In the Name of  Allah Pictures, Images and Photos

Thursday, November 19, 2009

Labuan meninggalkan seribu kenangan..

Setelah bergelut dengan 'demam exam' selama hampir tiga minggu lamanya, syukur alhamdulillah ana telah selamat menamatkan exam semester 7 dengan subjek Prinsip Perakaunan II..SYUKUR ana panjatkan ke hadrat Ilahi kerana selama berada dalam minggu exam, ana diberi kekuatan menghadapi segala macam cabaran..
Kampus semakin lengang kehilangan penghuninya..Cuti pertengahan semester membuatkan ramai pelajar yang mengambil kesempatan pulang ke negeri masing-masing.. Namun, ana masih di sini..menghabiskan sedikir sisa kehidupan sebagai seorang pelajar UMS Kampus Antarabangsa Labuan. Langkah kaki bemula di sini untuk mengejar impian dan mengecapi kejayaan seiring dengan manusia lainnya..
Tidak sedar sudah tiga tahun setengah rupanya ana bermastautin di pulau bernama Labuan..satu tempat yang tidak pernah dibayang fikiran untuk menuntut ilmu di sini.. Rupanya ada satu hikmah yang tidak terduga sedang dilalui untuk menjadi seorang insan yang benar-benar insan..
Terkenal sebagai 'Pulau Bebas Cukai', serentak masyarakatnya juga bebas melakukan apa sahaja.. Walaupun tidak sebesar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, namun Wilayah Persekutuan Labuan menggugat fikiran dan pemikiran anak-anak muda mencuba apa sahaja yang diingini..YaALLAH..Sebak bila memikirkannya. Terasa juga ingin terus menetap di sini menjadi tenaga-tenaga bantuan untuk mendidik anak-anak Labuan, namun apakan daya, seruan negeri di semenanjung membuatkan ana berfikir entah ke berapa kali mahu menetap di pulau yang indah ini..
PENGALAMAN...
Di awal semester 1, ketika sedang menghadiri kelas Bahasa INGGERIS, keadaan dikejutkan dengan seorang pemuda yang sedang mabuk mengacau pembelajaran kami.. Walaupun bukan kelas ana yang diganggu ketika itu, 'auranya' tetap tempias mengenai ana dan sahabat-sahabat di dalam kelas ketika itu. Hanya Tuhan yang Tahu betapa sedihnya perasaan ketika itu, seakan berada di negara peperangan..tidak aman. Terdetik di dalam hati betapa murahnya aqidah mereka dengan keadaan seperti itu..
Ketika sedang berada di bandar bersama seorang rakan, ana tiba-tiba dikejutkan dengan seorang yang sedang mabuk meminum arak, datang ke arah kami dan mengekori kami sehingga berada di dalam bas..Nasib baik lah bas sudah penuh dan terus jalan..Masa tu rasa nak balik semenanjung je, nak tukar pindah belajar di sana.. Tapi, masih sayangkan Labuan dan teruskan pengajian di sini..
Melihat keadaan anak-anak kecil yang sebaya dengan adik bongsu ana yang berusia 8 tahun, seakan terasa begitu menyayat hati.. Pelbagai ragam dan gelagat yang berlaku. Ada yang usia ang terlalu muda sudah pandai mencari rezeki bagi menampung kehidupan keluarga..tidak kuran gjuga yang berfoya-foya di pusat membeli belah Ujana Kewangan sekadar mengisi masa lapang tanpa membuat apa-apa yang berfaedah..
Seribu satu kenangan menjadi pengalaman hidup sepanjang berada di Labuan.. Sayang mahu meninggalkannya kerana ada perkara yang perlu diubah di sini..namun, ada juga yang menunggu di semenanjung sana menanti tenaga dan kudrat ana membantu anak-anak negeri.. Apa jua pun, ana pohon bantuan ALLAH..Walau di mana jua ana berada, tetapkanlah ana sentiasa berada di jalan-NYA membantu agama suci ini..insyaALLAH..

Saturday, November 14, 2009

CORETAN BUAT SAHABAT SEPERJUANGAN...



Sahabat-sahabiahku...

Ingatlah ketika mana menghayunkan langkah pertemuan ke kancah perjuangan ini,
kita tidak pernah dijanjikan dengan sebarang kemewahan dan keuntungan duniawi, sebaliknya kita akan mewarisi segala mehnah perjuangan iaitu kesusahan dan penderitaan.

Semuanya itu sebagai kayu pengukur untuk menentukan kejayaan kita sama ada kita akan terus bersama perjuangan ataupun sebaliknya.
Ingatlah kata-kata seorang pendita Waraqah bin Naufal ketika wahyu pertama di turunkan kepada nabi (s.a.w) “ Kaummu pasti mengusirmu”. Memang benar setiap nabi yang membawa risalah pasti menerima ujian dalam bentuk penyeksaan dari kaun sendiri.

Namun begitu, keyakinan dan kepercayaan mereka terhadap Allah yang Esa tidak sedikit pun merubah keimanan mereka. Oleh itu, wahai pendokong risalah benamkanlah segala lipatan sejarah lalu itu dalam sanubarimu, biar ia terus membara dan membakar jiwa yang lemah dan agar nur jihad terpancar di dalam dirimu untuk bersama-sama saff mujahid.

Awas serta ingatlah...

Mujahid dakwah memerlukan jutaan kesabaran dan pengorbanan kerana jalan yang dilaluinya pasti menempuhi duri dan ranjau yang kekadangnya kita rebah di pertengahan jalan.

Dan ...
sudah pastinya kita dilambai-lambai oleh tangan-tangan yang sasa yang bersedia menghayun ke badan lemah, pintu penjara, bilik kurung kecil yang tersedia ternganga, peluru maut dan tali gantung yang sedia menanti.

Fiman Allah taala yang bermaksud ; “Apakah kamu mengira akan masuk ke syurga sedangkan kepadamu belum datang sebagai apa yang diertikan oleh orang yang terdahulu daripada kamu iaitu mereka yang ditimpa kesengsasaraan, Kemelaratan dan kegersangan sehingga rasul bersama orang yang beriman mengatakan : Bilakah datangnya pertolongan Allah ? Ingatlah ......Sesungguhnya pertolongan Allah sudah dekat.

Wahai Sohibud Dakwah...

Jalan menuju syurga bukannya mudah.

Telah terbentang dalam lipatan sejarah pembuktian pengorbanan perwira-perwira mujahid yang terpaksa mengalir air mata darah serta nyawa sebagai tebusan sebagaimana yang berlaku kepada Hassan Al- Banna Syed Qutb dan pejuang-pejuang islam yang lain.

Semua ini dilakukan semata-mata untuk mendapatkan keredhaan illahi dan kecintaan mereka terhadap akhirat yang menjanjikan kemenangan dan kemulian iaitu syurga yang mengalirnya sungai-sungai serta nikmat yang pelbagai lagi. Begitulah jika diteliti bagaimana Syed Qutb mengarang kitab “Fi Zilal Quran” yang terpaksa meringkuk dalam penjara api demi semangat jihadnya untuk mengajak menusia kembali kepada Allah meskipun berada dalam penjara.

Antara lain beliau menyebut “ Aku sayangkan kitab ini. Aku menulis kitab ini dengan air mata darah, maka bacalah ia”
Kemudian perhatikan imam Ahmad Ibnu Hambal dalam menegakkan kebenaran di hadapan seorang raja yang zalim meskipun terpaksa menahan kesakitan akibat di pukul di belakangnya sehingga mengalir darah sebelum dihumban ke dalam penjara.

Namun beliau tetap bertegas,

“ JIKA SEORANG YANG TAHU, DIAM KERANA HENDAK MENYELAMATKAN DIRINYA, MAKA ORANG YANG TIDAK TAHU AKAN TERUS TIDAK TAHU, BILAKAH KEBENARAN ITU AKAN DINYATAKAN”.

Mujahid Jamaluddin Al- Afghani pada abad ke -14 pernah menyebut

“KETAHUILAH, SEKIRANYA AKU DI PENJARA, MAKA PENJARA ITU SEBAGAI TEMPAT AKU MENGHAMPIRKAN DIRI DENGAN ALLAH, JIKA AKU DIBUANG NEGERI, MAKA AKU BERPELUANG MELAWAT NEGARA LAIN, DAN JIKA DI BUNUH, MAKA SENTUHAN SYAHID YANG AKU CITA-CITAKAN”.

Justeru itu, marilah kita sama-sama menghadapi pahit getir perjuangan ini.
Meskipun terpaksa mengadaikan jasad sebagai umpan untuk menyemarakkan lagi api perjuangan islam iaitu mati syahid, untuk mencari bidadari di dalam syurga yang sedia menanti dengan senyuman.

Inilah satu ganjaran yang paling manis dianugerahkan Allah pada hamba-hamba-Nya yang berjuang di jalan-Nya.

Wassalam...

“ KHUSUS BUAT DIRI SENDIRI,SAHABAT GENERASI KETIGA DAN PEJUANG-PEJUANG ISLAM SERTA MEREKA YANG BERCITA-CITA INGIN MENJADI PENOLONG AGAMA ALLAH”
welcome