In the Name of  Allah Pictures, Images and Photos

Tuesday, June 5, 2012

Kisah ini berlaku sewaktu aku di Madinah. Suatu hari aku berjalan melalui pasar pada suatu petang bila,sebaik saja muazzin melaungkan azan, pandanganku jatuh pada belakang seorang wanita. Wanita itu ganjil cantiknya, walaupun berbaju abaya penuh hitam, purdah merentang kepala dan wajahnya, wanita itu berpaling kepadaku seolah-olah tahu bahawa aku merenungnya, dan wanita itu memberikanku anggukan kecil tapi bermakna sebelum wanita itu berpusing di satu sudut menuju ke lorong penjual sutera.Ba gaikan terkena panahan halilintar, aku serta-merta tertarik, hatiku terpukau dengan pandangan wanita itu. Dalam kepayahan aku berdebat dengan hatiku, memberikan satu alasan demi satu alasan untuk meneruskan langkahku ke masjid -bukan kah masanya telah tiba untuk solat?- tapi perdebatan itu telah tamat: tiada apa yang boleh dilakukan tapi mengikut wanita tersebut. Aku bergegas mengejar wanita itu, nafasku pantas mengah, wanita itu tanpa disangka mempercepatkan langkahnya, dan sekarang pun telah berada jauh beberapa kedai di hadapan. Dia memaling wajahnya seketika padaku, terasa kudapat melihat cahaya senyuman nakal wanita itu dibalik purdah hitam rayonnya, sambil wanita itu –adakah ini khayalanku saja?- melambaiku lagi. Kasihan aku pada diriku ketika itu. Akalku seolah hilang. Siapakah wanita itu? Anak perempuan satu keluarga kaya? Apa dimahunya? Aku memantaskan langk ahku dan memasuki lorong dimana wanita itu dilihatku masuk. Dan seterusnya wanita itu mengimbau aku, sentiasa dihadapan, masih tidakdapat dikejar, semakin jauh dan jauh dari mana kami mula-mula bersua. Perasaanku tambah membuak. Adakah wanita itu orang gila? Semakin panjang wanita itu berjalan, ke penghujung sempadan bandar itu benar-benar. Mentari turun dan tenggelam, dan wanita tersebut masih berada jauh di hadapanku. Sekarang, kami berada ditempat yang tidak disangka, sebuah perkuburan lama. Kalaulah aku siumanseperti biasa, pasti aku kan merasa gementar, tapi aku terfikir, tempat yang lebih ganjil dari ini biasadijadikan tempat pasangan kekasih memadu asmara. Dalam 60 langkah di antara kami aku melihat wanita itu memandang ke arahku, menunjuk arah, kemudian turun ke tangga dan melalui pintu bangunan sebuah kubur tua. Kalaulah aku tidak diamuk senyuman wanita itu tadi, pasti aku berhenti sebentar dan memegun masa, tapi sekarang tiada guna berpaling arah, aku menuruni tangga tersebut danmengekori wanita itu ke dalam bangunan kubur itu. Di dalam bilik bangunan kubur itu, kudapati wanita itu duduk di atas ranjang yang mewah, berpakaian serba hitam masih berpurdah, bersandar pada bantal yang diletak pada dinding, diterangi cahaya lilin pada dinding bilik itu. Di sebelah ranjang itu, aku terpandang sebuah lubang perigi. "Kuncikan pintu itu," kata wanita itu, dengan suara yang halus gemersik seumpama berbisik, "dan bawakan kuncinya. " Aku akur. "Buangkan kunci itu ke dalam perigi itu," kata wanita itu Aku tergamam sebentar, kalaulah ada saksi di situ, pasti saksi itu dapat melihat gamamku. "Pergilah buangkan," ujar wanita itu sambil ketawa, "tadi kau tidak berfikir panjang untuk meninggalkan solatmu untuk mengekoriku kemari?" Tempelak wanita itu lagi. Aku diam. "Waktu maghrib sudah hampir selesai," kata wanita itu bernada sedikit menyindir . "Apa kau risaukan? Pergilah buangkan kunci itu, kau mahu aku memuaskan nafsumu, bukan?" Aku terus membuang kunci pintu tersebut ke dalam perigi, dan memerhatikan kunci itu jatuh. Perutku itu terasa bersimpul bila kunci itu tiada berbunyi jatuhnya ke dalam lantai perigi. Aku berasa kagum, kemudian takut, kemudian memahami nya. "Tiba masanya untuk melihat aku," kata wanita tersebut, dan dia mengangkat purdahnya untuk mendedahkan bukan wajah segar seorang gadis remaja, tapi kehodohan wajah yang mengerikan, jijik, hitam dan keji, tanpa satu zarah cahaya kelihatan pada alur kedut ketuaannya. " Pandang aku sungguh-sungguh," kata wanita itu lagi. "Namaku Dunia. Aku kekasihmu. Kau habiskan masamu mengejarku , sekarang kau telah mendapatiku . Didalam kuburmu. Mari. Mari." Kemudian wanita itu ketawa dan ketawa, sehingga dia hancur menjadi debu, dan lilin itu padam satu demi satu, dan kegelapan menyelubungi suasana. Apa Yang Ada Jarang Disyukuri Apa Yang Tiada Sering Dirisaukan Nikmat Yang Dikecap Barukan Terasa Bila Hilang apa Yang Diburu Timbul Rasa Jemu Bila Sudah Di Dalam Genggaman Dunia Ibarat Air Laut Diminum Hanya Menambah Haus Nafsu Bagaikan Fatamorgana Di Padang Pasir Panas Yang Membahang Disangka Air Dunia Dan Nafsu Bagai Bayang-Bayang Dilihat Ada Ditangkap Hilang Tuhan Leraikanlah Dunia Yang Mendiam Di Dalam Hatiku Kerana Di Situ Tidak Ku Mampu Mengumpul Dua Cinta Hanya CintaMu Ku Harap Tumbuh Dibajai Bangkai Dunia Yang Kubunuh
Salam ukhwafillah.. Bertemu semula dengan sahabat blogger setelah 2 tahun menyepi..

Wednesday, May 26, 2010

Kita Sememangnya Layak Diuji!

IN THE NAME OF ALLAH...
Segala puji selayaknya hanya bagi Pencipta langit dan bumi..Tuhan sekelian 'alam.
Selama hampir setengah tahun melalui 2010, bersawang sudah blog ana ni daripada cerita dan pengalaman.. Sebab utama adalah kerana terpaksa menapak untuk kesukaran kemudahan internet..terpaksa 'menapak' untuk ke 'cc'. Rindu teramat sangat untuk berkongsi kehidupan sebenar di luar kampus ini..namun, terdapat halangan yang tidak dapat dielakkan.

Bagi sahabat2 yang masih mengingati ana, diharapkan jangan su uzon bila ana senyap..bila sudah berada di dunia luar yang sebenar, baru kita akan tahu bagaimana cabaran dan dugaan yang ALLAH beri. Hanya ALLAH yang mengetahui segalanya..

Walau apa jua yang sedang kita lakukan, yang penting kita tidak lari dari kehidupan berjemaah. Jangan dianggap kita yang sentiasa ada peluang untuk melayari internet dengan mudah..kita sudah cukup selesa dang bangga yang kita adalah orang yang mantap dan bagus! Kita yang hidup dengan keadaan sentiasa diuji inilah harus bersyukur kerana ALLAH memerhati kita dan terpilih untuk diberi ujian-NYA..

Walaupun ana belum mendapat pekerjaan tetap dan setaraf dengan kelulusan ana, ana bersyukur yang tidak terhingga kerana selepas alam kampus, ana lebih bergiat aktif dengan jemaah.. tatkala orang lain bercuti ketika cuti sekolah, ana harus korbankan masa dengan keluarga untuk berprogram bersama-sama dengan sahabiah sekampus dulu, ina... Dialah yang banyak bantu dan menggerakkan ana.

Sahabat sahabiah....
Bukan dengan kita menatap komputer dan melayari internet sahaja kita sudah cukup rasa yang kita ni peka dengan keadaan! Tidak! Bukan itu. Ana sedih apabila ada di sekeliling kita yang masih tidak faham keadaan sahabat2.. Ukhwah itu tidak mampu dinilai dengan persahabatan yang terjalin hanya sekadar 3 tahun..tetapi seumur hidup. Selagi nyawa dikandung badan, berusahalah kita untuk memahami sahabat2 kita.

InsyaALLAH.. ALLAH akan bimbing kita mengenali hati dan budi sahabat2 kita..

Tuesday, May 25, 2010

KEM MOTIVASI REMAJA INTELEK 2010

BERTEMPAT DI : S.A.R.PERMATANG GUNTUNG,
TELUK INTAN


TARIKH : 14HB - 16HB JUN 2010

TERBUKA KEPADA PELAJAR BERUMUR
13TAHUN - 17TAHUN

PESERTA TERHAD
100 ORANG

BERMINAT ????
SILA HUBUNGI :
SAUDARA SYAMSUL : 0125064195

SAUDARI SHALINA : 0194173095

"REMAJA BERILMU PEMANGKIN GENERASI CEMERLANG"

Thursday, November 19, 2009

Labuan meninggalkan seribu kenangan..

Setelah bergelut dengan 'demam exam' selama hampir tiga minggu lamanya, syukur alhamdulillah ana telah selamat menamatkan exam semester 7 dengan subjek Prinsip Perakaunan II..SYUKUR ana panjatkan ke hadrat Ilahi kerana selama berada dalam minggu exam, ana diberi kekuatan menghadapi segala macam cabaran..
Kampus semakin lengang kehilangan penghuninya..Cuti pertengahan semester membuatkan ramai pelajar yang mengambil kesempatan pulang ke negeri masing-masing.. Namun, ana masih di sini..menghabiskan sedikir sisa kehidupan sebagai seorang pelajar UMS Kampus Antarabangsa Labuan. Langkah kaki bemula di sini untuk mengejar impian dan mengecapi kejayaan seiring dengan manusia lainnya..
Tidak sedar sudah tiga tahun setengah rupanya ana bermastautin di pulau bernama Labuan..satu tempat yang tidak pernah dibayang fikiran untuk menuntut ilmu di sini.. Rupanya ada satu hikmah yang tidak terduga sedang dilalui untuk menjadi seorang insan yang benar-benar insan..
Terkenal sebagai 'Pulau Bebas Cukai', serentak masyarakatnya juga bebas melakukan apa sahaja.. Walaupun tidak sebesar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, namun Wilayah Persekutuan Labuan menggugat fikiran dan pemikiran anak-anak muda mencuba apa sahaja yang diingini..YaALLAH..Sebak bila memikirkannya. Terasa juga ingin terus menetap di sini menjadi tenaga-tenaga bantuan untuk mendidik anak-anak Labuan, namun apakan daya, seruan negeri di semenanjung membuatkan ana berfikir entah ke berapa kali mahu menetap di pulau yang indah ini..
PENGALAMAN...
Di awal semester 1, ketika sedang menghadiri kelas Bahasa INGGERIS, keadaan dikejutkan dengan seorang pemuda yang sedang mabuk mengacau pembelajaran kami.. Walaupun bukan kelas ana yang diganggu ketika itu, 'auranya' tetap tempias mengenai ana dan sahabat-sahabat di dalam kelas ketika itu. Hanya Tuhan yang Tahu betapa sedihnya perasaan ketika itu, seakan berada di negara peperangan..tidak aman. Terdetik di dalam hati betapa murahnya aqidah mereka dengan keadaan seperti itu..
Ketika sedang berada di bandar bersama seorang rakan, ana tiba-tiba dikejutkan dengan seorang yang sedang mabuk meminum arak, datang ke arah kami dan mengekori kami sehingga berada di dalam bas..Nasib baik lah bas sudah penuh dan terus jalan..Masa tu rasa nak balik semenanjung je, nak tukar pindah belajar di sana.. Tapi, masih sayangkan Labuan dan teruskan pengajian di sini..
Melihat keadaan anak-anak kecil yang sebaya dengan adik bongsu ana yang berusia 8 tahun, seakan terasa begitu menyayat hati.. Pelbagai ragam dan gelagat yang berlaku. Ada yang usia ang terlalu muda sudah pandai mencari rezeki bagi menampung kehidupan keluarga..tidak kuran gjuga yang berfoya-foya di pusat membeli belah Ujana Kewangan sekadar mengisi masa lapang tanpa membuat apa-apa yang berfaedah..
Seribu satu kenangan menjadi pengalaman hidup sepanjang berada di Labuan.. Sayang mahu meninggalkannya kerana ada perkara yang perlu diubah di sini..namun, ada juga yang menunggu di semenanjung sana menanti tenaga dan kudrat ana membantu anak-anak negeri.. Apa jua pun, ana pohon bantuan ALLAH..Walau di mana jua ana berada, tetapkanlah ana sentiasa berada di jalan-NYA membantu agama suci ini..insyaALLAH..

Saturday, November 14, 2009

CORETAN BUAT SAHABAT SEPERJUANGAN...



Sahabat-sahabiahku...

Ingatlah ketika mana menghayunkan langkah pertemuan ke kancah perjuangan ini,
kita tidak pernah dijanjikan dengan sebarang kemewahan dan keuntungan duniawi, sebaliknya kita akan mewarisi segala mehnah perjuangan iaitu kesusahan dan penderitaan.

Semuanya itu sebagai kayu pengukur untuk menentukan kejayaan kita sama ada kita akan terus bersama perjuangan ataupun sebaliknya.
Ingatlah kata-kata seorang pendita Waraqah bin Naufal ketika wahyu pertama di turunkan kepada nabi (s.a.w) “ Kaummu pasti mengusirmu”. Memang benar setiap nabi yang membawa risalah pasti menerima ujian dalam bentuk penyeksaan dari kaun sendiri.

Namun begitu, keyakinan dan kepercayaan mereka terhadap Allah yang Esa tidak sedikit pun merubah keimanan mereka. Oleh itu, wahai pendokong risalah benamkanlah segala lipatan sejarah lalu itu dalam sanubarimu, biar ia terus membara dan membakar jiwa yang lemah dan agar nur jihad terpancar di dalam dirimu untuk bersama-sama saff mujahid.

Awas serta ingatlah...

Mujahid dakwah memerlukan jutaan kesabaran dan pengorbanan kerana jalan yang dilaluinya pasti menempuhi duri dan ranjau yang kekadangnya kita rebah di pertengahan jalan.

Dan ...
sudah pastinya kita dilambai-lambai oleh tangan-tangan yang sasa yang bersedia menghayun ke badan lemah, pintu penjara, bilik kurung kecil yang tersedia ternganga, peluru maut dan tali gantung yang sedia menanti.

Fiman Allah taala yang bermaksud ; “Apakah kamu mengira akan masuk ke syurga sedangkan kepadamu belum datang sebagai apa yang diertikan oleh orang yang terdahulu daripada kamu iaitu mereka yang ditimpa kesengsasaraan, Kemelaratan dan kegersangan sehingga rasul bersama orang yang beriman mengatakan : Bilakah datangnya pertolongan Allah ? Ingatlah ......Sesungguhnya pertolongan Allah sudah dekat.

Wahai Sohibud Dakwah...

Jalan menuju syurga bukannya mudah.

Telah terbentang dalam lipatan sejarah pembuktian pengorbanan perwira-perwira mujahid yang terpaksa mengalir air mata darah serta nyawa sebagai tebusan sebagaimana yang berlaku kepada Hassan Al- Banna Syed Qutb dan pejuang-pejuang islam yang lain.

Semua ini dilakukan semata-mata untuk mendapatkan keredhaan illahi dan kecintaan mereka terhadap akhirat yang menjanjikan kemenangan dan kemulian iaitu syurga yang mengalirnya sungai-sungai serta nikmat yang pelbagai lagi. Begitulah jika diteliti bagaimana Syed Qutb mengarang kitab “Fi Zilal Quran” yang terpaksa meringkuk dalam penjara api demi semangat jihadnya untuk mengajak menusia kembali kepada Allah meskipun berada dalam penjara.

Antara lain beliau menyebut “ Aku sayangkan kitab ini. Aku menulis kitab ini dengan air mata darah, maka bacalah ia”
Kemudian perhatikan imam Ahmad Ibnu Hambal dalam menegakkan kebenaran di hadapan seorang raja yang zalim meskipun terpaksa menahan kesakitan akibat di pukul di belakangnya sehingga mengalir darah sebelum dihumban ke dalam penjara.

Namun beliau tetap bertegas,

“ JIKA SEORANG YANG TAHU, DIAM KERANA HENDAK MENYELAMATKAN DIRINYA, MAKA ORANG YANG TIDAK TAHU AKAN TERUS TIDAK TAHU, BILAKAH KEBENARAN ITU AKAN DINYATAKAN”.

Mujahid Jamaluddin Al- Afghani pada abad ke -14 pernah menyebut

“KETAHUILAH, SEKIRANYA AKU DI PENJARA, MAKA PENJARA ITU SEBAGAI TEMPAT AKU MENGHAMPIRKAN DIRI DENGAN ALLAH, JIKA AKU DIBUANG NEGERI, MAKA AKU BERPELUANG MELAWAT NEGARA LAIN, DAN JIKA DI BUNUH, MAKA SENTUHAN SYAHID YANG AKU CITA-CITAKAN”.

Justeru itu, marilah kita sama-sama menghadapi pahit getir perjuangan ini.
Meskipun terpaksa mengadaikan jasad sebagai umpan untuk menyemarakkan lagi api perjuangan islam iaitu mati syahid, untuk mencari bidadari di dalam syurga yang sedia menanti dengan senyuman.

Inilah satu ganjaran yang paling manis dianugerahkan Allah pada hamba-hamba-Nya yang berjuang di jalan-Nya.

Wassalam...

“ KHUSUS BUAT DIRI SENDIRI,SAHABAT GENERASI KETIGA DAN PEJUANG-PEJUANG ISLAM SERTA MEREKA YANG BERCITA-CITA INGIN MENJADI PENOLONG AGAMA ALLAH”
welcome