In the Name of  Allah Pictures, Images and Photos

Thursday, December 18, 2008

Pengalaman Silam Mengajar Erti Hidup..

  1. Sepanjang perjalanan mengharungi jelajah qurban, ana dikenderai sebuah van yang diketuai oleh 'pilot' kami iaitu Ustaz Akhwan..manakala co-pilot dipegang oleh Ustaz Azmi. Selama 10 hari jelajah kami, ana begitu gembira dengan setiap detik dipenuhi dengan pengalaman baru dan berharga. 'Pilot' kami,Ustaz Akhwan sangat memahami para pelancongnya..(kami la tu).. Jika ada antara kami yg ingin singgah atau berhenti di mana2 destinasi, pasti sahaja Ustaz Akhwan akan memberhentikan van. Lain pula dengan co-pilot kami..Ustaz Azmi. Baru sahaja kami bercakap2,terus dipintas perbualan kami..; 'tak payah singgah la, jauh lagi perjalanan kita nie..nanti lambat pulak sampai..' Berderai gelak ketawa kami mendengarnya..dengan mimik muka yg serious,kata2 Ustaz Azmi seakan2 seperti seorang guru disiplin di sekolah..
  2. Walaupun perkenalan baru sahaja terjalin, namun ukhwah antara kami terlalu kukuh.. Kami sudah seperti satu keluarga..Ustaz Ishak sebagai Pak Sheikh, Puan Siti Hajar sebagai Umi, Ustaz Akhwan dan Ustaz Azmi sebagai abang2 kami, Kak Fiza sebagai kakak, dan ana,shila dan nadia sebagai adik beradik yang sangat rapat.. Tika abang2 kami mengusik kami, terus saja kami mengadu pada umi..terasa benar seperti berada di samping umi ana sendiri. Terubat sedikit rindu pada umi di kampung..
  3. Melapah daging lembu qurban..pengalaman pertama dan akan terpahat di kotak memori.. Tak pernah2 ana alami keadaan seperti itu..melapah daging lembu dengan kudrat seorang wanita..sahabat2 bayangkanlah..Tapi, jangan disangka tangan yang menghayun buaian mampu juga menggoncang dunia..tengok,betapa besar kuasa wanita.
  4. Kalau di Semenanjung, bilik air boleh dikatakan seperti kamar tidur..cantik..boleh muat 5 @ 6 orang dalam satu2 masa.. Tapi di sepanjang program keluarga angkat yang ana sertai, tiada istilah bilik air bagi mereka..cukup lah sekadar beralas beberapa keping papan, dan sebuah tong besar tadahan air hujan..itu sudah cukup sebagai tempat mandi yang selesa bagi mereka.
  5. Akhir sekali, isu terpilih ini ana letak di akhirnya kerana ana sendiri tidak pernah langsung membuka isu ini apatah lagi membahaskannya..'poligami'..Bekerjasama dengan insan2 yang rata2 sudah mendirikan rumah tangga benar2 mematangkan ana..sesekali terdengar gambaran hidup mereka yang sudah berkeluarga, menyedarkan ana bahawa ana juga akan melalui keadaan itu.. Antara bait2 kata Ustaz Akhwan yang menjadi ingatan ana adalah, 'antara pengorbanan terbesar seorang muslimah ialah berpoligami.. ' Wanita mana yang sanggup berkongsi kasih dengan wanita lain melainkan mereka yang benar2 sanggup dan rela.. Sebelum berpisah, Ustaz sempat juga berpesan bahawa 'jadilah seorang muslimah yang sanggup berkongsi perjuangan..'

Isu Terpilih Sepanjang Program..


  • Sepanjang perjalanan jelajah qurban, ana dikenderai oleh sebuah van. 'Pilot' diketuai oleh Ustaz Akhwan manakala co-pilot adalah Ustaz Azmi. Ustaz Akhwan seorang 'pemandu pelancong' yang sangat ramah dengan para pelancongnya (ana dan sahabat2 la).. Bila antara kami terpandang gerai @ apa sahaja di tepi jalan yg memerlukan knderaan berhenti, pasti Ustaz Akhwan akan memenuhi.. Lain pula bila co-pilot mengambil alih tugas pilot..baru sahaja kami bercakap2 tentang sesuatu, pantas sahaja Ustaz Azmi memintas kata2 kami;'jauh lagi perjalanan kita ni, tak payah singgah la..' sekaligus hilai tawa kedengaran dalam van tersebut..tidak kering gusi kami dengan gelagat 'co-pilot' kami tu..

  • Walaupun kami baru sahaja mengenali, namun hubungan kami tidak ubah seperit satu keluarga..Ustaz Ishak sbg Pak sheikh, Puan Siti Hajar sbg Umi,Ustaz Azmi dan Ustaz Akhwan sbg abang2 kami, dan Kak Fiza sbg kakak kami..manakala ana,shila dan nadia sebagai adik beradik yg terlalu rapat..bila antara kami diusik @ dikenakan oleh ustaz2 tersebut, terus sahaja kami mengadu pada Umi..sikap Umi yg sangat prihatin dan penyayang tidak ubah seperti umi ana sendiri..Kepakarannya dalam bidang masakan telah menyedarkan kami bahawa seorang wanita haruslah mempunyai asas dalam masakan utk menambat hati keluarga..

  • "Melapah daging lembu"-adalah satu pengalaman baru dan tersangat berharga bagi ana dan sahabat2..bermula dari melihat lembu diqurban,setelah itu bawa pulang ke rumah utk dilapah..huh..rase macam terror sangat waktu ni..ape tidaknya, hanya ana,shila,nadia,umi,kak Fiza dan kak ana yg 'mengerjakan' daging lembu tersebut..Barulah ana tahu betapa susahnya melapah lembu..kalau setakat guna pisau, tak berpisah la daging tu dari tulangnya..guna parang besar,tajam..

  • Pengalaman bersama keluarga angkat benar2 menyedarkan ana..jikalau di semenanjung, bilik air seperti bilik tidur..(boleh masuk 5 @ 6 orang sekaligus), tapi di sini tidak. Ada juga rumah yg tiada istilah 'bilik air'..maksud ana,keluar dari dapur rumah,tersusun beberapa papan,sebuah tong air tadahan air hujan..cukup digunakan utk mandi.. Bersyukurlah kita yg mempunyai rumah dan segala kelengkapan yg sempurna..

  • Isu ini ana letak di akhir sekali kerana ana sendiri xpernah buka cerita atau bercerita dgn sape2..isu 'poligami'..bekerjasama dengan orang yg sudah berumah tangga begitu mematangkan ana.. Dalam perjuangan,pengorbanan adalah satu perkara besar..tidak ada istilah senang jika tiada pengorbanan dalam meniti ranjau perjuangan. Ana seringkali diingatkan oleh Ustaz Akhwan bahawa, salah satu pengorbanan seorang wanita

Isu Terpilih Sepanjang Program

Sesingkat waktu, segunung pengalaman berharga..

15/12/08 - 17/12/08
Bismillahirrahmanirrohim..
Petang itu, ana terima mesej dari seorang ukhti.. 'Petang ni adik2 dijemput utk jadi fasi di Kolej Matrikulasi Labuan(KML)..packing pakaian utk tidur di sana sehingga rabu petang ..' Itulah ayat penting yg boleh ana simpulkan dari mesej panjang yg dihantarnya.. Dalam hati..'alamak,macam mana ni,baju tak basuh lagi..semalam baru je pulang dari jelajah qurban di Sabah..' Terus ana luahkan pada dua orang sahabat ana yg juga menerima mesej yg sama. Hmmm..lepas asar pulak tu..sempat ke kering kalau nak basuh baju ni..Send mesej pada ukhti tersebut utk memohon simpati agar bertolak ke KML lewat sedikit.. Alhamdulillah, simpati kami diterima.. Selepas azan maghrib, ana pun bertolak ke KML.. Sempat solat maghrib dan isya' berjemaah di sana. Setelah selesai solat, ana dan sahabat2 diiringi oleh akhi Johan untuk ke Dewan Kuliah 2. Jauh terasa segan sekali kerana ana bukanlah alumni KML..tapi bersyukur kerana diberi peluang untuk menjadi fasi adik2 KML.


Malam pertama itu modul tentang 'bagaimana saya gagal' dan 'peluang di sebalik kegagalan'. Ana bukanlah seorang yang cemerlang tapi alhamdulillah, Allah sentiasa beri peluang dan ruang pada ana untuk berkongsi pengalaman diri ana kepada orang lain.. Malam kedua forum berkenaan 'realiti kehidupan di kampus IPT'.. Ahli panel terdiri daripada pelajar cemerlang matrikulasi peringkat kebangsaan iaitu Hasmadi Hasbi, Pengerusi Alumni KML Johan Muhammad dan Mantan MPP UMSKAL Shahirla Azmin Malik. Forum dipengerusikan oleh Fanshuri iaitu alumni KML. Forum tersebut diakhiri dengan sesi soal jawab oleh adik2 KML yg rata2 bertanyakan tentang pengalaman ahli panel.


Pagi rabu itu, ana dan sahabat2 mengambil keputusan untuk pulang ke kampus dengan menaiki bas sahaja.. Ana beritahu ukhti tersebut supaya tak perlu menjemput kami.. Namun, bila ana beritahu salah seorang felo di situ untuk pulangkan kunci, kami menerima pelawaannya utk bertandang sebentar ke rumahnya.. Niat hati ingin sekadar melawat tetapi kami 'ditahan' oleh isterinya agar makan tengahari di rumahnya dulu..tak sampai hati menolak, kami pun tangguhkan niat utk pulang..Ana pun menghantar mesej memberitahu ukhti yg menghantar kami supaya menjemput kami semula pada petang itu.. Mesti pening ukhti tu dengan gelagat kami..Lawak pun ada.. Apepun,kami selamat sampai di kampus sekitar jam 9.30 malam..

Sunday, December 14, 2008


KG.SYAHBANDAR,TUARAN




KG.LOBOU,INANAM


KG.TAMPIOS,RANAU




KG.TAMPIOS,RANAU








KG.LOBOU, INANAM




Seribu satu pengalaman..
Lebih kurang jam 8 malam, ana telah selamat sampai di Kg. Lobou,Inanam..kampung pertama yang menjadi sasaran program jelajah qurban kali ini. Ana dan sahabat yang lain telah berkumpul di surau kg tersebut sekaligus bertemu dengan penduduk kg yang mereka sememangnya telah mengetahui akan kehadiran kami ke kg mereka. Program ini telah diketuai oleh Delegasi Yayasan Amal Malaysia iaitu Ustaz Akhwan Afandi B. Zulkifli,merangkap pengurus syarikat motivasi ADNIN di Pahang. Acara bermula dengan sesi ta'aruf dan seterusnya pembahagian keluarga angkat. Ana bersama dengan 2 orang lagi sahabat mendapat keluarga angkat yang rumahnya agak jauh dgn Kg.Lobou. Namun,ia tidak mematahkan semangat kami untuk tinggal bersama dengannya. Ana meminta bantuan Ustaz Saifudin, pensyarah di Politeknik KK untuk menghantar kami pulang kerana beliau juga melalui jalan yg sama untuk pulang ke Poli. Dlm perjalanan , kami sempat bersembang dengan ibu angkat kami..dari cerita yg disampaikannya, dia adalah seorang muallaf yg telah memeluk agama Islam sejak di sek rendah lagi. Setibanya di rumah,ana dapati rumahnya hanya rumah papan..berhampiran dgn sungai. Mlm itu,ana tidak terus tidur..ana mengambil kesempatan utk mengenalinya dgn lebih dekat lg. Apa yg ana sedih dari kisah hidupnya ialah dia semakin jauh dari ALLAH setelah berumah tangga..suami yg diharapkan dapat membimbingnya didapati adalah yg sebaliknya diterima..Jauh di sudut hati ana, hanya kasihan yg dapat diluahkan. Keesokan paginya, ana dijemput sekali lagi oleh Ustaz Saifudin utk datang kembali ke surau bagi menyertai aktiviti yg akan dilaksanakan pd siang hari.
Sehari sebelum ke Kg.Tempios, kami diuji dengan 'kehilangan' lembu yg akan menjadi qurban..bukan kerana lari atau hilang, tetapi kerana tuan pemilik lembu telah menjualkannya kepada org lain yg telah menawarkan harga yg lebih tinggi dari kami.. Oleh kerana itu, kami telah berusaha masuk keluar ceruk kg utk mendapatkan lembu qurban..namun,nasib tidak menyebelahi kami..lembu yg dicari tidak diperolehi.
Pada sebelah petang, kami mengikut pemilik lembu ke Kota Belud utk mendapatkan 2 ekor lembu qurban..huh..perjalan yg memakan masa hmpir 1 jam lebih berbaloi apabila lembu yg diinginkan diperoleh..lembu pertama senang sekali ditarik naik ke atas lori, ttpi lembu kedua seakan2 tahu akan menjadi mangsa qurban..apabila ingin ditarik naik ke atas lori, ia duduk selamba di tanah..dengan kekuatan tenaga seramai 6 org, akhirnya lembu tersebut terpaksa ditarik utk dinaikkan ke atas lori..
Hari Raya Qurban pd tahun ini ana berkesempatan beraya bersama2 penduduk Kg.Tampios. Perjalanan menuju pedalaman kg tersebut mengambil masa kira2 1 jam..namun, keramahan penduduknya membuatkan hati ana terusik, kerana walau dalam serba kekurangan dari segi harta benda namun mereka tidak lokek dengan senyuman. Pada malam itu, ana tidur di rumah keluarga angkat bersama 3 org lagi muslimat. Keluarga angkat ana kali ini juga adalah muallaf yg sudah lama memeluk Islam kira2 tahun 1990 an..Anak sulongnya telah bersekolah agama di Sabah..ana tak berapa ingat nama sekolah tersebut..namun, ana rasa terkesan kerana walaupun muallaf, pegangan agama mereka lebih kuat berbanding umat Islam yg semula jadi Islam.. Kisah yg paling ana tak boleh lupa..suasana yg tidak pernah alami sebelum ini dan juga salah satu kenangan ialah banyaknya anjing yg berkeliaran..seolah2 spti binatang peliharaan. Walaupun ketakutan menyelubungi, namun dikuatkan hati kerana hanya ALLAH yg patut ditakuti.. Pd siang hari itu juga, ana sempat mengunjungi kg berdekatan utk proses pengagihan daging qurban kpd msyrkt Muslim.
Perjalanan kami seterusnya menuju ke Kg.Syahbandar,Tuaran. Kami tiba kira2 jam 11 malam lebih dan menginap di rumah seorang sahabat iaitu kak Rohana, kelahiran Sabah ttpi menuntut ilmu hampir 10 thun di semenanjung.. Kami disambut baik oleh ahli keluarganya.. Keesokan harinya, ana telah berpeluang kali kedua melihat sendiri bagaimana penyembelihan lembu dilakukan. Hati terasa sebak..haiwan yg dijaga dgn rapi..akhirnya telah menjadi salah seekor dari ribuan lembu yg memasuki golongan mendapat pahala atas pengorbanan menjadi binatang qurban.. Setelah lembu tersebut disembelih, ia dibawa pulang utk dilapah.. Sekali lagi pengalaman berharga dalam diari hidup ana..pertama kali memotong daging lembu yg dikorban..selama ini hanya melihat yg sudah sedia utk dimasak..Tidak spt di kg ana, ana dan beberapa org muslimat shj yg bertungkus lumus memotong daging lembu tersubut..pengalaman sungguh.. Setelah hmpir beberapa jam, barulah kaum muslimin tiba dan menyudahkan kerja2 melapah lembu..
Setelah selesai tugas2 di Kg,Syahbandar, delegasi kami bertolak menuju ke kg terakhir jelajah qurban kami iaitu di Pitas,satu daerah yg terletak di utara negeri Sabah..nun jauh di hujung negeri. Perjalanan kami memakan masa 4 jam utk sampai ke kg tersebut. Alhamdulillah,sekitar jam 2 petang kami selamat tiba ke detinasi. Kami disambut mesra oleh penduduk kg.. Selama 3 hari kami akan berada di Pitas.. Petang itu seekor lagi lembu telah diqurbankan utk para penduduk di situ. Pada sebelah malam, pengagihan keluarga angkat dilakukan. Ana dan 2 org lagi sahabat mendapat keluarga angkat di mana anak sulongnya seorang ustaz..salah seorang ustaz yg bertanggungjawab di kg tersebut. Keesokan harinya, aktiviti perkongsian ilmu masakan dilakukan..2 jenis makanan terpilih dibuat iaitu roti canai dan karipap sardin. Ibarat kata Ustaz Akhwan, "Dakwah ni xsemestinya disampaikan melalui ceramah ttpi juga boleh melalui masakan." Ya,memg betul..apabila kita mengajar penduduk kg cara2 membuat makanan tersebut,secara tidak langsung dakwah yg ingin disampaikan akan terkesan oleh mereka.. Ana tak lepaskan peluang utk belajar cara2 membuat roti canai dan karipap sardin tersebut..selama ni tau makan jak..cara buat ndak tau..lepas ni,sesiapa yg ingin belajar masakan tersebut bolehlah menghubungi ana..Malamnya pula, penduduk kg dihiburlan dgn gelagat Ustaz Akhwan..Kepetahannya berbicara mencuit hati setiap penduduk kg termasuk lah delegasi kami sendiri.. Sedar tak sedar, sudah di penghujung jelajah qurban kami..terasa sayu dan sebak tatkala ingin meninggalkan bumi Sabah yg terlalu banyak meninggalkan memori indah dalam hidup masing2..
"PENGALAMAN TIDAK BOLEH DICARI..IA PERLU DILALUI..IA ADALAH NIKMAT ALLAH YG PERLU DIHARGAI."

Program Jelajah Qurban bersama Yayasan Amal Malaysia


Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah..segala pujian hanya bagi ALLAH yg selayaknya untuk dipuji. Bersyukur kepadaNYA kerana Program Jelajah Qurban sekitar Sabah telah berakhir dengan jayanya. Program yang bermula pada 5/12/08 dan berakhir pada 12/12/08 ini telah menambah lagi koleksi pengalaman ana dan kenangan yang tersangat berharga yang tidak mungkin dapat ana lupakan..
welcome