipan. Tuhan kita berkata, berjihadlah dengan harta dan nyawa kamu..Wang, bahkan nyawa setiap umat Islam adalah tagihan Allah untuk bumi yang disucikanNya itu. Tiada muslim yang tidak mengambil bahagian di dalam jihad Palestin sepanjang zaman kecuali tuahnya pasti direntap bumi suci itu di akhirat nanti.

Palestin adalah ujian AllahPalestin adalah sebahagian ujian Allah ke atas umat nabi Muhammad sallaLlahu alaihi wasallam. Dari tiga bumi suciNya ( tanah haram ) itu, Allah memberi keamanan untuk Makkah dan Madinah, tetapi tidak untuk Palestin. Palestin sentiasa berdarah dan jika ia aman seketika atau lebih lama daripada itu, di sekelilingnya adalah penuh dengan komplot dan konspirasi musuh untuk merampas dan menghancurkannya kembali. Ia menjadi rebutan sepanjang zaman untuk umat tiga agama langit yang memiliki kitab samawi masing - masing yang mendakwa sejarah pendudukan dan pemerintahan di situ. Jika tidak kerana Allah menghukum dan memutuskan bahawa bumi haramNya itu adalah milik hambaNya yang bertaqwa yang berada di atas jalanNya yang lurus, iaitu Islam, agama tauhid nabi Ibrahim al hanif alaihissalam, iaitu datuk kepada ketiga - tiga umat tersebut, maka tiadalah umat Islam memiliki hujjah mutlak untuk memilikinya.

Mencintai Palestin adalah tanda iman dan taqwa. Kita mesti mencintainya melebihi kecintaan kita kepada tanah air sendiri.Roda zaman yang berpusing menentukan bahawa bangsa Yahudi telah berjaya merampas dan mendudukinya kini selepas perjuangan lama mereka untuk menguasainya semenjak ribuan tahun dahulu. Selepas mereka menguasainya, impian dan angan - angan mereka begitu memuncak bahawa merekalah anak - anak tuhan yang diberkati segala tindakan mereka.Hanyalah yang menghantui keyakinan mereka adalah pengetahuan tersembunyi mereka bahawa Palestin ini sebenarnya dan kesudahannya adalah milik umat yang menjadi musuh nombor satu mereka. Mereka tahu Palestin adalah untuk umat Islam.

Hari ini, saat kita dan seluruh umat Islam cuba membina keyakinan dan azam baru di awal tahun baru hijrah, Palestin dibedil dan dibakar oleh Yahudi, musuh Allah, malaikat, manusia dan seluruh makhluk kecuali syaitan daripada kalangan jin dan manusia.Negara Israel hari ini yang menghimpunkan bangsa Yahudi sedunia itu tahu bahawa mereka tidak boleh hidup dengan hidupnya Islam. Justeru harapan, azam, keyakinan dan masa depan umatnya harus sentiasa dilumpuhkan dan dipadamkan dengan apa jua senjata dan peralatan. Umat Islam mesti kekal putus asa, putus harapan dan putus hubungan dengan tuhannya. Membunuh umat Islam adalah ibadah dan persembahan mereka kepada tuhan mereka yang mereka ciptakan sendiri.




Cerita yang panjang

Palestin ceritanya panjang dan akan terus memanjang sehingga kiamat. Bermula keamanan dunia adalah dengan amannya Palestin dan bermula kecelakaan dunia adalah dengan celakanya keadaan di bumi Palestin. Begitulah Allah menetapkan sunnahNya bahawa Palestin adalah ujian kehidupan manusiawi.Anda mesti tahu dan mesti akur bahawa lecehnya pengetahuan anda tentang Palestin adalah petanda lecehnya anda di sisi perjuangan Islam.Jangan harapkan negara-negara Arab untuk mengembalikan Palestin. Sehingga semalam pun, mereka tidak mampu menyapu dan membersihkan diri daripada tohmahan bahawa mereka adalah sebahagian konspirasi pengeboman di Genting Gaza. Mereka membisu seperti bisu anak dara yang melakukan zina. Negara Arab yang berzina dengan Israel! Ah, sejak bila mereka menerima kehadiran HAMAS? Apatah mengiktiraf mereka sebagai rakan hidup dan mati? Sedangkan mereka tahu bahawa HAMASlah nyawa dan nadi umat Islam Palestin hari ini. Anda hanya perlu meneka, siapakah yang lebih takutkan HAMAS? Israel atau Arab nasionalis syirik itu sendiri?Jangan pula mengharapkan negara kita. Negara kita tidak akan menyokong HAMAS sebab HAMAS adalah saudara PAS. Mengharap pemerintah negara bertindak untuk Islam di Palestin adalah seperti mengharapkan perempuan mandul melahirkan anak atau seperti mengharap lelaki yang telah dikasi untuk mensyahwati perempuan.Dalam dunia yang penuh nifaq dan kekufuran, harapan adalah terletak di atas bahu sekelompok umat Islam yang berjuang untuk kembali kepada Islam yang sebenar. Harapan dan keyakinan masa depan adalah daripada umat yang bersedia menghidupkan kewajiban berjihad fi sabiliLlah.Setiap kita mestilah mengambil bahagian melaksanakan kewajiban membebaskan bumi suci Palestin.Jika 10,000 umat Islam di Malaysia menyimpan RM100.00 setahun untuk perjuangan membebaskan al Masjidil Aqsa daripada cengkaman zionis Yahudi, maka wakil pejuang Islam Palestin yang datang ke negara kita akan pulang ke medan jihad dengan RM1 juta dari rakannya di Malaysia.

Thursday, January 8, 2009

Tahun Baru 1430 Hijrah..membawa 1000 harapan.

Lama rasanya sudah tidak mengarang di blog ini.. sedikit sibuk dengan program waktu cuti mengakibatkan ana hanya sempat menjenguk. Tahun 1429H telah pun berlalu hampir seminggu lebih..pengalaman..kenangan..suka duka terlalu banyak yang diperoleh. Ia hanya mampu disimpan di dalam kotak memori buat petunjuk melalui jalan di hadapan kelak..

Kuliah juga sudah bermula..Alhamdulillah,semalam settle hal akademik..subjek minor yang mengelirukan membuatkan ana sedikit bingung. Turun naik jumpa lecture sedikit sebanyak mengajar ana berdikari.. Ana terlambat mendaftar untuk presentation,akibatnya 18/1/09 ni jadual ana..hitung punya hitung, alamak..tinggal seminggu je lagi. Submit report 14/1/09..Semoga ALLAH permudahkan urusan ana.

Alhamdullah, minggu lepas jugak dapat feedback dari tempat praktikal..dua pentadbiran yang sama tapi berlainan tempat menbuatkan ana muktamad memilih tempat ana sendiri..pejabat pentadbiran agama Islam Teluk Intan..

Tuesday, January 6, 2009

Soal jawab mengenai 'Asyura'

1. Bilakah ‘Asyura‘?
* Pendapat pertama : Ibn Abbas Radhiyallahu ‘Anhuma berpendapat ‘Asyura‘ adalah pada 9 Muharram.
* Pendapat kedua : Jumhur Fuqaha‘ berpendapat ‘Asyura‘ adalah pada 10 Muharram.


2. Bila Sunnah Puasa?
* Sunnah berpuasa seluruh bulan Muharram. Ini kerana ia termasuk salah satu daripada
bulan-bulan haram.
* Sunnah muakkadah (yang sangat dituntut) berpuasa pada 10 Muharram (hari
‘Asyura‘).
* Sunnah juga berpuasa pada 9 Muharram.
* Sunnah juga berpuasa pada 11 Muharram.
* Sunnah juga berpuasa 1-10 Muharram menurut sebahagian Fuqaha’.


3. Kelebihan berpuasa pada 10 Muharram?
* Diampunkan dosa setahun yang lalu (hadis sahih riwayat Imam Muslim).
* Pada hari tersebut Nabi Musa diselamatkan daripada Fir’aun. Maka puasa tersebut
adalah sebagai tanda kesyukuran
*Ummat Islam lebih berhak berpuasa daripada Yahudi (yang juga berpuasa pada
‘Asyura‘) kerana aqidah yang sama dengan Nabi Musa.
* Ia juga dalil bahawa Islam membenarkan sambutan diadakan untuk mensyukuri sesuatu
perkara setiap tahun. Oleh kerana itu juga, maka sambutan maulid dibenarkan di dalam
Islam sebagai tanda kesyukuran.4. Mengapa pula puasa pada 9 Muharram?
* Hadis Nabi yang bermaksud: Jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa
pada hari kesembilan. Namun baginda telah wafat pada tahun berikutnya. (Riwayat
Muslim dan Abu daud)
* Membezakan dengan amalan orang Yahudi.
* Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa
pada hari ‘Asyura‘.
* Termasuk bulan-bulan haram.
* Termasuk 10 hari pertama Muharram yang disunnahkan berpuasa oleh sebahagian
Fuqaha‘.


5. Hikmah berpuasa pada hari 11 Muharram?
* Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa
pada hari ‘Asyura‘.
* Termasuk bulan-bulan haram.


6. Apakah amalan terbaik selain berpuasa pada hari ‘Asyura‘?
*Meluaskan rezki (berbelanja makanan, minuman, menggembirakan kanak-kanak dan kaum keluarga).

7. Apakah kelebihannya?
*Dilapangkan oleh Allah rezekinya selama setahun.
** Hadis diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dan Attabrani dengan pelbagai sanad. Imam Baihaqi menyebutkan, sanad-sanadnya dhoif, tetapi apabila dihimpunkan kesemuanya maka ia menjadi kuat.


8. Apakah yang dilakukan oleh para salafussoleh pada hari ‘Asyura‘?
*Disebutkan di dalam nota kaki kitab Fathul ‘Allam oleh Syaikhuna Muhammad Alhajjar, menakalkan kitab Almadkhal oleh Ibnul Hajj, para salafussoleh tidak akan melalui musim-musim ini melainkan dengan banyaknya ibadah, sedekah, berbuat kebajikan dan meraih kelebihannya, bukanlah dengan makan dan minum, bahkan bersegera menambahkan sedekah dan berbuat baik.


9. Apakah contoh amal kebaikan yang digalakkan oleh para ulamak untuk dilakukan pada hari tersebut?
*Apa jua amalan kebajikan baik dilakukan pada hari yang mulia tersebut.
*Antara yang diajarkan oleh para ulamak adalah bersiwak, bercelak, berwangi-wangi, mengusap kepala anak yatim, menziarahi orang soleh dan para ulamak.

10. Apa hukumnya merobek pakaian, meronta-ronta dan memukul badan seperti mana yang dilakukan oleh Syi’ah pada hari ‘Asyura‘ meratapi pemergian Sayidina Husin?
*Hukumnya haram.
*Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Sayyidina Ibn Mas`ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Bukanlah daripada kalangan kami orang yang memukul dada, mengoyak kain dan menyeru dengan seruan jahiliyyah (yakni meratap seperti ratapan kaum jahiliyyah).”

Lembaran 2009 mula membuka tirai...

In The Name of ALLAH..


Alhamdulillah..segala selayaknya hanya bagi ALLAH SWT.. kerana masih lagi diberi peluang untuk menghargai anugerah yang terbentang di muka bumi ini dan menggunakan anugerah itu dengan cara yang betul.. Sebulan cuti semester berlalu begitu pantas sekali.. Sedar tak sedar, umur bertambah lagi..tanggungjawab juga bertambah..bukan saja sebagai seorang pelajar, anak, namun yang lebih utama adalah sebagai khalifah di muka bumi ini..


Terdetik di hati

Lembaran 2009 mula membuka tirai...

In The Name of ALLAH..


Alhamdulillah..segala selayaknya hanya bagi ALLAH SWT..
welcome